Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua
Di artikel sebelum ini saya ada menyatakan yang post hari ini ada kaitan dengan post semalam. Dan jawapannya memang Ya. Ia ada kaitan dengan syarikat keretapi di Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang sudah pun berusia lebih 100 tahun. Apa masalah? banyak masalahnya. Tapi buat masa ini saya akan tumpukan kepada isu KTM Komuter.
Sebelum saya berbincang dengan lebih jauh, pasti ada orang yang akan menyatakan yang saya ini tidak bersyukur kerana 'bersungut' akan perkara ini. Memang saya sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia. Kalau dibandingkan dengan negara lain, negara kita berkembang dengan maju. Dulu kalau nak bergerak kena guna kapal/tongkang. Lepas tu wujud perkhidmatan keretapi, sekarang sudah ada komuter, LRT, monorel dan macam-macam lagi. Sangat bersyukur sebab taraf kehidupan sekarang lebih baik daripada dulu. TAPI!!! Kalau anda lihat kemudahan yang anda guna ini makin teruk dari hari ke hari depan mata anda sendiri, lepas itu usaha untuk mengatasi masalah ini pun bagai dibuat sambil lewa, nak bersyukur juga ke??
Contoh :: Perkhidmatan KTM Komuter diasaskan pada tahun 1995. Pada masa itu, masa ketibaan komuter adalah setiap 15 minit. Sekarang? setiap 40 minit sekali, itupun tidak menepati masa. Cuba bawa bersyukur? Bersyukur sangat (mata ke atas, tangan di dada.)
Kalau dibandingkan, perkhidmatan STAR, PUTRA LRT dan KL Monorel jauh lebih efisyen. Kenapa baru sekarang saya bangkitkan hal ini? Sebab ada janji KTM bahawa pada bulan Februari 2012 ini, perkhidmatan akan diselaraskan setiap 30 minit sekali. Dan kemudian bila Komuter baru dilancarkan, masa menunggu akan dikurangkan kepada 7 minit. Sekarang dah nak habis bulan Februari, Komuter baru tak habis-habis buat test drive, Komuter lama tak habis-habis tergendala. Kalau anda bertuah, akan ada tren ETS KTM yang akan tiba menjemput anda.
Memang tak dinafikan yang ada tindakan penyelesaian daripada pihak KTM ini. Tapi walau apa pun yang KTM buat, kalau kita fikirkan balik, memangla bagus.. tapi masih lagi dalam kategori 'belum cukup bagus'.
Kadang-kala memang tak faham apa yang difikirkan oleh orang atasan KTMB ini. Cuba lihat, pihak KTM seolah-olah membazirkan wang dengan membina Stesen-stesen keretapi yang canggih-canggih. Contohnya, Stesen KL Sentral ini yang juga merupakan stesen keretapi terbesar di Asia Tenggara.
Termasuk juga dengan beberapa stesen seperti Sentul, Batu Kentonmen dan Batu Caves ini.
Cantik kan? Tapi bila kita tunggu komuter, mesti akan ada suara yang berbunyi.. Minta maaf, tren komuter ke xxxx terlewat daripada jadual asal... Memang sangat mendukacitakan. Itupun KTMB masih lagi tamak menambah stesen perjalanan Komuter dalam keadaan tren bermasalah.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Tidak kisahlah kalau orang kata apa yang saya luahkan ini membazirkan masa, tapi saya tahu bukan saya seorang saja yang berpendapat sebegini. Dan pastinya ada bakal-bakal pekerja KTMB yang membaca blog ini yang mempunyai fikiran yang serupa.
1. Pastikan tren datang tepat pada masanya. Setiap 15 minit ke, 20 minit ke, atau 30 minit sekalipun, itu bukan persoalan. Kalau dah tertulis di jadual 5.30pm, maka masa ketibaan sudah tentulah dalam 5.25 - 5.29.
Klik untuk besarkan arah laluan perjalanan KTM Komuter.
2. Perkhidmatan tren yang berbeza antara laluan Batu Caves - Pelabuhan Klang dan Sungai Gadut - Tanjung Malim. Rasanya ramai juga yang selalu tersilap tren. Lagi-lagi kalau di Bank Negara. Nak ke Pelabuhan Klang, tapi ternaik tren ke Seremban. Kalau saya la kan, tren SCS (Komuter baru) saya letak di Batu Caves - Pelabuhan Klang dan tren ETS saya letak di laluan Sungai Gadut - Tanjung Malim.
Ini tren SCS (tren kelas EMU untuk KTM Komuter)
Ini tren ETS (sebenarnya pun model kelas EMU)
3. Alang-alang dah membazir beli EMU ETS, baik membazir terus buat laluan keretapi elektrik yang betul-betul untuk keretapi elektrik. Kenapa perlu beli EMU untuk perkhidmatan keretapi elektrik laju? Baik terus buat laluan keretapi daripada Johor Bahru ke Padang Besar, dan guna terus tren elektrik laju macam Shinkansen di bawah ini. Lagi puas hati. Boleh memecut sehingga 300 km/j.
Kesimpulannya, yang penting tren KTMB mesti tepati masa, bukan setakat stesen hebat-hebat tapi tren bermasalah. Apa yang pasti, Keretapi memang sangat berpotensi untuk menjadi alternatif kepada kenderaan darat yang lain seperti bas, kereta dan lain-lain jika diuruskan dengan sebaiknya.
Ok, mungkin saya takder kelulusan dalam bidang keretapi, sebab saya graduan kejuruteraan elektrik. Siapa-siapa di sini ada kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Keretapi sila komen sikit.
Sekian sahaja untuk kali ini.
7 ulasan:
Akak ada kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Keretapi. Ni nak komen skit. Adik jangan pandai-pandai ye. KTM ni adik kata tak bagus? Ish..ish..ish.. Memang tepat sekali pendapat adik tu. Heheh..
Kalau diikutkan, akak lagi suka naik public transport drpd kereta sendiri. Sbb senang, takyah lalu jem. Tp bila dah mcm gitu kronik masalah KTM (umah akak hanya dekat dgn KTM je), mmg takde mood la nak naik public transport lagi. Jgn risau, semua pendapat awk tu, pengguna2 KTM pasti rasa benda yang sama. Dah lewat tu satu hal. Bila lewat tu, terus skip satu tren, sedangkan org semakin bertambah. Sebab tu la setiap kali tren sampai, semua org berebut mcm hapa sampai hilang semua etika2 sbb takut tak dpt masuk dlm tren dan terlepas.
jarang naik kenderaan ni...mungkin radin boleh hantar surat kat pihak ktm, maybe?
Saya kelulusan kejuruteraan jugak! tapi kejuruteraan alam sekitar la. Teehee
Sy x pernah lagi naik keretaapi sepanjang umur nih. Tapi based pd apa yg kamu tulis, masalah mutu perkhidmatan keretapi ni lebih kurang sama jugak dengan masalah perkhidmatan awam yg laen terutama sekali perkhidmatan bus. Sangat mendukacita kan.
pd pandangan sy la kan, masalah ni berlaku akibat kurangnye persaingan. Kalo ade pon, kualiti dr pesaing tu lebih kurang sama dgn syarikat mereka.
slh satu penyelesaian, wujudkan byk pesaing yg mampu ofer servis yg bermutu. Mybe dgn cara tu, msalah ni boleh dikurangkan kot?
=)
@LydSunshine ::
Yup, sebenarnya tu masalah awalnya kak. Bila ada tren lambat, penumpang ramai. Bila penumpang ramai, tren penuh. Bila tren penuh atau terlebih kapasiti, jangka hayat tren tu makin pendek..
rasa diorang semua tahu hal ni. tapi ntahla... lambat jugak
@ckin
Hantar surat mungkin satu penyelesaian. Tapi tak tau la pihak ktm boleh selesaikan atau tak.
Sbb mantan PM pernah naik komuter lagi dan dia kata perkhidmatan komuter teruk. tapi camtu gak. xder peningkatan
kalau dari segi pesaing, KTM ada pesaing.. buat masa ni keretapi ERL dari KL Sentral ke KLIA sahaja pesaing dia. mutu perkhidmatan memang antara yang terbaik.. tapi perkhidmatan dia terhad.
rail harimau malaya tak bagus..
Catat Ulasan