Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan

Ahad, 7 April 2013

The Da Vinci Code

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Aku memang dah jarang tengok cerita ataupun movie sekarang ni. Mungkin disebabkan kedudukan aku jauh di pedalaman menghalang aku dari pergi ke bandar dan menonton movie-movie yang menarik di luar sana. Aku pun dah jauh sangat daripada perkembangan berita-berita semasa. Tapi, walau jauh di pedalaman sekalipun, tetap akan ada tempat untuk kita membeli cerita-cerita popular di luar sana. Dan sempat juga aku membeli satu cerita yang dah lama aku cari. The Da Vinci Code.


Jadi apa sebenarnya cerita tentang The Da Vinci Code ini? Seperti yang anda sudah maklum, Da Vinci ini adalah ahli seni yang terkemuka di zamannya. Dan hasil kerja dan karyanya sememangnya amat popular. Tetapi ia juga dikatakan menyimpan 1001 maksud dan simbol. Sama ada ia kebenaran atau sebaliknya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ia sememangnya mempunyai maksud tersirat terutamanya dengan fahaman Agama Kristian. Di mana dalam kisah ini, berlaku pertempuran dan peperangan di antara Priory of Sion dan Opus Dei. Ia adalah peperangan bagi pihak gereja menutup satu misteri yang sudah ditutup untuk sekalian lamanya iaitu menurut cerita ini, Jesus Christ sudah berkahwin dan isterinya mengandung sewaktu dia disalib. Misteri ini terbongkar selepas Chrusader berjaya menawan Palestin ketika Perang Salib daripada tangan pihak Islam.

Menurut cerita ini juga, Holy Grail yang menjadi tanda suci bagi Agama Kristian bukanlah benda/barangan tetapi adalah yang dikatakan sebagai 'Sacred Femininity', iaitu Kesucian seorang wanita. Dan menjadi tanggungjawab Priory of Sion untuk melindungi keturunan Jesus Christ ini daripada dibunuh, iaitu untuk membuktikan bahawa Jesus Christ bukanlah seorang anak tuhan tetapi sebaliknya hanyalah manusia biasa. Dan adalah menjadi tanggungjawab keturunan Jesus Christ ini jugalah untuk 'memperbaharui' agama Kristian dan menukarnya daripada penipuan kepada kebenaran.

Komentar

Aku tak cukup masa nak huraikan semua fakta dalam cerita ini, tetapi memang cerita fakta sejarah seperti ini memang aku minat dan berbaloi masa aku tengok daripada kisah-kisah cinta. Bagi aku, aku bagi cerita ini 4 bintang. Memang susah nak buat satu cerita yang padat dengan fakta dan pada masa yang sama padat dengan aksi yang mengelakkan orang daripada bosan melihat. Tapi bagi aku, kisah akan Jesus Christ ataupun Nabi Isa ini sudah berkahwin dan mempunyai anak aku memang tidak terima. Sebab, dalam ajaran Islam memang sudah dinyatakan bahawa Nabi Isa ini bujang. Dan baginda juga adalah manusia paling miskin dalam sejarah manusia, tiada manusia yang semiskin Nabi Isa sebelum ataupun sesudah zamannya. Dan baginda juga sepanjang hayatnya mendapat tentangan hebat daripada Kaumnya. Masakan baginda mempunyai masa untuk berkahwin dan bekeluarga. Satu fakta yang aku terima dalam cerita ini adalah..

"Jesus Christ is a mortal. Not a son of god. Not even his nephew twice removed."

Lagi satu, pembaharuan agama Kristian akan dilakukan oleh baginda sendiri selepas baginda diturunkan dari langit satu hari nanti. Kerana baginda tidak disalib tetapi dimikrajkan ke langit dan tempatnya diganti oleh orang yang serupa dengannya.


Isnin, 11 Februari 2013

The Impossible

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Perlu ku akui sudah agak lama juga sejak kali terakhir aku menonton wayang. Dan semalam, mengambil kesempatan di atas kelengangan Bandar Bintulu sempena cuti tahun baru cina, aku dan rakan pergi ke City Point untuk mencari cerita untuk ditonton. Dan pada waktu itulah, kami mengambil keputusan untuk menonton cerita "The Impossible".

The Impossible


 Sebab dah lama tak buat movie review, jadi ada baiknya jika aku cuma huraikan cerita ini secara ringkas. Cerita ini mengisahkan tentang keluarga Bennet yang menjadi mangsa tradegi Tsunami 2004 yang melanda Asia. Cerita ini diarahkan oleh Juan Antonio Bayona. Maria serta suami dan tiga orang anak lelakinya dalam percutian krismas ke Thailand ketika tradegi tersebut melanda. Maria dan Lucas terpisah daripada Henry dan dua lagi anaknya iaitu Thomas dan Simon. 

Maria pada waktu itu mengalami keceraan parah di kaki kanannya, sempat untuk menyelamatkan seorang lagi kanak-kanak bernama Daniel. Dan pada waktu itu, mereka memanjat ke atas pokok untuk berjaga sekiranya ada lagi ombak tsunami yang akan melanda. Mereka telah dijumpai dan diselamatkan oleh penduduk-penduduk tempatan dan Maria telah dihantar ke hospital. Keadaan sibuk yang berlaku di hospital menyebabkan Lucas terpisah dengan Maria.

Sementara itu, Henry pergi mencari Maria dan Lucas dan menghantar anak-anaknya Thomas dan Simon untuk dihantar ke kem sementara. Selepas pencariannya tidak berhasil, Henry terpisah dengan anak-anaknya selepas mereka dihantar menaiki lori ke tempat yang tidak diketahui. Henry kemudian telah dihantar ke kem dan berjumpa dengan Karl, yang secara murah hati menolongnya untuk membuat panggilan kepada bapa mertuanya, Brian di Britain.

Karl dan Henry kemudian mencari di setiap hospital dan kemudian tiba di hospital tempat Maria dirawat. Dan di situlah secara ajaib seluruh keluarga tersebut berjumpa.


Komen

Secara ringkasnya, Nang kacak cerita ya.. Memang tak habis-habis menangis bila berada di wayang. Banyak adegan-adegan yang menyentuh hati dan perasaan, apatah lagi bila adegan tersebut diambil sempena kisah benar yang menimpa kepada pelancong-pelancong yang berada di Thailand pada waktu itu. 

4 Bintang daripada 5. ^_^

Selasa, 27 Mac 2012

This Means War

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Peluang untuk menonton cerita yang sudah lama ditunggu-tunggu ini tiba jua akhirnya. Beberapa minggu yang lepas, ketika menonton cerita BUNOHAN, asalnya nak tonton cerita ni laa. Baru minggu ini dapat. Baiklah, sebelum pergi lebih jauh, mari kita sama-sama melihat movie review untuk kali ini.


Jadi apakah cerita THIS MEANS WAR ini? Ceritanya sebenarnya berkisarkan akan cinta tiga segi di mana dua orang lelaki jatuh cinta pada wanita yang sama. Dan kedua lelaki ini, tidak mahu mengaku kalah mahu membuktikan siapa yang mampu memenangi hati wanita tersebut. Terdesak sampai isytihar perang. Huhuhu..


SINOPSIS


Ceritanya berkisarkan akan dua orang agen CIA, iaitu FDR Foster (Chris Pine) dan Tuck Hudson (Tom Hardy). Di permulaan cerita, mereka telah ditugaskan ke Hong Kong untuk menghalang seorang penjenayah antarabangsa bernama Heinrich untuk memiliki senjata pemusnah. Misi tersebut adalah rahsia. Namun, misi tersebut tidak menjadi seperti yang dirancang, menyebabkan kematian Jonas, iaitu adik kepada Heinrich. Dan itu menyebabkan Heinrich berazam untuk membalas dendam. Berbalik di pejabat CIA, bos kepada FDR dan Tuck, Collins terpaksa meletakkan kedua agennya itu untuk kerja-kerja pejabat, untuk melindungi keselamatan mereka.

Siapakah mereka ini?


FDR, menyembunyikan identitinya sebagai Kapten Kapal Persiaran adalah seorang kaki wanita dan masih bujang. Sahabat baik kepada Tuck. Pertama kali berjumpa dengan Lauren di kedai CD, namun Lauren mengabaikannya. Selepas itu FDR bertekad untuk keluar dengannya. Ia tidak lama apabila dia mengetahui yang Tuck juga jatuh cinta kepadanya.


Tuck pula adalah seorang duda, telah bercerai dengan isterinya, Katie dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu, Joe. Menyembunyikan identitinya sebagai Agen Pelancongan. Dia berjumpa dengan Lauren di laman sesawang sosial, cuba untuk mendapatkan teman hidup. Pertemuan pertama mereka ini berjaya dan hubungan mereka mekar. Tidak lama kemudian dia mendapat tahu yang FDR juga jatuh cinta kepada Lauren.


Lauren Scott (Reese Witherspoon) pula adalah seorang wanita bujang. Kawan rapatnya, Trish telah mendaftarkannya di laman sesawang sosial membawa pengenalannya dengan Tuck. Namun, dia juga kemudian menjalinkan hubungan dengan FDR selepas satu pertemuan di kedai video. Dia tidak mengetahui hubungan antara Tuck dan FDR pada peringkat awal.


Dan di mana-mana kisah cinta segi, selalunya wanita yang akan memberi kata putus akan siapa yang akan dipilihnya sebagai teman hidup. Siapakah yang dipilih oleh Lauren? ^^

Apa yang saya suka akan cerita ini?
  1. Sudah tentulah penghabisannya happy ending. (semua watak berjumpa teman hidup masing-masing)
  2. Gaya pertarungan antara FDR dan Tuck 'berperang' untuk merebut Lauren. (menggunakan sumber CIA untuk semata-mata mendapatkan latar belakang Lauren... seriously, membazir duit rakyat kot!! haha..)
  3. Unsur-unsur komedi yang menceriakan cerita tersebut. (walaupun ada beberapa lawak memang tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah).
Okay, itu sahaja untuk segmen kali ini. Berjumpa di ruangan yang lain.. Adieu~~

Isnin, 19 Mac 2012

Bunohan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua.

Pada asalnya filem BUNOHAN ini bukanlah pilihan pertama ketika mahu menonton wayang beberapa hari yang lalu. Secara jujur, ini adalah yang ketiga dalam senarai. Memandangkan 2 filem pilihan sebelumnya sudah penuh, filem ini menjadi pilihan di petang hari. Rasanya ramai dah mengetahui akan filem ini, yang telah ditahan penayangannya selama 2 tahun sebelum dilepaskan untuk tayangan di layar perak pada tahun ini.

Jadi apakah BUNOHAN ini? Kalau anda rasa yang BUNOHAN ini diambil disebabkan adegan-adegan bunuh-bunuhan di dalamnya, maka anda sudah silap besar. (walaupun ada adegan bunuh-bunuhan di dalam filem ini..). Bunohan ni sebenarnya nama tempat.


SINOPSIS

Sinopsis cerita ini belatar belakangkan 3 orang watak utama dalam cerita ini iaitu Adil (Zahiril Adzim), Bakar (Pekin Ibrahim) dan Ilham (Faizal Hussein, Pelakon Sokongan Terbaik Anugerah Skrin 2003). Mereka bertiga ini adalah adik-beradik. Dan cerita Bunohan ini merupaan kisah tragik ketiga beradik ini dalam pergelutan mereka dalam merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, yang kemudiannya bertukar ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan.

Jadi siapakah sebenarnya mereka ini?

Adil :-

Adil merupakan seorang peninju Tomoi. Di dalam gelanggang, dia dikenali sebagai "Bunga Lalang". Sudah lama meninggalkan rumah. Dia bertanding jauh di kawasan pedalaman di Selatan Thailand. Kisah bermula apabila Adil hampir maut di dalam sebuah perlawanan, dan berjaya diselamatkan oleh teman rapatnya. Pertandingan yang disertainya bukan perlawanan biasa, tetapi mempertaruhkan wang, maruah dan nyawa. Disebabkan mereka melarikan diri, mereka menjadi buruan pihak penganjur tersebut. Pada waktu itu, Adil pulang semula ke kampung halamannya di Kampung Bunohan.

Ilham :-

Ilham merupakan pembunuh upahan. Dia telah ditugaskan untuk memburu dan membunuh Adil. Dalam pencariannya itu, dia mengetahui yang Adil telah berada di Kampung Bunohan. Kampung tersebut juga merupakan kampung halamannya yang telah lama ditinggalkan, tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya hampir mati. Adil juga sebenarnya merupakan adik kandungnya.

Bakar :-

Bakar adalah seorang Usahawan yang bercita-cita tinggi. Saudara kandung kepada Ilham dan juga Adil. Secara penampilan, dia adalah yang paling 'soleh'. Namun, penampilannya itu tidak dapat menutup kejahatan dalamannya yang sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai cita-citanya, termasuk mengorbankan ahli keluarganya sendiri. Dia kembali ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapanya yang sedang uzur.

Dan di Kampung Bunohan inilah takdir mereka menunggu dan segala keperitan bermula.


Apa yang saya suka tentang cerita ini?
  1. Kesadisan pengakhiran cerita ini. Walaupun adik beradik, namun itu semua bukan penghalang untuk ketiga beradik ini bermusuhan dan berbunuhan di antara satu sama lain. (sedih woo.. tengok adik beradik berbunuhan antara satu sama lain.)
  2. Seni penggambaran latar belakang. Sama seperti temanya yang merupakan cerita tragik, penggambaran banyak berlatar belakangkan cuaca mendung, hujan dan kegelapan.
  3. Penggunaan 95% dialog dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan. (banyak jugak aku belajar perkataan kelantan.. huhu..)
  4. Unsur-unsur mistik yang menghiasi perjalanan cerita. Ibaratnya di jalan cerita ini, walaupun sekadar pemain wayang kulit, namun pastinya bapa mereka ini ada mempunyai saka.
Sekian sahaja untuk segmen movie review untuk kali ini. Berjumpa di ruangan lain.

Selasa, 21 Februari 2012

Underworld : Awakening

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Beberapa hari yang lepas, saya dan beberapa orang kawan pergi menonton cerita yang dimaksudkan di atas, iaitu Underworld : Awakening. Cerita yang boleh dikategorikan sebagai kisah seram dan ganas dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak di bawah umur.


Cerita Underworld : Awakening inu juga dikenali dengan nama Underworld 4, kerana ia adalah edisi ke-4 bagi siri Underworld. Cerita yang berkisarkan akan peperangan di antara Serigala Jadian (Lycans) dan Pontianak (Vampire). Memang amat teruja akan plot ceritanya dan seni grafik di dalam cerita ini.. walaupun agak seram (perkataan paling dekat rasanya 'Seriau') dengan aksi ganas dalam cerita ini.. (macam jantung ditarik keluar dari badan sampai kelihatan salur nafas... =.=").


Ceritanya berkisahkan akan seorang (seekor?) Vampire bernama Selene (Kate Beckinsale) yang ditangkap oleh manusia ketika The Purge. Iaitu peperangan global yang dilancarkan oleh manusia untuk memerangi kedua-dua keturunan makhluk ini, yang juga digelar sebagai "The Infected". Peperangan ini berjaya untuk memusnahkan 95% daripada makhluk tersebut. Ketika dia berjaya melepaskan diri daripada ditahan, dia mendapati 12 tahun telah pun berlalu semenjak peperangan The Purge meletus. Ketika dia cuba untuk menjejaki kekasihnya Michael yang merupakan kacukan Lycan dan Vampire, dia berjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan bernama Eve.


Ia tidak berapa lama kemudian yang Selene menyedari yang Eve merupakan anak kandungnya hasil hubungannya dengan Michael.


Apa yang saya suka tentang cerita ini :-
  1. Jalan ceritanya akan pengorbanan seorang ibu untuk menyelamatkan anaknya walaupun terpaksa membahayakan nyawanya sendiri. (dahsat woo.. mak berperang sebab nak selamatkan anak..)
  2. Aksi ganas yang menyeramkan namun masih lagi di tahap boleh dikawal. (Final Destination lagi aku takleh terima.. ganas terlebih~~~ huhu..)
  3. Teknik imbas semula yang sedikit sebanyak membolehkan penonton memahami jalan cerita walaupun belum menonton edisi-edisi sebelumnya.
Itu sahaja perkongsian saya buat masa ini. Nampaknya cerita ini masih tidak habis lagi sebab kedua ibu dan anak ini masih belum disatukan dengan bapa mereka.

Bersambung di ruangan lain ^^

Ahad, 25 Disember 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Selepas sebulan ditayangkan, saya ingatkan sudah tiada lagi peluang untuk menonton filem yang mencatatkan kutipan berjuta-juta ringgit ini. Tetapi, peluang itu tiba-tiba datang semalam apabila seorang rakan mengajak menonton filem ini. Jadi, untuk tidak melepaskan peluang, kami pun pergi menonton dan untuk melihat sendiri apakah keistimewaan cerita ini sehingga mendapat tarikan daripada penonton.

Photobucket

Secara peribadi, saya agak tersentuh dengan perkembangan plot cerita dan watak. (Tapi, tak dapat enjoy sangat sebab ada makhluk Allah kat belakang aku buat bising kat dalam panggung.. >.<). Ceritanya berkisarkan tentang Izzah (Maya Karin), seorang wanita kampung yang dipaksa bekerja di bandar dan kemudian bertemu jodoh dengan tidak disangka-sangka dengan seorang jejaka kaya, Aris (Aaron Aziz). Perkahwinan itu walaupun tidak dibina atas dasar kasih-sayang, cinta mula berputik di antara mereka berdua. Dan halangan demi halangan terpaksa ditempuh oleh mereka demi membina sebuah keluarga yang bahagia.

Photobucket

Apa yang saya suka akan cerita ini :-
  1. Latar tempat yang menarik. Sawah padi, pantai, perkampungan luar bandar dan Cameron Highland. Dan yang paling penting, rumah Aris. (Best giler bila tengok kemewahan keluarga Aris.)
  2. Perkembangan jalan cerita dan plot. (Selalunya kalau tengok cerita perlahan camni aku dah tertidur dalam panggung dah, tapi tengok Ombak Rindu tak. 2 jam setengah rasa macam 1 jam.)
  3. Konflik antara watak. Setiap watak di dalam cerita mempunyai peranan dalam menyerikan cerita. Tiada yang sekadar jadi tunggul di layar perak. (Memang tak dinafikan Izzah memang banyak dugaan. Macam mana agaknya perasaan seorang wanita bila suami sendiri cakap 'Perempuan murahan' pada isteri sendiri. T_T).
Itu antara apa yang saya boleh kongsikan di sini. Bila dah lihat depan mata sendiri, adegan yang heboh di media massa dan seperti mencetuskan kontroversi tiadalah sebenarnya kontroversi pun. (Biasa-lah bila dah masuk media kan..). Apa-apa pun, saya kena juga cari novel Ombak Rindu lepas ini. Lima bintang untuk Ombak Rindu daripada RBE.

Photobucket

Sekian sahaja untuk kali ini,
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails