Jumaat, 10 Januari 2014

Syarikat Penerbangan di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Segmen Info Menarik kembali semula di RBE untuk kali ini. Untuk isu Januari 2014 ini, mari kita semua mengenali apakah syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia. Mungkin ramai antara kita pada hari ini jika menyebut Syarikat penerbangan, hanya terbayang MAS, Air Asia dan Firefly. Namun sebenarnya, kita mempunyai lebih daripada itu. Mari kita lihat satu demi satu.

Syarikat Penerbangan (Penumpang)

1. Air Asia


Air Asia Bhd merupakan syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1993. Air Asia memulakan penerbangan sulungnya pada 18 November 1996. Sekarang ini, ia merupakan syarikat tambang murah terbaik dunia untuk 5 tahun berturut-turut. Air asia berpengkalan di LCCT, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : AXM
Kod IATA : AK
Jumlah pesawat : 138


2. Air Asia X


Air Asia X Bhd merupakan anak syarikat kepada Air Asia. Ianya merupakan syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh yang memulakan operasi pada tahun 2007. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : XAX
Kod IATA : D7
Jumlah pesawat : 15


3. Berjaya Air


Berjaya Air merupakan syarikat penerbangan yang dimiliki oleh Berjaya Corporation Group. Ianya ditubuhkan pada tahun 1989 (dengan nama Pacific Charter). Ianya merupakan syarikat penerbangan yang beroperasi ke destinasi-destinasi perlancongan seperti Pulau Redang dan Pulau Tioman. Ianya berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Abd Aziz Shah, Subang.

Kod ICAO : BVT
Kod IATA : J8
Jumlah pesawat : 5


4. Eaglexpress


Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd merupakan syarikat penerbangan sewa khas yang ditubuhkan pada 8 Ogos 2011. Ia merupakan syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan sewa khas untuk keperluan rasmi, kargo udara, perlancongan, jemaah haji dan umrah di Malaysia dan Asia. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : IZX
Kod IATA : 9A
Jumlah Pesawat : 3


5. Firefly


Firefly Sdn Bhd merupakan syarikat penerbangan tambang murah dan merupakan anak syarikat sepenuhnya milik Malaysia Airlines. Firefly ditubuhkan pada tahun 2007. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Kod ICAO : FFM
Kod IATA : FY
Jumlah pesawat : 12


6. Malindo Air


Malindo Air merupakan syarikat penerbangan yang ditubuhkan pada 11 September 2012. Namanya diambil sempena nama Malaysia dan Indonesia, kerana ianya merupakan syarikat usahasama di antara National Aerospace and Defense Industries (NADI) Malaysia (51%) dan Lion Air dari Indonesia (49%). Ianya merupakan syarikat penerbangan premium tetapi menawarkan harga tiket seperti penerbangan tambang murah. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : MXD
Kod IATA : OD
Jumlah Pesawat : 10


7. Malaysia Airline


Malaysia Airlines System merupakan Syarikat Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1972. Ianya diuruskan oleh Penerbangan Malaysia Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Malaysia Airlines juga merupakan satu-satunya ahli Oneworld yang tidak ditaja oleh International Airlines Group dan British Airways tetapi ditaja oleh Qantas. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : MAS
Kod IATA : MH
Jumlah Pesawat : 102


8. MASwings


MASwings Sdn Bhd merupakan anak syarikat sepenuhnya milik Malaysia Airlines yang ditubuhkan pada 1 Oktober 2007. Ianya menguruskan perkhidmatan penerbangan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Miri.

Kod ICAO : MWG
Kod IATA : MH
Jumlah Pesawat : 14


9. MHS Aviation


MHS Aviation merupakan syarikat penerbangan tidak berjadual yang beroperasi di Malaysia dan merupakan anak syarikat kepada Boustead Group. Operasi utamanya adalah dalam bidang Petroleum dan Gas, di mana mereka menghantar pekerja-pekerja ke pelantar-pelantar minyak. Petronas, Shell dan Exxonmobil antara contoh klien utama mereka.

Kod ICAO : -
Kod IATA : -
Jumlah pesawat : 6
Website : http://www.mhsaviation.com/


10. Sabah Air


Sabah Air, juga dikenali sebagai Penerbangan Sabah ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai sebuah anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang dikelolai oleh Kementerian Kewangan Sabah. Ia menyediakan khidmat pelancongan, penghantaran kargo, urusan perniagaan termasuk juga untuk urusan rasmi. Ia berpangkalan di Kota Kinabalu.

Kod ICAO : SAX
Kod IATA : SA
Jumlah Pesawat : 11


11. Weststar Aviation


Weststar Aviation merupakan sebuah syarikat penerbangan tidak berjadual yang ditubuhkan pada tahun 2003. Ia diuruskan oleh Weststar Group dan berpangkalan di Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah, Subang.

Kod ICAO : -
Kod IATA : -
Jumlah Pesawat : 9


Syarikat Penerbangan (Kargo)

1. Gading Sari
2. MASkargo
3. Transmile Air Service
4. Neptune Air

Akan dikemaskini lagi di masa akan datang.

Ahad, 5 Januari 2014

Bercuti di Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua


Kamu semua tahu hari apakah ini? Ya, memang hari Ahad. Mungkin sekarang anda tengah rilex-rilex di hujung minggu. Tapi buat warga Johor terutamanya kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah, mereka sudah memulakan kerja di hari Ahad. Jadi, kebanyakannya dah tiada perasaan benci pada hari Isnin. No Monday blues. Sebaliknya dah bertukar jadi Sunday blues. 

Pertukaran cuti umum di Negeri Johor daripada hari Sabtu, Ahad ke hari Jumaat, Sabtu dilaksanakan selepas titah Sultan Johor pada hari keputeraan baginda pada tahun lepas yang mahukan cuti umum pada hari Jumaat untuk memuliakan hari kebesaran Islam. Namun, terdapat juga pihak yang tak berpuas hati. Apatah lagi disebabkan perbezaan demografi antara negeri-negeri yang menggunakan hari Jumaat, Sabtu sebagai cuti seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

3 Negeri itu lebih 80% penduduk adalah agama Islam. Di Johor hanya ~60% penduduk beragama Islam

Jadi berlaku ketidakselarasan cuti antara Kakitangan awam dan swasta sebab swasta masih mahukan Sabtu-Ahad kerana selaras dengan Kerajaan Persekutuan. Tapi tindakan kerajaan Johor sebenarnya mengikut cuti semenjak zaman dahulu lagi. Malah ketika penjajahan juga Johor masih menggunakan cuti Jumaat-Sabtu sehingga 1994 iaitu ketika Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor.

Pelik, kita pulak lagi Inggeris daripada orang Inggeris.

Jadi secara peribadi, memang aku sokong cuti Jumaat-Sabtu sebab aku pun dulu pernah merasa bersekolah Ahad-Khamis. Memang lagi berbaloi sebab lagi banyak masa belajar daripada Isnin-Jumaat (seriously bro.. aku rasa pelajar melayu tak dapat bersaing sebab waktu belajar kurang). Walaupun begitu, pihak swasta masih tidak mengikuti Jumaat-Sabtu. Tapi, aku merasakan dalam tempoh 5 tahun mereka pasti akan terpaksa tukar juga. Kenapa?
Mana ada syarikat yang mahu membayar 2 jam rehat pekerja Islam yang bekerja pada hari Jumaat sewaktu mereka pergi Solat Jumaat? Sekiranya mereka menghalang, dan diketahui oleh Pihak Jabatan Agama Islam Johor, sudah pasti akan dikenakan denda. Memang terdapat beberapa syarikat bukan Islam di Johor, tetapi mempunyai ramai pekerja beragama Islam sudah pun menukar hari cuti mereka kepada hari Jumaat, apatah lagi syarikat milik Islam. Ada beberapa yang aku dah jumpa memang dah kata Jumaat mereka cuti.

Apa-apa pun, semoga niat baik ini berterusan. Amalan yang baik bukanlah yang banyak, tetapi yang sedikit tapi berterusan. In Shaa Allah. ^^

Jata Negeri Johor.

Khamis, 2 Januari 2014

Sekilas di 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Pagi tadi aku agak sibuk menguruskan urusan peribadi aku sedari jam 6 pagi lagi. Urusan aku kesemuanya tamat pada jam 12 tengah hari tadi. Jadi aku pun bertapa di hadapan laptop ku sambil menikmati hari cuti ku yang masih berbaki seminggu lagi.

Mana tak, dah balik bakun nanti aku tak dapat la berinternet sepuas hati

Ada juga aku melihat di laman-laman sesawang seperti di Pencicit (Twitter) yang ramai pelajar-pelajar sekolah yang sudah pun memasuki Tingkatan 4 kebanyakannya tidak teruja untuk ke sekolah. Tapi memang aku juga ada perasaan yang macam tu juga masa awal-awal dulu.

Tapi sekarang dah kerja.. bestnyer takyah gi sekolah. Hehe..

Sempat juga aku bersiar-siar di kawasan Jusco ketika aku terperasan satu artikel dan ruangan di majalah hiburan di kedai buku yang menunjukkan perkahwinan-perkahwinan artis sepanjang tahun 2013. Dan mereka sebulat suara menyatakan yang perkahwinan antara Zain Saidin dan Rozita Che Wan sebagai Wedding of the year. 


Rasanya sesiapa yang menonton perkahwinan mereka pasti akan merasa teruja untuk turut serta membuat majlis yang gah seperti itu. Tapi bagi aku, perkahwinan yang akan aku katakan sebagai Wedding of the Year 2013 adalah perkahwinan Fizo Omar dan pasangannya Mawar Abdul Karim. Memang tak dinafikan yang kedua mereka ini ibarat Pinang dibelah dua dan sama padan di antara satu sama lain.


Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua


Apa khabar anda semua di hari pertama di Tahun Baru ini? Pertama sekali biarlah aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Secara peribadi bagi aku, tahun baru ini sama seperti tahun baru yang lepas. Aku masih mengikut tradisi 'keluarga radin' untuk menyambut malam tahun baru di rumah.

Bukanlah tradisi sangat, memang aku jenis pemalas nak keluar rumah.

Untuk tahun baru 2014 ni, aku dapat satu hadiah yang tak disangka-sangka daripada salah satu Syarikat Telekomunikasi yang aku gunakan sejak bertahun dulu, iaitu Maxis. Satu hari, aku menerima panggilan daripada Maxis yang nombor yang aku gunakan sekali lagi terpilih untuk menerima hadiah daripada Maxis sempena "Ganjaran Kesetiaan" daripada Maxis. Hadiah tersebut adalah modem Wifi.


Mula-mula aku rasa takut-takut juga nak terima. Tapi lepas aku check balik, harga modem tersebut di pasaran adalah RM350, dengan bayaran pengaktifan sebanyak RM150. Tapi aku dapat pengecualian untuk dua bayaran ini dan aku terima secara percuma. Untuk tahun pertama juga, aku terima bayaran sebanyak RM58 dan untuk dibatalkan juga adalah percuma. Jadi aku merasakan tak rugi pun aku guna.

Apa yang penting sebab aku memang dah lama cari modem Wifi.. huhu.

Pada hari pertama tahun baru ni, Negeri Johor bekerja dan budak sekolah memulakan sesi persekolahan pada hari ini. Aku lihat adik aku yang sorang ni rupanya dah Tingkatan 4. Cepat sungguh masa berlalu. Sebab aku memang jaga 2 orang adik-adik aku dengan tangan sendiri, jadi bila fikir balik, memang tak sangka masing-masing dah besar dah.

Tapi kenapa aku tengok dia macam masih Darjah 3??

Apa-apa pun, pencapaian aku di tahun 2013 sudah tentulah sebab aku dah berjaya membuat asas untuk menceburi bidang perniagaan di Bintulu. Dan itu bagi aku satu pencapaian yang agak baik walaupun baru bermula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails