Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Menyambut Merdeka - Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Hari ini adalah hari ke-26 berpuasa, dan hanya ada baki lagi 4 hari sahaja lagi. Keadaan rumah masih lagi aman tenteram, walaupun memang tidak boleh dinafikan perasaan mahu menyambut raya semakin tidak dapat dikawal. Keterujaan itu menyebabkan perasaan malas hendak bekerja begitu menebal sekali. Tapi, memandangkan hari ini hari terakhir, teruskan sahajalah sebelum bercuti selama seminggu. Yeay, mimpi indah yang menjadi kenyataan.

Photobucket

Photobucket

Dan bermula esok, saya akan pulang bercuti ke kampung. Jadi selama seminggu akan meninggalkan dunia pekerjaan dan dunia blogging. Jadi di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Merdeka - Raya kepada semua rakyat Malaysia.

Dan, di bawah ini adalah antara segmen iklan Merdeka-Raya yang paling saya minat.



Sekian sahaja buat masa ini
Salam

Khamis, 25 Ogos 2011

Perasaan jangan dipaksa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Pernah jatuh cinta? Pernah merasai bagaimana perasaan mencintai dan dicintai? Mungkin ada yang akan menyatakan 'Ya' dan mungkin ada juga yang 'Tidak'. Tapi bagi mereka yang pernah merasai pengalaman bercinta, pasti anda akan bersetuju bahawa perasaan cinta akan datang dengan sendirinya, tanpa dipaksa, tanpa kita sedari dan pada masa yang sama.. tidak boleh dipaksa.

Kenapa saya tiba-tiba membangkitkan soal ini di bulan Ramadhan? Kerana saya sudah muak untuk berhadapan dengan jenis manusia yang tidak faham bahasa dan masih lagi mahu mendesak untuk saya menerima cintanya. Bukan masalah saya yang si dia amat menyayangi saya, tapi adalah masalah yang saya tidak ada perasaan sayang padanya dan tidak boleh menerima dia dalam hidup saya. Sudah beberapa kali saya katakan dengan jelas kepadanya, tapi dia masih tidak faham-faham.

Photobucket

Apa yang membuatkan saya bertambah marah adalah, dia menyalahkan saya apabila sakit lamanya datang semula sehingga dia dimasukkan ke hospital, gara-gara tertekan kerana saya menolak cintanya. Kenapa dia tidak faham yang cinta tidak boleh dipaksa? Adakah dengan saya menerimanya atas dasar kasihan dan tidak mahu dia jatuh sakit akibat tertekan boleh membuatkan dia dan saya bahagia? Tolonglah.. ini bukan kisah "Ayat-ayat Cinta". Saya tidak boleh terima cinta sebegitu. Tolonglah jangan bermain cinta dengan ugutan belas kasihan. Saya tidak akan boleh terima cinta yang sebegitu.

Photobucket

Mungkin benar apa yang dikatakan, cinta kepada Allah akan membuatkan kita bahagia selamanya kerana Allah itu kekal. Cinta makhluk hanya sementara dan tidak sesuci cinta Allah yang Maha Kuasa.

Sekian luahan perasaan buat masa ini,
Salam


Selasa, 23 Ogos 2011

10 hari terakhir Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Sungguh pantas sekali masa berlalu. Ibaratnya baru semalam kita memasuki Bulan Ramadhan. Hari ini sudah pun melangkah ke hari yang ke-23 berpuasa. Sekarang ini adalah fasa terakhir bulan Ramadhan, di mana hari yang dinanti-nanti dan digalakkan mencari oleh Nabi Muhammad saw iaitu Malam Lailatul Qadar. Malam yang ganjaran ibadat yang dilakukan adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Perbanyakkan ibadat di 10 hari terakhir ini. Tapi yang penting, tidak tahu kenapa, rasa tidak bersemangat untuk menyambut raya pada tahun ini.

Mungkin berpunca sebab peribadi, atau pun hanya perasaan semata-mata. Saya pun tidak pasti. Tapi apa yang pasti, dua tiga hari ini memang menyeronokkan sebab hari hujan. Dan tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat air hujan turun membasahi bumi dengan tiupan angin pagi yang sejuk dan mengamankan suasana.

Sekian sahaja untuk kali ini
Salam

Rabu, 17 Ogos 2011

Hari Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua.

Photobucket

Selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada semua. Ini adalah hari di mana Al-Quran diwahyukan kepada Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran adalah cahaya petunjuk kepada kita yang menyinari kehidupan kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Sebagai seorang Islam, kita mempunyai tanggungjawab kepada Al-Quran. Membacanya sekurang-kurangnya satu hari satu Juzuk, dan memahami apa yang tertulis di dalamnya.

Sekian,
Salam

Isnin, 15 Ogos 2011

Perihal Mercun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Sejahtera semua

Gembira dapat berblogging sekali lagi dengan meluahkan segala yang terbuku di hati. Diam tidak diam, kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadhan. Tidak sangka begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. Adalah baik jika di waktu-waktu ini, kita memikirkan semula akan amalan-amalan kita di bulan yang mulia ini. Adakah ia lebih baik, atau pun lebih buruk, sama-samalah kita muhasabah diri.

Photobucket

Di masa ini jugalah, suasana malam menjadi semakin meriah. Masakan tidak, walaupun ianya diharamkan, bunyi-bunyi mercun kedengaran semakin lama semakin kerap di dua tiga malam kebelakangan ini. Memang tidak dinafikan ianya memeriahkan suasana, tetapi, sudah pastilah ia tidak manis untuk didengar apabila kita sedang solat.

Dan, ini juga suatu fakta yang amat menganehkan, kerana mercun dimainkan di setiap perayaan besar seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali. Tetapi, mengapakah hanya ketika Hari Raya kita mendengar berita yang pemain mercun ini mengalami kecederaan seperti putus tangan dan jari akibat bermain mercun? Sama-sama kita fikirkan. Apa-apa pun, ia bermula dengan satu perkara iaitu sikap.

Photobucket

Sekian buat masa ini,
Salam.

P.S :: Kalau tak pandai main mercun, jangan main.

Isnin, 8 Ogos 2011

Pesta Ibadat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera Semua

Secara tidak disedari, sudah memasuki hari keenam kita memasuki bulan Ramadhan dan sudah 6 hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Bagaimana dengan perjalanan hidup kita di bulan Ramadhan ini? Bulan ini adalah bulan di mana ganjaran ibadah digandakan. Oleh itu, janganlah kita sia-siakan peluang kita di bulan yang juga dikenali dengan nama bulan Pesta Ibadah.

Jadi apakah Ibadah yang seharusnya dilaksanakan pada bulan Ramadhan ini?
Mari kita lihat yang asas.


1. Berbuka

Photobucket

Baiklah, permulaan bagi setiap hari dalam kalendar Islam adalah setiap kali terbenamnya matahari, dengan lain perkataan apabila bermulanya waktu Maghrib. Dan ini ketikan berpuasa kita pastikan jangan jadikan bulan puasa sebagai Pesta Makanan. Elakkan!

Berbuka seadanya dengan Air, Kurma 3 biji dan sedikit manisan.


2. Solat Maghrib

Photobucket

Sebaik sahaja anda berbuka, teruskan diri anda untuk menunaikan Solat Maghrib. Percayalah, anda boleh lakukannya. Jangan lengah-lengahkan waktu Solat. Kita boleh makan selepas solat Maghrib. Solat yang hanya 3 rakaat, sekadar 5 - 10 minit sahaja.


3. Makan Malam

Photobucket

Baiklah, selepas anda menunaikan Solat Maghrib, anda boleh mulakan dengan makan nasi atau makanan berat yang lain. Tapi pastikan jangan terlalu kenyang kerana ia akan menyebabkan anda malas untuk beribadat.


4. Solat Isyak

Photobucket

Selepas makan malam, maka berehat sebentar sementara menunggu azan Isyak. Anda bolehlah menyiapkan diri untuk bersolat Isyak.


5. Solat Sunat Tarawikh

Photobucket

Baiklah, bermulanya satu ibadah yang hanya ada pada bulan Ramadhan, iaitu solat tarawikh. Solat Tarawikh boleh diamalkan bersendirian ataupun secara berjamaah, bergantung kepada keupayaan masing-masing. Terdiri daripada 20 rakaat, anda boleh memilih sama ada mahu membuatnya 8 ataupun sehingga 20 rakaat. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.


6. Tidur

Photobucket

Baiklah, kemungkinan anda akan kepenatan selepas melaksanakan solat tarawikh, oleh itu digalakkan untuk tidur awal supaya boleh bangun untuk bersahur.


7. Qiyamullail dan Solat Witir

Photobucket

Selepas rehat sebentar, bangun di sepertiga malam dan beribadat kepada Allah. Jika anda tunaikan solat tarawikh secara berjemaah 8 rakaat di masjid, maka bolehlah sambung sehingga ke rakaat ke 20 dan 3 witir sebagai penutup solat-solat sunat. Sementara menunggu waktu sahur, anda boleh isi masa ini dengan membaca ayat-ayat suci al-quran.


8. Sahur

Photobucket

Dan, akhirnya dalam 1 atau setengah jam sebelum waktu Subuh, makanlah sahur kerana di dalam sahur itu ada berkat. Sila pastikan yang istilah Sahur merujuk kepada makan di akhir malam sebelum subuh dan sesudah anda bangun tidur. Jika tidak, ia tidak dinamakan sebagai sahur tetapi makan tengah malam.


Akhir sekali, semoga apa yang saya sampaikan saya sendiri dapat amal dan kita sampaikan kepada yang lain.
Salam.

Selasa, 2 Ogos 2011

Maher Zain - For the rest of my life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Sejahtera Semua

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung sekalian. Segmen muzik kembali lagi tepat pada masanya. Dan untuk edisi bulan puasa ini, segmen ini akan mempersembahkan lagu berunsur islamik untuk halwa telinga kita semua. Dan lagu yang dipilih untuk edisi bulan puasa ini adalah nyanyian Maher Zain. Sudah lama saya melupai lagu ini, tetapi sekali mendengarnya di radio Hot FM cukup untuk saya mengingati keindahan irama dan kemerduan suara penyanyi ini.

Antara lagu yang cukup sesuai untuk Si Suami meluahkan perasaan cintanya kepada si Isteri. ^^


Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Pertama-tama sekali, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat lagi kita berjumpa dengan Ramadhan kali ini. Bulan di mana kita melaksanakan salah satu daripada rukun islam iaitu, Berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan, termasuk juga bulan di mana setiap amalan kebaikan digandakan. Dan di bulan ini juga, terdapat satu malam di mana beribadat di malam ini akan diberikan ganjaran bersamaan seribu bulan.

Mungkin kita tidak mengerti bagaimana pahala bersamaan seribu bulan ini. 1000 bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun, jadi ia bermaksud pahala yang diganjarkan jika beribadat di malam itu, iaitu malam Lailatul Qadar ada bersamaan dengan pahala beribadah selama 83 tahun, tanpa makan, minum dan tidur! Inilah yang dinamakan hadiah kepada umat Muhammad daripada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Adalah mustahil bagi Umat Muhammad untuk beribadat selama 83 tahun dalam keadaan umur mereka hanya 63 tahun secara purata.

Apa-apa pun, rebutlah peluang keemasan ini yang tiba setahun sekali ini.
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails