Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Pertama sekali kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Tiong Hua, diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua. Apa yang menarik mengenai Tahun-Tahun dalam kalendar Cina ini adalah ianya mewakili 12 haiwan yang bertukar silih berganti setiap tahun. Pada tahun ini adalah giliran Tahun Ular.


Tak silap aku tahun ini adalah tahun Ular Air. Owh yer, tak dilupakan juga yang setiap haiwan-haiwan ini juga mempunyai elemen-elemennya yang tersendiri. Terdapat 5 elemen iaitu Api, Air, Kayu, Emas dan juga Tanah. Di mana setiap elemen ini juga akan bertukar silih berganti. Kompleks? Ini juga adalah satu keunikan Tahun Kalendar Cina yang sangat berkait rapat dengan ilmu Feng-Shui.

Dan, ini juga adalah Tahun Baru Cina aku yang pertama di Negeri Sarawak. Ada banyak perbezaan kalau kita lihat akan siapa yang menyambut tahun baru cina di sini. Sebab, di Sarawak ini perkahwinan campur adalah perkara biasa. Memang akan ada banyak campuran dalam latar belakang keluarga mereka. Ada seorang rakan aku yang secara keturunannya adalah kaum cina. Tapi ayahnya berkahwin dengan wanita Iban, di mana dia mempunyai ibu angkat daripada keturunan cina islam. Jadi, hampir semua perayaan dia sambut. Perayaan Gawai (Iban), Tahun Baru Cina (Cina), tak dilupa juga Krismas dan Tahun Baru (Kristian). Banyak betul dia cuti dalam setahun. Heh.

P.S : Aku tahun ni dapat banyak limau.. tapi... tiada siapa nak bagi aku Ang Pau dah. Huuu.. sedihnya.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails