Selamat Sejahtera semua
Apa khabar kepada semua pengunjung-pengunjung RBE. Didoakan agar semua sihat-sihat sejahtera hendaknya di samping menjalani kehidupan seharian di dunia yang serba mencabar ini. Pada asalnya, aku bercadang mahu menulis pada minggu lepas lagi bersempena dengan Nisfu Syaaban, satu peristiwa penting di dalam Islam di mana bertukarnya qiblat umat Islam daripada Baitul Maqdis kepada Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Namun, disebabkan aku hanya dibenarkan untuk keluar ke Bintulu sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, terpaksalah aku menulis pada minggu ini.
Masjid Al-Aqsa, Qiblat pertama umat Islam. Malah di sini juga tempat Nabi Muhammad di-mi'rajkan ke langit dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj |
Masjidil Haram, qiblat kedua Umat Islam. Ditukar selepas turunnya perintah Allah pada tahun kedua Hijrah |
Untuk peringatan kepada semua, kita sudah pun berada di hujung Syaaban. Seminggu saja lagi, bulan Ramadhan akan kembali. Sudahkah anda-anda semua mengganti semua puasa-puasa yang tertinggal di tahun lepas? Sudah?? Alhamdulillah. Jangan dikumpul puasa-puasa itu, tak larat untuk kita membayarnya kelak apabila ia sudah jadi markah terkumpul. Masakan tidak, daripada mengganti puasa, ia akan bertambah kepada mengganti puasa + membayar fidyah. Banyak tu nak kena ganti.
Di samping itu juga, aku sebenarnya sedang mengalami kekecewaan yang amat sangat selepas pasukan bola sepak kesayangan kami rakyat Johor, iaitu Johor DT tewas di tangan Kelantan di Final Piala FA. Sedih siot... apa-apa pun, kami sentiasa menyokong Johor DT sama ada di waktu susah mahupun senang. Luaskan Kuasamu Johor!!
Sekian sahaja nukilan aku di waktu ini. Bersambung di ruangan akan datang.
Salam