Selasa, 12 Oktober 2010

Quincy

Photobucket

Quincy (Paderi Kemusnahan) adalah kaum fiksyen kedua yang diperkenalkan dalam anime BLEACH. Mereka adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan kepahlawanan dan mempunyai kesedaran spiritual yang tinggi (boleh melihat hollow dan roh-roh lain). Secara rasmi, kaum ini telah musnah seluruhnya sekitar 200 tahun sebelum cerita BLEACH bermula. Hanya tinggal 2 sahaja Quincy yang tinggal iaitu Ishida Uryu dan ayahnya, Ishida Ryuken.

Quincy secara asasnya adalah kaum manusia biasa yang mempunyai kesedaran spiritual yang tinggi. Tidak seperti Shinigami yang menggunakan pedang sebagai senjata, Quincy menggunakan busur dan panah. Dari segi berlawan mereka menyerap tekanan nyawa dan partikel roh yang ada di sekeliling dan memanipulasikannya untuk berlawan yang juga berlainan dengan shinigami yang bergantung kepada tekanan nyawa yang dihasilkan sendiri. Dan sebagai manusia biasa, mereka mempunyai had maksima untuk tenaga yang mampu mereka gunakan untuk berlawan.

Kelebihan-kelebihan Quincy adalah :-

Menyerap dan Memanipulasi Tekanan Nyawa : Quincy menyerap tenaga spiritual yang ada di persekitaran dan menggabungkan dengan tekanan nyawa kepunyaan mereka untuk menghasilkan senjata. Mereka mempunyai kelebihan di tempat yang mempunyai kandungan tenaga spiritual yang tinggi seperti Soul Society dan Hueco Mundo.

Kesedaran Spiritual : Sebagai Quincy, mereka boleh menyedari dan mengesan kehadiran Hollow dan lain-lain entity spiritual yang lain di sekeliling mereka.

Busur dan Panah Quincy : Semua Quincy mempunyai kelebihan untuk mencipta busur dan menghasilkan panah roh. Panah dan Busur tersebut adalah sepenuhnya dihasilkan dari Tekanan Nyawa dan mampu bertahan mengikut kemampuan dan ketahanan si pemakai. Walaupun senjata yang mereka gunakan selalunya adalah Busur dan Panah. Tetapi boleh juga dihasilkan dalam bentuk lain seperti Pedang Quincy (Seele Schneider)

Photobucket
Pedang Quincy, namun sebenarnya masih lagi kategori anak panah Quincy


PENAMPILAN

Photobucket

Quincy sangat mudah dikenali dengan pakaiannya yang amat berlainan dengan Shinigami. Quincy memakai pakaian berwarna Putih dan berkolar mirip dengan pakaian tradisi China dan Paderi Katolik. Mereka mempunyai penampilan berunsur barat jika dibanding dengan Shinigami. Dan salah satu simbol mereka adalah "Salib Quincy" yang selalunya ada pada mereka. Setiap salib Quincy adalah berlainan dengan setiap pemakai.


PERTARUNGAN

Seperti Shinigami yang mempunyai teknik pertarungan yang dikenali Zankensoki, Quincy juga mempunyai teknik pertarungan yang hampir sama dari segi teknikal tetapi berbeza dari segi cara menggunakan dan namanya.

Memanah : Seni Memanah adalah seni yang paling biasa digunakan bagi seorang Quincy. Quincy perlu berlawan dari jarak jauh kerana pada dasarnya, mereka adalah manusia biasa dan bukan shinigami. Kelebihan jarak membolehkan Quincy mendapat kelebihan dari segi serangan dan pertahanan.

Photobucket
Panah Quincy dalam bentuk asas

Ginto : Ginto merupakan tiub perak yang menyimpan tenaga spiritual dalam bentuk cecair, dan ia membolehkan Quincy untuk melancarkan teknik magis. (Amat mirip dengan Kido milik Shinigami).

Hirenkyaku : Ini adalah teknik gerakan pantas / gerakan sejenak yang digunakan oleh Shinigami. Pada dasarnya ia amat serupa dengan Shunpo milik Shinigami, hanya berbeza pada nama. Ia adalah teknik yang amat sukar dikuasai, dan Mayuri memuji Uryu kerana mampu menguasai teknik tersebut pada usia yang masih muda.

Ransotengai : Ini adalah teknik Quincy peringkat tinggi yang membolehkan Quincy mengawal anggota badan mereka dengan menggunakan tali yang dihasilkan dari zarah-zarah roh ke otak mereka. Dengan menggunakan teknik ini, sang pemakai boleh mengawal badan mereka seperti bermain boneka, membolehkan mereka bebas bergerak walaupun mengalami kecederaan, lumpuh atau pergerakan mereka dihalang. Ia asalnya direka untuk membolehkan Quincy yang sudah tua untuk berlawan dengan baik.

Quincy Letzt Stil : Maksudnya adalah “Paderi Kemusnahan Peringkat Akhir”. Ini adalah teknik terakhir yang digunakan oleh pemakai sarung tangan Sanrei. Ia memberikan si pemakai jumlah tenaga yang sangat banyak untuk berlawan tetapi menyebabkan seseorang Quincy itu kehilangan kebolehan Quincy selepas digunakan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails