Ahad, 5 Januari 2014

Bercuti di Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua


Kamu semua tahu hari apakah ini? Ya, memang hari Ahad. Mungkin sekarang anda tengah rilex-rilex di hujung minggu. Tapi buat warga Johor terutamanya kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah, mereka sudah memulakan kerja di hari Ahad. Jadi, kebanyakannya dah tiada perasaan benci pada hari Isnin. No Monday blues. Sebaliknya dah bertukar jadi Sunday blues. 

Pertukaran cuti umum di Negeri Johor daripada hari Sabtu, Ahad ke hari Jumaat, Sabtu dilaksanakan selepas titah Sultan Johor pada hari keputeraan baginda pada tahun lepas yang mahukan cuti umum pada hari Jumaat untuk memuliakan hari kebesaran Islam. Namun, terdapat juga pihak yang tak berpuas hati. Apatah lagi disebabkan perbezaan demografi antara negeri-negeri yang menggunakan hari Jumaat, Sabtu sebagai cuti seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

3 Negeri itu lebih 80% penduduk adalah agama Islam. Di Johor hanya ~60% penduduk beragama Islam

Jadi berlaku ketidakselarasan cuti antara Kakitangan awam dan swasta sebab swasta masih mahukan Sabtu-Ahad kerana selaras dengan Kerajaan Persekutuan. Tapi tindakan kerajaan Johor sebenarnya mengikut cuti semenjak zaman dahulu lagi. Malah ketika penjajahan juga Johor masih menggunakan cuti Jumaat-Sabtu sehingga 1994 iaitu ketika Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor.

Pelik, kita pulak lagi Inggeris daripada orang Inggeris.

Jadi secara peribadi, memang aku sokong cuti Jumaat-Sabtu sebab aku pun dulu pernah merasa bersekolah Ahad-Khamis. Memang lagi berbaloi sebab lagi banyak masa belajar daripada Isnin-Jumaat (seriously bro.. aku rasa pelajar melayu tak dapat bersaing sebab waktu belajar kurang). Walaupun begitu, pihak swasta masih tidak mengikuti Jumaat-Sabtu. Tapi, aku merasakan dalam tempoh 5 tahun mereka pasti akan terpaksa tukar juga. Kenapa?
Mana ada syarikat yang mahu membayar 2 jam rehat pekerja Islam yang bekerja pada hari Jumaat sewaktu mereka pergi Solat Jumaat? Sekiranya mereka menghalang, dan diketahui oleh Pihak Jabatan Agama Islam Johor, sudah pasti akan dikenakan denda. Memang terdapat beberapa syarikat bukan Islam di Johor, tetapi mempunyai ramai pekerja beragama Islam sudah pun menukar hari cuti mereka kepada hari Jumaat, apatah lagi syarikat milik Islam. Ada beberapa yang aku dah jumpa memang dah kata Jumaat mereka cuti.

Apa-apa pun, semoga niat baik ini berterusan. Amalan yang baik bukanlah yang banyak, tetapi yang sedikit tapi berterusan. In Shaa Allah. ^^

Jata Negeri Johor.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails