Ahad, 28 November 2010

Sukan Asia 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Malam tadi berlangsungnya upacara penutup Sukan Asia 2010 di Gungzhou, China. Memang tidak dinafikan lagi kemampuan tuan rumah untuk menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Dengan kemantapan ekonomi China sekarang, kemeriahan upacara malam tadi sememangnya cukup untuk melambangkan kekuatan China di persada dunia. Di kala ini juga, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kontijen negara yang mewakili Malaysia ke Sukan Asia apabila mencapai sasaran 9 pingat emas dan meletakkan negara di tangga 10 terbaik dari segi kutipan pingat. Di samping itu, ini adalah juga pencapaian terbaik Malaysia di pentas Sukan Asia setelah merangkul 8 pingat emas di Doha, Qatar pada tahun 2006.

Photobucket

Baiklah, mari kita menyaksikan barisan putera dan puteri emas negara di Sukan Asia :-
  1. Adrien Ang Hsien Loong, Alex Liew Kien Liang
    (Bowling)(Beregu Lelaki)

  2. Alex Liew Kien Liang
    (Bowling)(Perseorangan Lelaki)

  3. Azizul Hasni Awang
    (Berbasikal)(Keirin Lelaki)

  4. Ku Jin Keat
    (Karate)(Perseorangan Lelaki Kata)

  5. Puvaneswaran Ramasamy
    (Karate)(Lelaki -55kg)

  6. Nicol Ann David
    (Squash)(Perseorangan Wanita)

  7. Mohd Azlan Iskandar
    (Squash)(Perseorangan Lelaki)

  8. Nicol Ann David, Low Wee Wern, Sharon Wee Ee Lin, Delia Arnold Odette
    (Squash)(Acara Berkumpulan Wanita)

  9. Chai Fong Ying **penyumbang pingat emas pertama negara
    (Wushu)(Taijiquan/Taijijian Wanita)
Di samping itu, tidak dilupakan juga kepada atlit-atlit Malaysia yang telah menyumbangkan kilauan pingat perak dan gangsa kepada negara. Ia bukanlah bermakna mereka ini tidak baik, tetapi kilauan itu menunjukkan mereka juga telah berusaha sedaya upaya mereka demi negara kita Malaysia yang tercinta ini. Tidak dilupakan juga barisan atlit-atlit tersebut juga melambangkan Malaysia sebagai negara berbilang-kaum (^_^)

Selepas upacara penutup Sukan Asia 2010 Guangzhou, China, semua perhatian sekarang ini bertumpu kepada negara jirannya yang akan menganjurkan Sukan Asia 2014 bertempat di Incheon, Korea Selatan.

Akhir kata, Majulah sukan untuk negara~~ huhuhu
Bye~~




Jumaat, 26 November 2010

Musim Hujan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Musim hujan kembali lagi. Di mana-mana negara beriklim tropika, kita beruntung kerana hanya mengalami 2 musim, Musim Panas dan Musim Hujan. Dan musim hujan adalah waktu paling sejuk dan nyaman sekali. Mungkin pelik, tapi saya paling suka musim ni. (^_^)

Photobucket

Mungkin kita selalu dengar bahawa hujan seringkali dikaitkan dengan kesedihan dan ketakutan. Namun sebenarnya, hujan juga sama seperti cerah, ia adalah lambang gembira. Kenapa? ini adalah masa di mana turunnya rahmat Allah. Kita pun amat digalakkan berdoa ketika hujan.

Namun, ia berlainan dengan mendung. Mendung ada banyak perngertian. Ia adalah simbol ketakukan, kesedihan dan bala. Ini kerana, jika kita lihat sejarah, mendung berlaku sebelum Allah menurunkan bala kepada kaum-kaum terdahulu. Contohnya, kaum Ad. Mereka gembira melihat mendung dan tidak mempercayai amaran Nabi Hud bahawa itu adalah awan bala, dan mereka dimusnahkan dengan ribut selama 7 hari, 7 malam.

Photobucket

Kaum Nabi Yunus adalah kaum yang diceritakan di dalam al-Quran bahawa, memohon taubat dan perlindungan ketika mendung berlaku. Dan, Allah menerima taubat mereka. Nabi Muhammad s.a.w juga akan risau setiap kali mendung, namun baginda gembira apabila hujan turun, kerana itu rahmat.

Dan, di sebalik turunnya hujan, di situ juga akan turun ujian dari Allah. Banjir seringkali akan melanda apabila hujan turun. Dalam keadaan sekarang, amaran banjir gelombang kedua juga telah dikeluarkan. Sama-samalah kita berjaga-jaga sepanjang masa.


Jumaat

Dan, yang penting, di hari Jumaat ini, setiap lelaki mempunyai kewajiban untuk menunaikan Solah Jumaat pada hari ini. Sebelum saya sentuh tajuk utama, percaya atau tidak, ada lelaki yang tidak menunaikan Solah Jumaat kerana diajar yang solat Jumaat ini Sunat!!Pelik tapi benar. Jadi di sini saya mengingatkan sekali lagi bahawa, Hukum mengerjakan solah Jumaat adalah Wajib, Fardhu Ain ke atas setiap lelaki Islam.

Sedikit renungan bersama di hari Jumaat ini~~
Bye~~

Khamis, 25 November 2010

Psychic Detective Yakumo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Akhirnya, segmen animasi kembali lagi. Segmen ini awalnya saya letakkan di laman utama Radin's Blog (RB). Tetapi, selepas beberapa pengubahsuaian tema, adalah ada baiknya jika saya ubah segmen ini ke Radin's Blog Entertainment (RBE). Sesuai kan? Jadi, untuk tidak membazirkan masa, kita pergi ke animasi kita untuk bulan ini, Psychic Detective Yakumo. Animasi ini diadaptasi dari buku komik yang ditulis oleh Kaminaga Manabu dan dilukis oleh Akatsuki Katoh. Komik ini juga diadaptasi kepada cerita bersiri.

Photobucket

Ya, seperti namanya, kisah ini adalah mengenai penyiasatan. Ada sikit macam Detective Conan, tapi Detective Yakumo ada sesuatu yang Conan tiada, kuasa psikik. Menggunakan kelebihan dari segi psikik, ia sedikit sebanyak menolong Yakumo ketika penyiasatannya.


SINOPSIS

Kisah ini mengenai seorang pelajar kolej, Saitou Yakumo yang lahir mempunyai mata yang berlainan warna. Mata kirinya yang berwarna merah mempunyai kuasa istimewa, membolehkannya melihat hantu dan makhluk halus. Dia percaya, makhluk halus dan hantu-hantu ini adalah roh-roh manusia yang telah mati tetapi tidak dapat pergi dengan aman atas sebab-sebab tertentu. Dengan memenuhi permintaan roh-roh ini, mereka akan mati dengan aman. Cerita ini bermula apabila seorang gadis bernama Ozawa Haruka datang kepada Yakumo untuk mendapatkan pertolongan.


WATAK - WATAK

Saitou Yakumo

Photobucket

Saitou Yakumo adalah watak utama cerita ini. Dia dilahirkan mempunyai pasangan mata yang berlainan warna, di mana mata merahnya membolehkannya melihat makhluk halus dan hantu. Dia adalah seorang yang pendiam dan kurang bersosial dengan manusia di sekelilingnya. Semenjak kecil, dia dijaga dan dibesarkan oleh pakciknya, seorang sami Buddha. Namanya, 'Yakumo' juga diberikan oleh pakciknya yang bermaksud 'awan'. Dengan bantuannya, dia dapat membantu Haruka berjumpa dengan 'roh' kembarnya yang telah mati. Sejak itu, Yakumo sentiasa bersama dengan Haruka dalam kes-kes seterusnya.


Ozawa Haruka

Photobucket

Ozawa Haruka adalah seorang gadis dan juga pelajar di kolej tempat Yakumo belajar. Dia diperkenalkan dari episod 1 ketika dia datang kepada Yakumo untuk meminta pertolongan. Seorang demi seorang rakannya mati setelah masuk ke sebuah rumah kosong yang dikatakan berpuaka. Dengan bantuan Yakumo, Haruka dapat menyelesaikan misteri di sebalik rumah puaka tersebut dan dapat 'berjumpa' dengan roh kembarnya yang telah mati. Semenjak kematian kembarnya itu, Haruka sentiasa menyalahkan dirinya kerana menganggap dia adalah punca kembarnya mati. Namun, ianya hanya sekadar perasaannya sahaja kerana 'roh' kembarnya itu tidak menganggapnya sedemikian. Haruka adalah antara beberapa orang yang mengatakan mata merah Yakumo cantik. Dan sejak itu, mereka berdua sentiasa bersama untuk kes-kes seterusnya.


KOMEN

Cerita ini mempunyai jalan cerita yang menarik, dan juga sedikit menyeramkan apabila ia melibatkan adegan 'hantu-hantu' dan 'makhluk halus'. Ceritanya juga agak serius. Kepada sesiapa yang tidak minat dengan cerita-cerita berunsur penyiasatan, ia bukan untuk anda.


MEDIA

Salah satu adegan dalam Detektif Psikik Yakumo

Selasa, 23 November 2010

Muzik - Muzik Semi Final (Finalis)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Selamat Datang

Photobucket

Akhirnya, terjawab sudah 14 buah lagu yang terpilih menjadi finalis ke Anugerah Juara Lagu ke-25 pada 9 Januari 2011. Kepada semua pelayar laman sesawang, saya sendiri sebenarnya.... hampir terlupalah pasal benda ni.. huhuu~~

Baiklah, mari kita lihat semua lagu yang akan berentap di AJL 25.
  1. Faizal Tahir - Hanyut
  2. Shahir - Kebahagiaan dalam Perpisahan
  3. Hafiz - Noktah Cinta
  4. Meet Uncle Hussein ft. Black - Drama King
  5. Adira - Ku Ada Kamu
  6. Yuna - Cinta Sempurna
  7. A.P.I - Pelita
  8. Tomok - Berlari
  9. Black - Sofia Jane
  10. Hujan - Mencari Konklusi
  11. Faizal Tahir - Selamat Malam
  12. Bunkface - Extravaganza
  13. Stacy - Jahat
  14. Ana Rafali - Tolong Ingatkan Aku

Tahniah kepada semua yang layak!!


FINALIST


Photobucket
Tomok

hujan
Hujan

Photobucket
Yuna

Stacy
Stacy

Black
Black, juga bergandingan dengan Meet Uncle Hussein

Photobucket
Hafiz

Photobucket
Bunkface

Photobucket
Meet Uncle Hussein

Photobucket
Adira

Photobucket
Shahir

Photobucket
Faizal Tahir, 2 lagu ke final kali ini

Photobucket
Ana Rafali, juga pertama kali ke final

Isnin, 22 November 2010

Banyak kerja, tapi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

"Banyak kerja, tapi.... Malasnya~~~"

Rasanya rangkap itulah yang paling banyak ku fikirkan dua-tiga hari ini. Tak faham kenapa, tapi mesti ada masanya setiap azam, matlamat atau pekerjaan yang ku lakukan mesti akan terhenti di tengah jalan. Kenapa? Itulah dia masalahnya, Malas~~

Apa sebenarnya Malas ini? Adakah badan kita benar-benar tidak larat atau hanya sekadar persepsi mainan minda semata-mata?

Photobucket

Malas ini sebenarnya berpunca daripada fikiran manusia. Ada ketikanya kita ketika menjalani dan menguruskan kerja sehari-hari, kita akan penat. Jadi, daripada penat, akal kita akan memberi petanda bahawa kita harus berehat. Oleh itu, akan wujudnya rasa mengantuk. Ini supaya kita dapat merehatkan badan kita supaya boleh meneruskan kerja. Dan~~ masalah utama akan bermula apabila kita mahu memulakan kerja.


Tidak mahu susah

Ketika kita mahu memulakan kerja, akan berlaku percanggahan antara dua entiti. Iaitu perasaan dan kemahuan. Kemahuan mahu supaya kita bekerja semula. Ia berlawanan dengan perasaan badan yang tidak mahu susah. Ia memerlukan satu keazaman yang kuat daripada kemahuan untuk melawan perasaan tersebut. Ia ibarat satu permainan tarik tali di mana di satu pihak menyatakan :-

Kemahuan :
Sudah masanya untuk bekerja semula

dan satu lagi pihak menyatakan :-

Perasaan :
Badan kau penat lagi. Rehat lah lama sedikit

Kadang-kala badan kita sebenarnya sudah pulih sepenuhnya daripada kepenatan. Namun, perasaan tidak mahu susah mahukan keadaan rehat itu berpanjangan. Perasaan itulah yang dinamakan sebagai Malas~~~. Mahu senang sepanjang masa, mana boleh!!


Keazaman

Jadi, bagaimana kita hendak melawan Malas? Kuncinya adalah keazaman. Kita pernah dengan pepatah lama menyatakan bahawa "Nak seribu daya, taknak seribu dalih" bukan? Itulah dia sebenarnya kekuatan kuasa minda yang jarang kali kita sedari. Jika kita mahu, besi pun boleh terbang.. Tapi jika kita tidak mahu, hmm~~ nak bangun tidur pun susah...

Jadi kesimpulannya, rajinlah sikit~~
huhuhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails