Jumaat, 23 Julai 2010

Shinigami

Photobucket

Shinigami (Dewa Kematian), adalah kaum fiksyen spiritual yang ditugaskan untuk menjaga keseimbangan aliran roh di antara dunia manusia dan alam barzakh. Shinigami bermaksud Dewa Kematian. Semua Shinigami tinggal di Soul Society. Secara penampilan, Shinigami memakai kimono berwarna hitam. Shinigami adalah makhluk supernatural dan tidak boleh dilihat oleh manusia biasa kecuali mereka yang mempunyai tahap kesedaran spiritual yang tinggi. Secara ringkas, Shinigami adalah roh atau semangat yang dikurniakan kuasa dalaman Spiritual.

Tugas Shinigami adalah untuk mengawal aliran roh dan semangat di antara dua alam iaitu alam dunia dan alam barzakh, dan di dalam kes BLEACH, di Soul Society. Di samping itu, mereka juga ditugaskan untuk membimbing semangat plus untuk pulang ke alam barzakh dan menewaskan semangat jahat (hollow). Disebabkan tugas tersebut, mereka mempunyai kelebihan-kelebihan seperti :-

Lanjut Umur : Secara praktikal, mereka juga boleh mati. Namun, mereka mempunyai umur yang panjang dan boleh hidup sehingga ribuan tahun.

Ketahanan Tinggi : Mereka juga boleh cedera atau sakit, namun shinigami boleh menampung kecedaraan yang jauh lebih parah daripada manusia biasa.

Kuasa Spiritual : Secara praktikal, Shinigami tidak perlu makan dan minum untuk hidup. Kekuatan Shinigami terletak kepada kekuatan semangat dan spiritual yang dimiliki yang dikenali sebagai Reiryoku (Tekanan Nyawa). Namun, , mereka juga boleh lapar jika mereka menggunakan terlalu banyak kuasa spiritual dalam satu-satu masa.


PENAMPILAN


Photobucket

Kebanyakan Shinigami mempunyai penampilan seperti manusia biasa. Mereka memakai kimono berwarna hitam dan senjata mereka diikat dipinggang masing-masing. Namun, terdapat juga beberapa Shinigami yang mempunyai penampilan luar biasa seperti saiz badan yang amat besar ataupun mempunyai penampilan seperti haiwan.


TUGAS - TUGAS


Konso (Pengkebumian roh) – Setiap semangat atau nyawa yang berada di bumi (plus) ke tempat masing-masing. Mereka menggunakan pangkal zanpakutou masing-masing untuk tugas ini.

Pembersihan Hollow – Semangat jahat (hollow) pada asalnya adalah roh plus. Namun, atas beberapa sebab, mereka akan bertukar menjadi hollow yang akan memakan roh-roh lain. Selepas ditewaskan oleh Shinigami, mereka akan bertukar semula menjadi plus dan akan pergi ke Soul Society

Photobucket
Contoh Hollow


PERTARUNGAN


Tugas menewaskan Hollow adalah satu tugas yang mencabar dan dikategorikan sebagai bahaya. Ini adalah kerana, hollow merupakan semangat yang dahagakan untuk memakan semangat-semangat yang lain termasuk Shinigami. Malah, terdapat juga Hollow yang mempunyai kesedaran dan personaliti yang menyebabkan mereka menjadi lebih merbahaya.

Oleh itu, setiap shinigami menerima latihan pertarungan yang dikenali sebagai Zankensoki. Zan merujuk kepada teknik pertarungan pedang. Ken merujuk kepada seni pertarungan tanpa senjata. So merujuk kepada teknik pergerakan dan Ki merujuk kepada Kido. Kesemua teknik ini memerlukan penggunakan Tekanan Nyawa.

Kido : Kido merupakan teknik magis yang digunakan oleh Shinigami. Seni magis ini terdiri kepada jenis serangan, pertahanan dan pemulihan. Setiap teknik magis ini memerlukan kepada penggunaan ayat-ayat jampi untuk mengaktifkannya walaupun ia boleh digunakan hanya dengan menyebutnya sahaja. Setiap jampi digolongkan dalam skala 1 – 99. Semakin besar nombornya, semakin rumit dan kuat tenaga pemusnahnya.

Photobucket
Hadou Jurus ke-63 : Souren Soukatsui, (Laluan Pemusnah Besar)

Hakuda : Hanya segelintir Shinigami sahaja yang berlatih dalam seni pertarungan ini. Kebanyakan Shinigami yang berasal dari Onmitsukido (Skuad Gerak Khas) adalah mahir dalam seni ini.

Hoho : Seperti Hakuda, hanya segelintir Shinigami sahaja yang mahir menggunakan teknik ini. Teknik ini melibatkan gerakan-gerakan Shinigami seperti Shunpo (Gerakan Sejenak). Shunpo membolehkan Shinigami bergerak lebih laju daripada apa yang boleh dilihat oleh mata kasar. Shinigami yang mahid dalam Hoho membolehkan mereka terapung dan bergerak bebas di udara.

Zanjutsu : Seni lawan pedang adalah seni pertarungan paling utama dan biasa kepada Shinigami. Setiap Shinigami mempunyai pedang mereka sendiri iaitu Zanpakutou (Pedang Pemusnah Nyawa). Penggunaan Zanpakutou adalah antara serangan paling efektif bagi Shinigami.

Photobucket
Contoh Zanpakutou kepunyaan Urahara Kisuke

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails