Jumaat, 16 Julai 2010

Watak - watak utama

Cerita anime dan manga BLEACH dipenuhi dengan watak-watak ciptaan dan diolah sendiri oleh Kubo Tite. Bagi Kubo Tite, setiap watak yang dicipta dan diolahnya adalah unik dan beliau cuba untuk mengolah dan membangunkan peranan setiap watak di dalam siri tersebut.


WATAK - WATAK UTAMA

Kurosaki Ichigo

Photobucket

Kurosaki Ichigo merupakan watak protagonis bagi cerita BLEACH. Pelajar sekolah berambut oren ini kemudian menjadi Pengganti Shinigami (Dewa Kematian) secara terpaksa selepas mengambil hampir kesemua kuasa Rukia. Pada awalnya, dia keberatan dan tidak mahu menerima tugasan tersebut tetapi selepas beberapa lama, dia menerima hakikat akan kuasa baru dan tanggungjawabnya sebagai Pengganti Shinigami.

Artikel Utama : -


Kuchiki Rukia

Photobucket

Kuchiki Rukia merupakan Shinigami yang ditugaskan untuk menghapuskan Hollow di kawasan Bandar Karakura, iaitu tempat tinggal Kurosaki Ichigo. Walaupun penampilannya menyerupai seorang gadis remaja, secara realitinya dia jauh lebih tua dari Kurosaki Ichigo. Pada permulaan cerita, dia terpaksa memindahkan semua kuasanya kepada Ichigo dan menjalani kehidupan sebagai manusia biasa. Dia kemudian mendaftar sebagai pelajar di sekolah Ichigo dan tinggal di dalam almari bilik Ichigo, sambil mengajar Ichigo untuk menjadi Penggantinya sebagai Shinigami.

Artikel Utama : -


Inoue Orihime

Photobucket

Inoue Orihime merupakan rakan lama dan juga rakan sekelas kepada Ichigo melalui rakan karibnya, Aikawa Tatsuki. Sewaktu dia berusia 3 tahun, Orihime dibawa oleh abangnya, Inoue Sora meninggalkan ibubapa mereka yang sentiasa mendera mereka dan menjaganya sejak itu. Ketika Orihime berada di sekolah menengah, abangnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada asalnya, Orihime tiada apa-apa kuasa Spiritual. Namun, kuasa Spiritualnya berkembang dan kemudian dikurniakan antara kuasa terkuat dalam dunia BLEACH.

Artikel Utama : -


Sado Yasutora

Photobucket

Sado Yasutora juga dikenali sebagai "Chad" merupakan rakan sekelas kepada Ichigo. Dia merupakan kacukan darah Jepun/Mexico dan merupakan pelajar tertinggi di kelasnya. Walaupun begitu, Chad seorang yang bersifat pendiam dan tidak akan berlawan melainkan untuk orang yang memerlukan. Pada asalnya, Chad tidak mempunyai sebarang kuasa Spiritual. Namun semuanya berubah apabila dia melihat sekumpulan kanak-kanak menjadi mangsa serangan hollow. Dan sejak itu, dia dikurniakan kuasa berlawan yang unik dari tangan kanannya, yang membolehkannya berlawan dan bertahan.

Artikel Utama : -


Ishida Uryu

Photobucket

Ishida Uryu adalah seorang Quincy, satu kaum yang mempunyai identiti seperti Paderi yang memburu dan memusnahkan Hollow dengan menggunakan busur dan panah. Dari segi sejarah, Quincy adalah musuh tradisi kepada Shinigami. Ishida sememangnya menyimpan dendam kepada semua Shinigami termasuk Ichigo. Dalam permulaan cerita, dia merupakan watak antagonis. Namun, selepas melalui beberapa peristiwa bersama Ichigo, mereka mula menjadi satu sekutu yang bernilai dan pada masa yang sama, pesaing antara satu sama lain.

Artikel Utama : -

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails