Jumaat, 19 November 2010

Kematian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Apa khabar semua... Satu lagi hari yang cerah hari ini. Semoga anda semua sihat-sihat hari ini. Dan, bila saya bangun pagi tadi, hampir pula terlupa yang hari ini adalah hari Jumaat. Malam tadi, saya terima mesej dari rakan sekelas saya di Universiti. Salah seorang rakan karib kami, telah meninggal dunia semalam. Walaupun tidak sekelas dengan saya, tapi kami memang selalu berjumpa. Orangnya baik, tapi umurnya tak panjang.

'Photobucket'

Lepas saya terima sms dari rakan saya tentang kematian itu. Seperti biasa, YM memang sentiasa online. Jadi, tergerak pula hati untuk berchatting dengan salah seorang bekas senior di Universiti dahulu. Dan kamu tahu apa yang dia cakap?

"Kalau boleh aku nak mati cepat!!!"

Yang seorang ini memang bermasalah. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia cakap macam itu. Saya tidaklah salahkan dia seratus peratus. Sebab dia ni memang penuh dengan masalah peribadi. Dah tak tahu nak nasihat macam mana. Bukan apa, kadang-kala adala juga tergerak hati nak tanya masalah dia, dan dia pernah luahkan. Kadang-kala memang jelas masalah itu berpunca dari dia sendiri. Tapi, tidak boleh terima kenyataan. Dia juga yang betul, orang lain salah.. Iyerlah, layan jer lah~~~

'Photobucket'


Mati

Walau apa yang cuba lakukan, bunuh diri bukanlah penyelesaian masalah. Kita semua pasti akan mati. Tapi bukan bermaksud melalui bunuh diri. Semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara tersebut. Bercita-cita untuk mati boleh, iaitu bercita-cita untuk mati syahid. Berdoa untuk mati boleh, iaitu berdoa untuk mati dalam keadaan yang baik.

Sama-sama kita beramal di hari Jumaat ini~~
Bye~~

Khamis, 18 November 2010

Kisah-kisah Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

'Photobucket'

Seperti tajuk di atas, topik kali ini memang ada kena mengena dengan kisah cinta. Di pagi yang hening ini, ditambah dengan kicauan burung-burung yang keluar mencari makanan, memang menambahkan mood untuk menulis. Ramai di antara kita yang mungkin biasa dengan cinta, atau mempunyai pengalaman pahit manis tentang cinta. Dan, memang menarik untuk diperkatakan, hanya dengan satu perkataan cinta... maka terbitlah 1001 ragam kisah percintaan manusia di dunia ini sama ada suka atau duka.

Tapi persoalannya adalah, Ia kisah Peribadi (Privacy), atau Umum (Public)?

Inilah persoalan yang saya ingin lontarkan hari ini. Mungkin ada yang jawab, ini untuk umum. Tidak mengapa kisah cinta kita diketahui orang lain. Titik-titik pertemuan, bibit-bibit percintaan, saat suka dan duka dihadapi bersama, menempuh alam perkahwinan dan akhirnya kekal hingga ke akhir hayat. Kenapa cerita indah ini mahu disembunyikan?

Bagi saya, tidak kira sama ada ia indah atau tidak, ia tetap kisah peribadi yang esklusif yang hanya orang tertentu sahaja perlu tahu. Alasannya mudah, kisah cinta sepatutnya dikongsi kepada ahli keluarga terdekat sahaja. Kadang-kala mungkin kita ada terbayang bagaimana ibu bapa atau datuk nenek kita berjumpa, kan? Kemudian kita bertanya...

Bila mak jumpa dengan ayah? Kenapa mak pilih ayah? Jumpa kat mana? Datuk Nenek setuju ke tak? Apa Ayah cakap masa dia lamar mak?

Dan cerita-cerita perkongsian hidup inilah yang semakin mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menarik jika kita mendengar kisah hidup mereka. Ada yang cinta pandang pertama, ada yang malu tapi mahu, ada yang awalnya benci tetapi berputik menjadi cinta abadi, ada juga yang berjumpa kerana pilihan keluarga. Inilah yang boleh membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dan anda kena ingat, ini adalah cerita yang tidak perlu dicanangkan kepada orang ramai.


Pakcik Cari Hantu

Tidak perlulah saya terangkan siapa di atas. Kisah cintanya memang panas membara. Tetapi masalah utamanya bukanlah tentang hal percintaan-nya, tetapi adalah kerana cara dia menyampaikan cerita tersebut yang dibuktikan dengan sumber terdekat yang saya dapat, Fitnah semata-mata. Siap dengan gambar, mesej dan macam-macam lagi pengakuan di tulis di blognya bahawa dia bercinta. Adakah itu cinta? Perlukah dia mencanangkan kisah cintanya kepada masyarakat? Percayalah, itu bukan cinta, tapi mengambil kesempatan. Jika kita lihat, amat jelas sekali bahawa kisah-kisah yang ditonjolkan itu hanya sekadar mahu mengambil kesempatan. Apa lagi yang pakcik cari hantu itu perlukan selain mahukan perhatian dan memalukan sesetengah pihak, apatah lagi jika pihak itu adalah dari kalangan Kerabat Diraja.

Klik Sini untuk keterangan lanjut.


Kesimpulan

Bukan semua benda boleh didedahkan kepada umum. Ada perkara yang lebih baik jika ia disimpan dari diperkatakan.

Renung-renungkanlah~~
Bye~~

Rabu, 17 November 2010

Hujan di Aidil-Adha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Pertama sekali, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua. Hari Raya kedua bagi umat Islam dan juga yang terbesar dan terpanjang, iaitu 4 hari. Tapi, kemeriahannya di negeri-negeri lain memang tidak sehebat di Kelantan. Itu memang pasti. 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah, lama kan? Inilah dia hari untuk makan dan minum (hari yang diharamkan berpuasa).

Macam-macam nama panggilan untuk sambutan ini. Hari Raya korban, Hari raya haji~~ itu memang biasa dengar. Tapi ada satu nama baru yang saya rasa agak menggelikan hati. Tadi, saya melawat facebook rakan seperti selalu. Sempena raya ini, banyaklah ucapan hari raya yang diterima. Dan salah satu nya berbunyi....

"Selamat Hari Raya Aidil Adha Ameera"
=D

Saya harap lepas ni, kamu semua letak lah koma di tempat yang sepatutnya. Banyak betul nama kat situ. Aidil, Adha dan Ameera. hehehehe..

Perhimpunan terbesar umat Islam

Photobucket

Kadang-kala timbul juga sayup di hati apabila melihat semua umat Islam berkumpul untuk melaksanakan satu ibadat. Berpakaian serba putih, semuanya sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, latar belakang ataupun darjat.

Korban

Dan yang paling biasa kita dengar adalah, penyembelihan haiwan korban. Ibadah ini dilaksanakan demi memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim a.s untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s demi mentaati perintah Allah. Dan, disebabkan ketaatan Nabi Ibrahim inilah, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor haiwan korban dari syurga.

Saya tidak sempat nak turut serta dalam korban pagi tadi. Mungkin memang Allah nak turunkan rezeki, hujan turun sebaik sahaja selesai solat sunat hari raya. (^_^)

Photobucket

Apa-apa pun,
Selamat Hari raya Aidil-Adha~~
Bye~~

Selasa, 16 November 2010

Ulang Tahun Pertama RBE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat datang semua.

Photobucket

Apa khabar semua, selamat datang ke blog 'baru' saya. Huhu.. Sebenarnya, ini bukanlah blog baru pun, tapi adalah blog lama yang diberikan nafas baru. Kalau anda lihat di ruangan lampiran, blog ini telah pun genap setahun. Tetapi, seperti yang anda lihat, ianya ibarat "Hidup segan, mati tak mahu." Ya, memang betul pun. Saya menumpukan pada Radin's Blog (RB) pada kebanyakan masa, jadi pada Radin's Blog Entertainment (RBE), saya terpaksa ketepikan dahulu.

Di ruangan utama, saya banyak letak ruangan untuk Portal Diraja. Jadi, dengan bertambahnya berita dan maklumat di sana, terpaksalah kebanyakan isu-isu lain dipadamkan di RB dan dipindahkan sedikit demi sedikit di sini. Dan, ramai juga antara rakan-rakan blogger yang lain yang mahukan bahan bacaan dalam Bahasa Melayu. Jadi di sini saya khaskan pembacaan kalian dalam Bahasa Melayu. =D

Nantikan artikel-artikel saya di masa hadapan.

Semoga hidup kita ceria-ceria selalu~~
Bye~~

Khamis, 4 November 2010

KESATRIA (ep. 4)

Buat pertama kalinya dalam tempoh beberapa minggu, Azuan dapat melelapkan matanya dengan aman. Sudah beberapa hari dia tidak dapat melelapkan mata. Dalam undang-undang darurat Andalusia, sebaik sahaja pengisytiharan darurat, segala urusan pentadbiran adalah jatuh ke tangan kesemua Kesatria Maharaja. Dan pada masa ini, Andalusia hanya mempunyai 4 orang sahaja Kesatria Maharaja. Azzuan selaku Ketua Kesatria Maharaja, memegang tugas yang amat berat iaitu sebagai Pentadbir Andalusia sehingga Andalusia dalam keadaan sepenuhnya aman.

Pada pagi itu, dia menikmati sarapan paginya dengan aman. Walaupun Andalusia masih lagi dalam keadaan peperangan, suasana ibu kota tenang dan damai sebaik sahaja berita mengenai kepulangan Hakim. Penat lelahnya akan tamat sebaik sahaja Maharaja Andalusia yang baru dimahkotakan.

Sedang Azzuan leka menikmati sarapannya, pintu biliknya diketuk tiba-tiba,

“Siapa itu?” Sahut Azzuan membalas ketukan pintu tersebut.

“Saya Pegawai Istana datang untuk melaporkan diri tuan.” Jawab petugas Istana tersebut kepada persoalan Azzuan.

Azzuan memahami kedatangan pegawai tersebut adalah atas urusan Kerabat Maharaja.

“Ada apa pegawai?” Tanya Azzuan kepada petugas tersebut.

Sambil menyediakan laporannya, petugas istana tersebut menjawab pertanyaan Azzuan.

“Tujuan saya ke sini adalah untuk melaporkan situasi Istana Andalusia sekarang. Segala persiapan di Istana Alhambra sudah berjalan dengan lancar tuan.” Lapor petugas tersebut.

Azzuan tersenyum dengan laporan tersebut. Tiada apa yang diharapkannya selain mengharapkan beban yang ditanggungnya tamat dengan segera. Namun, senyumannya hanya sebentar sahaja.

“Tapi tuan, kami ada masalah lain.” Petugas tersebut menyambung lagi laporannya.

Azzuan mula terkejut. Baginya, segala halangan dan aral yang melintang hanya akan membawa masalah kepadanya.

“Apa lagi?” Kata Azzuan dengan perasaan ingin tahu yang meluap-luap.

“Tuan Hakim tidak mahu jejakkan kaki baginda ke Kota Alhambra. Kami tidak dapat mulakan apa-apa jika baginda masih lagi enggan.” Lapor Petugas Istana tersebut. Agak berat baginya untuk melaporkan berita tersebut, namun demi amanah kepada tugasnya, diteruskannya jua.

“Apa?!” Azzuan terkejut dengan laporan tersebut. Namun, Azzuan masih lagi mampu mengawal perasaannya dan masih lagi mengambil keputusan dengan cara yang waras.

“Tentang Hakim tidak perlu disusahkan. Saya ada. Saya sendiri akan pastikan yang Hakim tetap akan masuk juga ke Alhambra untuk permahkotaannya.” Kata Azzuan dengan yakin. Ini adalah kerana, dia dan Syakir sudah tahu cara yang paling sesuai untuk memujuknya untuk dimahkotakan sebagai Maharaja.

“Dan, saya harap Tuan tak lupa tentang Maharani Aishah….”

Azzuan terus tersentak apabila petugas tersebut menyebut nama Maharani Aisyah. Dia sebenarnya sudah terlupa akan kewujudan Maharani Aishah. Dia mula teringat akan hubungan dingin antara Hakim dan Maharani Aishah.

“Aduh.. satu masalah lagi… Apa aku nak buat ni?” Keluh Azzuan.

Azzuan mula memahami akan sebab sebenar Hakim enggan kembali ke ibu kota. Segala peristiwa yang berkait di antara Hakim dan Maharani Aishah bermain-main dengan jelas di ingatannya. Perasaan belas kasihannya pada Hakim mula menebal. Perlukah dia menangguhkan majlis permahkotaan tersebut? Soalnya dalam hati.


bersambung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails