Selamat Datang semua
Pertama sekali diucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434, permulaan untuk tahun baru di dalam tahun Islam. Sedar tak sedar, dah setahun masa berlalu semenjak kali terakhir aku menyambut tahun baru Islam 1433. Masa bila kita lalui rasa amat perlahan, tetapi bila ia sudah meninggalkan kita.. kita akan terasa amat laju aliran masa tersebut. Termasuk juga masa yang telah kita bazirkan. Tahun baru ini aku berada di Negeri Sarawak, juga dikenali dengan jolokan nama 'Bumi Kenyalang'. Aku sekarang ini mencari rezeki di negeri terbesar di Malaysia.
Dan kehidupan aku sekarang ini memang sedang semakin hari semakin sibuk. Kadang-kadang aku rasakan yang aku sepatutnya 'demand' semasa pertama kali aku menerima tawaran kerja di sini. Tapi, aku rasa baik aku biarkan dahulu buat sementara waktu. Dulu aku memang tak pernah ambil kisah akan benda-benda yang ada di sekeliling aku, tapi nampaknya sekarang dah terbalik. Kenapa? Aku sudah mula rambang mata dengan gadget-gadget terkini dan terbaru.
Sekarang ni aku dah mula rambang mata pada dua biji gadget di hadapan baru ini. Apatah lagi jika benda yang baru ini ada yang boleh kita dapati dengan harga murah. Aku minat dengan Samsung Galaxy Tab 7.7 dan juga Samsung Galaxy Beam. Tapi, kewangan aku yang terhad hanya membenarkan aku mengambil salah satu dengan bajet aku sebanyak tidak lebih RM1,500. Aku memang dah lama suka Galaxy Tab 7.7 ni.
Huhu... dah rambang mata dah dengan gajet-gajet terkini ni.