Ahad, 3 Mac 2013

Di awal Mac

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Apa khabar semua?Akhirnya selepas hampir setengah bulan tidak berjumpa, aku telah berada di hadapan komputer sekali lagi. Kehidupan aku akhir-akhir ini menjadi semakin sibuk, terutamanya apabila Unit 4 di Stesen Janakuasa Elektrik Empangan Bakun sedang dalam proses akhir untuk memulakan proses Pre-Commissioning. Bermacam-macam cabaran dan dugaan perlu aku hadapi terutama apabila masih ada lagi Unit 3 (yang hampir siap), Unit 2 dan juga Unit 1 yang masih lagi dalam proses pembinaan. Apa yang penting, dalam bulan 3 ini aku merasakan yang aku akan menghadapi situasi seperti di bulan 11 yang lepas. Jika keadaan tidak mengizinkan, mungkin kitorang akan terpaksa bekerja semula pada hari Ahad. (tidak!!!)

Jadi, untuk minggu ini aku keluar ke bandar untuk menghilangkan tekanan kerja. Dan satu cara untuk aku menghilangkan tekanan adalah dengan bertapa dengan komputer dan mengadap berita-berita di internet yang telah aku ketinggalan. Macam-macam berita yang sudah berlaku, tetapi sekarang aku tumpukan kepada berita Pertempuran di Lahad Datu. Betul juga apa yang aku belajar dulu, macam mana dugaan Wanita, Tahta dan Harta menjadikan orang sanggup keluar untuk berperang. (Jamalul Kiram III bukannya Sultan betul pun~~). Selain daripada itu, aku juga sekarang ini sedang bersedia melihat jadual sekali lagi akan tarikh pilihanraya. Hehe.. Masakan tidak, ini adalah kali pertama aku akan keluar mengundi. Apa yang aku akan undi? Undi anda adalah rahsia. Heh..

Dan mulai bulan 3 ini juga aku sudah mulai berjaya untuk mengatur jadual harian aku untuk kehidupan semasa dan juga kerjaya. Aku sudahpun memulakan perniagaan secara kecil-kecilan (belajar berniaga dari bawah), di samping itu juga aku mahu memulakan semula penulisan novel yang sudah lama aku tinggalkan dan juga tidak dilupakan, kembali untuk membina otot yang dahulu pernah aku lakukan. Cukuplah kot untuk matlamat pencapaian aku pada tahun 2013 ini. hehe..

It is important to plan. Failed to plan means you are planning for failure.

 Dan akhir sekali, pada 22hb Februari yang lepas, adalah seorang hamba allah ni tiba-tiba datang meninggalkan komen di Radin's Blog. Dan adalah menyatakan yang Undang Luak Naning ke 20 adalah sipolan bin sipolan dan bukannya sipolan bin sipolan. Baik tutup blog ini atau nanti PDRM datang. (pelik kan?) Blog RB ini adalah blog yang aku kawal komentarnya. (need to be approve). Dan dia pulak boleh marah-marah kata berani buat blog tapi tak berani nak buka komentar pada umum. Aik? kenapa pulak?

Pertama sekali kepada yang terlibat, blog Radin's Blog itu adalah portal diraja, demi menjaga nama baik Institusi Kesultanan, adalah penting jika komen-komen ini dikawal supaya ia tidak menjadi seperti komen-komen berunsur politik, penghinaan dan sebagainya. Tambahan pula, bahan-bahan itu aku ambil dari berita. Dan lagi satu, blog tu blog aku! Sukati akulah nak buat apa pada blog tu. Yang kau nak sibuk-sibuk tu kenapa? Dan peliknya, yang mengata tu pun, meninggalkan komentar dengan identiti 'Tiada Nama' (anonymous). Siapa yang penakut sebenarnya? Huhu.. Pelik betul.

Itulah sahaja luahan peraasaan aku di awal bulan ini. Heh. Bersambung di ruangan yang akan datang. Insya Allah.
Salam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails