Selasa, 14 Februari 2012

Valentine? Katakan tidak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera Semua

Rasanya ramai yang tahu hari ini hari apa. Hari Selasa? Memanglah hari Selasa. Tetapi ada sesuatu pada hari ini yang disambut secara besar-besaran seluruh dunia. Ya, tidak lain dan bukan adalah Hari Valentine, iaitu suatu hari yang diucapkan sebagai 'Hari Kekasih'. Jadi, kalau anda lihat di bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang ini, pastinya trend jualan sekarang ini adalah kepada bunga-bunga dan coklat-coklat. (tak termasuk juga hotel-hotel =.="). Jadi, adakah sesuai untuk mereka yang beragama Islam menyambut hari kekasih ini?


Secara umumnya, hari ini bukanlah hari sambutan acara sekular tapi ada unsur-unsur keagamaan. Kalau dilihat dari segi status pun, ia adalah antara acara "Christian Feast Day". Kenapa? Sebab asalnya acara ini adalah memperingati kelahiran seorang Kristian bernama St. Valentine yang dilahirkan pada 14 Februari. Jadi, sebagai seorang Islam, adalah bersesuaian jika kita tidak menyambutnya.

Photobucket

Ada juga blog-blog yang menyatakan bahawa cuti valentine ini juga adalah demi memperingati kemenangan kristian menakluk Empayar Andalusia di Sepanyol. Namun, pencarian saya sebelum ini tidak menjumpai sebarang bukti jelas yang menunjukkan bahawa 14 Februari adalah hari kejatuhan empayar tersebut. Sebaliknya hari kejatuhan kota Alhambra adalah pada 2 Januari 1492.

Ok, itu sahaja perkongsian maklumat untuk hari ini.
Salam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails