Khamis, 15 Julai 2010

Pengenalan kepada BLEACH

Photobucket

BLEACH adalah shonen manga dari Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo. Cerita BLEACH mengisahkan tentang seorang remaja berusia 15 tahun, Kurosagi Ichigo yang secara tidak sengaja menerima kuasa sebagai seorang Shinigami (Dewa Kematian), daripada seorang gadis bernama Kuchiki Rukia. Selepas menerima kuasa tersebut, bermulalah tugas dan pengembaraanya sebagai seorang Shinigami iaitu melindungi manusia daripada roh jahat dan membimbing roh manusia yang telah mati ke alam barzakh.


PLOT DAN PERKEMBANGAN CERITA


Photobucket
Kurosaki Ichigo

Cerita BLEACH bermula dengan kemunculan seorang Shinigami (Dewa Kematian) bernama Kuchiki Rukia di bilik seorang remaja bernama Kurosaki Ichigo. Pada mulanya, Kuchiki Rukia terkejut apabila mengetahui yang Ichigo ada kelebihan untuk melihatnya. Namun, perbualan mereka terhalang dengan kemunculan seekor ‘Hollow’ iaitu roh jahat yang pada asalnya merupakan roh manusia. Apabila Kuchiki Rukia tercedera ketika cuba melindungi Ichigo, dia mencuba untuk memindahkan sebahagian daripada reiatsu (Tekanan Nyawa) kepada Ichigo untuk membolehkannya melawan Hollow tersebut. Ichigo secara tidak sengaja mengambil hampir kesemua reiatsu Rukia dan dengan mudah menumpaskan makhluk tersebut.

Photobucket
Kuchiki Rukia

Keesokan harinya, Rukia muncul di kelas Ichigo dalam penampilan seperti manusia biasa, dan memberitahu Ichigo bahawa kehilangan kuasanya menyebabkannya terdampar di bumi sehingga kuasanya pulih. Dalam masa yang sama, Ichigo menumpangkan Rukia di rumahnya dan mengambil alih tugas Rukia sebagai Shinigami iaitu menumpaskan Hollow dan membimbing roh manusia yang telah mati ke alam barzakh yang bernama Soul Society.


MUSIM DAN EPISOD


Sejak anime BLEACH bermula pada tahun 2004, ia sekarang sudah memasuki musim ke-15 (2010).

Musim 1 : Pengganti Shinigami (2004-2005)
Musim 2 : Kemasukan (2005)
Musim 3 : Operasi Menyelamat (2005-2006)
Musim 4 : Bount (2006)
Musim 5 : Serangan (2006-2007)
Musim 6 : Arrancar - Ketibaan (2007)
Musim 7 : Arrancar - Ke Hueco Mundo (2007)
Musim 8 : Arrancar - Pertarungan Sengit (2008)
Musim 9 : Kapten Baru Amagai Shuusuke (2008)
Musim 10 : Arrancar melawan Shinigami (2008-2009)
Musim 11 : Masa Silam (2009)
Musim 12 : Arrancar - Pertarungan Karakura (2009)
Musim 13 : Zanpakuto - Dongengan alternatif (2009-2010)
Musim 14 : ??? (2010)
Musim 15 : ??? (2010)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails