Isnin, 8 Ogos 2011

Pesta Ibadat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera Semua

Secara tidak disedari, sudah memasuki hari keenam kita memasuki bulan Ramadhan dan sudah 6 hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Bagaimana dengan perjalanan hidup kita di bulan Ramadhan ini? Bulan ini adalah bulan di mana ganjaran ibadah digandakan. Oleh itu, janganlah kita sia-siakan peluang kita di bulan yang juga dikenali dengan nama bulan Pesta Ibadah.

Jadi apakah Ibadah yang seharusnya dilaksanakan pada bulan Ramadhan ini?
Mari kita lihat yang asas.


1. Berbuka

Photobucket

Baiklah, permulaan bagi setiap hari dalam kalendar Islam adalah setiap kali terbenamnya matahari, dengan lain perkataan apabila bermulanya waktu Maghrib. Dan ini ketikan berpuasa kita pastikan jangan jadikan bulan puasa sebagai Pesta Makanan. Elakkan!

Berbuka seadanya dengan Air, Kurma 3 biji dan sedikit manisan.


2. Solat Maghrib

Photobucket

Sebaik sahaja anda berbuka, teruskan diri anda untuk menunaikan Solat Maghrib. Percayalah, anda boleh lakukannya. Jangan lengah-lengahkan waktu Solat. Kita boleh makan selepas solat Maghrib. Solat yang hanya 3 rakaat, sekadar 5 - 10 minit sahaja.


3. Makan Malam

Photobucket

Baiklah, selepas anda menunaikan Solat Maghrib, anda boleh mulakan dengan makan nasi atau makanan berat yang lain. Tapi pastikan jangan terlalu kenyang kerana ia akan menyebabkan anda malas untuk beribadat.


4. Solat Isyak

Photobucket

Selepas makan malam, maka berehat sebentar sementara menunggu azan Isyak. Anda bolehlah menyiapkan diri untuk bersolat Isyak.


5. Solat Sunat Tarawikh

Photobucket

Baiklah, bermulanya satu ibadah yang hanya ada pada bulan Ramadhan, iaitu solat tarawikh. Solat Tarawikh boleh diamalkan bersendirian ataupun secara berjamaah, bergantung kepada keupayaan masing-masing. Terdiri daripada 20 rakaat, anda boleh memilih sama ada mahu membuatnya 8 ataupun sehingga 20 rakaat. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.


6. Tidur

Photobucket

Baiklah, kemungkinan anda akan kepenatan selepas melaksanakan solat tarawikh, oleh itu digalakkan untuk tidur awal supaya boleh bangun untuk bersahur.


7. Qiyamullail dan Solat Witir

Photobucket

Selepas rehat sebentar, bangun di sepertiga malam dan beribadat kepada Allah. Jika anda tunaikan solat tarawikh secara berjemaah 8 rakaat di masjid, maka bolehlah sambung sehingga ke rakaat ke 20 dan 3 witir sebagai penutup solat-solat sunat. Sementara menunggu waktu sahur, anda boleh isi masa ini dengan membaca ayat-ayat suci al-quran.


8. Sahur

Photobucket

Dan, akhirnya dalam 1 atau setengah jam sebelum waktu Subuh, makanlah sahur kerana di dalam sahur itu ada berkat. Sila pastikan yang istilah Sahur merujuk kepada makan di akhir malam sebelum subuh dan sesudah anda bangun tidur. Jika tidak, ia tidak dinamakan sebagai sahur tetapi makan tengah malam.


Akhir sekali, semoga apa yang saya sampaikan saya sendiri dapat amal dan kita sampaikan kepada yang lain.
Salam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails