Ahad, 20 November 2011

Contest Azam Smart Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Pasti anda semua tertanya-tanya akan apakah maksud di sebalik banner di atas. Dalam menyambut Maal Hijrah, blog Deria Rasa Ceria (DRC) dengan kerjasama CTK telah menganjurkan pertandingan untuk melihat siapa yang mempunyai azam maal hijrah terbaik. Jemputan untuk menyertai contest ini telah dihantar kepada saya oleh Suka Suki Blog.

Jika anda berminat boleh klik di link ini, CTK e-diary.


Syarat - syarat penyertaan :-
  1. Beragama Islam
  2. Menulis satu entry dan melampirkan sekali dengan banner di atas.
  3. Berikan satu azam Maal Hijrah anda dan kenapa anda memilihnya. Dan azam Maal Hijrah anda itu mestilah menepati ciri SMART. Apa itu SMART? Ia adalah seperti berikut.

    S - Smart (Baik / Elok)
    M - Measurable (Boleh Diukur)
    A - Attainable (Boleh Dicapai)
    R - Realistic (Logik dan Masuk akal)
    T - Timely (Mengikut masa / tempoh)

  4. Anda mestilah menjadi pengikut kepada pihak Penaja.
    Satu , Dua , Tiga

  5. Dan yang terakhir, tag post ini kepada 3 orang rakan anda.

AZAM RADIN

Ok, pertama sekali jika berbicara tentang azam, kebanyakan matlamat hidup saya buat masa ini sudah menjadi kenyataan, sudah menamatkan dunia belajar dan sudah ada kerjaya dan kehidupan. Untuk buat azam seperti beli rumah @ kereta seperti terlalu jauh lagi. Jadi, saya ambil azam untuk tempoh masa terdekat ini iaitu Menyiapkan novel pertama saya dalam tahun 1433H.

Kenapa azam ini? Sebab saya sudah berusaha dalam beberapa tahun ini untuk menghasilkan novel pertama saya. Seorang rakan saya sekarang ini sudah menyiapkan novel keduanya, tetapi saya masih lagi tidak dapat menyiapkan walau satu pun. Tidak patut kan? Sudah beberapa kali azam, semuanya tidak berhasil. Untuk kali ini, saya akan pastikan ianya akan berhasil. Insya-Allah.

Itu sahaja azam saya untuk kali ini. Di bawah ini adalah nama-nama bertuah untuk di tagkan.


Sekian,
Salam.

Malaysian vs Myanmar ; Menang 1 - 0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua.

Medan perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2011 dimulakan lagi dengan pertarungan di antara Malaysia, iaitu juara kumpulan A dengan Myanmar iaitu juara kumpulan B pada malam semalam. Pasukan Indonesia yang berada di tempat kedua menentang Vietnam iaitu tempat kedua Kumpulan B. Kedua-dua perlawanan diadakan pada hari yang sama.

Photobucket

Keputusan :

Photobucket

Malaysia (1) - Myanmar (0)


Sepintas lalu :

Pertarungan antara Malaysia dan Myammar boleh dikatakan setara apabila tiada sebarang gol dijaringkan pada separuh masa yang pertama. Keadaan yang hampir sama berterusan di separuh masa kedua. Myanmar telah memulakan serangan dan percubaan untuk menjaringkan gol begitu juga dengan Malaysia, yang kesemuanya tidak berjaya. Gol tunggal perlawanan berjaya dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-85, iaitu hanya 5 minit berbaki perlawanan.

Photobucket

Dengan jaringan tersebut, Malaysia mara ke peringkat akhir bertemu sekali lagi dengan kumpulan Indonesia di pusingan akhir bagi merebut pingat emas Bola Sepak Sukan SEA 2011 pada 21 November 2011. Semoga pasukan negara berjaya sekali lagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA dalam acara bola sepak.

Majulah sukan untuk negara.
Salam

Sabtu, 19 November 2011

Muzik - Muzik Separuh Akhir 2011 (Minggu Pertama)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Malam tadi berlangsungnya pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 2011 minggu yang pertama. Lagu-lagu yang berjaya mendapat tempat teratas dalam pusingan ini akan menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu. Pusingan Separuh Akhir akan diadakan selama 3 minggu.

Berikut adalah 11 lagu yang berentap untuk minggu yang pertama.
  1. Muda
    Artis : Hujan
    Komposer : Noh Hujan
    Lirik : Noh Hujan


  2. Di Penghujungnya
    Artis : Iqa Mentor
    Komposer : Edry Abd Halim
    Lirik : Edry Abd Halim


  3. Mata Hati
    Artis : Nubhan
    Komposer : Ad Samad
    Lirik : Audi Mok


  4. Janji
    Artis : Akim
    Komposer : Akim
    Lirik : Akim


  5. Maaf Dari Hati
    Artis : Sofazr
    Komposer : Mohd Atlas
    Lirik : Mohd Atlas


  6. Kisah Dongeng
    Artis : Stacy
    Komposer : Edry Abd Halim
    Lirik : Edry Abd Halim


  7. Gadis Semasa
    Artis : Yuna
    Komposer : Yuna
    Lirik : Yuna


  8. Kisah Hati
    Artis : Alya
    Komposer : Manusia Putih
    Lirik : Manusia Putih


  9. Babak Pertama
    Artis : Drama
    Komposer : Aepul
    Lirik : Ammar Habir


  10. Awan Nano
    Artis : Hafiz
    Komposer : M. Nasir
    Lirik : Budhi Hekayat


  11. Beribu Sesalan
    Artis : 3 Suara
    Komposer : Kevin Chin
    Lirik : Tinta
Barisan Juri untuk mengadili dan memilih lag-lagu terbaik untuk ke Anugerah Juara Lagu dibarisi oleh Azlan Abu Hassan, Yasin, Hazami, Azhar Borhan dan Lim Swee Tin.

Dan barisan untuk Top 5 pada malam semalam adalah seperti berikut. Barisan ini belum lagi dijamin untuk masuh ke Anugerah Juara Lagu, sekadar 5 lagu yang memiliki markah tertinggi pada malam semalam. Senarai lagu yang akan ke Anugerah Juara Lagu akan diumumkan pada minggu ke-3. (harap-harap kisah dongeng terpilih.. huhu ^^)
  1. Alya - Kisah Hati
  2. Nubhan - Mata Hati
  3. 3 Suara - Beribu Sesalan
  4. Hafiz - Awan Nano
  5. Yuna - Gadis Semasa

THE TOP FIVE

Nubhan
Nubhan

Photobucket
Hafiz

Photobucket
Yuna

alyah
Alyah

Photobucket
3 Suara
Gandingan Ning Baizura, Sheila Hamzah dan Jaclyn Victor

Jumaat, 18 November 2011

Malaysia vs Indonesia ; Menang 1 - 0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Medan pertarungan terakhir untuk perlawanan kumpulan A telah berlangsung semalam di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno. Indonesia telah pun berjaya menempah tiket ke separuh akhir, sementara Malaysia perlu memburu mata terkahir untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2011 apabila Singapura menang 2-0 menentang Thailand pada perlawanan sebelumnya.

Photobucket

Berdepan dengan 100,000 penyokong Indonesia antara tekanan emosi yang perlu diharungi oleh pasukan negara dalam perlawanan menentang Indonesia.


Keputusan :

Photobucket

Indonesia (0) - Malaysia (1)

Sepintas lalu :

Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia amat mencemaskan apabila beberapa siri percubaan demi percubaan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Gol tunggal negara disumbangkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 perlawanan. Ia sesuatu yang tidak diduga iaitu hanya selepas 4 minit Syahrul dimasukkan ke padang demi menggantikan Wan Zaharul Wan Zakaria yang mengalami kecederaan.

Photobucket

Ujian sekali lagi menimpa skuad negara apabila jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee diarahkan keluar padang pada minit ke-69 apabila beliau mempersoalkan tindakan pengadil. Namun, pasukan negara masih lagi mampu mengekalkan rentak perlawanan sehingga perlawanan tamat sekaligus membawa pasukan negara sebagai juara kumpulan A. Dengan itu, Malaysia akan berjumpa dengan pasukan dari Juara kumpulan B, iaitu Myanmar pada 19 November 2011.

Majulah sukan untuk negara.
Salam

Rabu, 16 November 2011

Ulang tahun ke-3 sebagai penulis blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua.

Photobucket

Kesibukan kerja dua tiga hari ini memang menyebabkan kepenatan yang amat sangat. Sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti harian di malam hari. Masakan tidak, terpaksa tidur seawal 10 malam. Terlalu awal kan? Apa boleh buat.. Demi tugas dan kerja, komitmen perlu diberikan untuk bangun awal setiap hari dan pergi ke tempat kerja. Namun, dalam menjalani hari-hari yang membosankan, tiba juga hari yang dinanti-nanti iaitu hari Ulang tahun ke-3 Radin's Blog, iaitu hari di mana buat pertama kalinya saya menjadi penulis blog.

Menulis memang antara hobi daripada kecil. Jadi, selepas melihat rakan-rakan rapat mempunyai blog masing-masing, saya juga mengasaskan blog pertama saya iaitu Radin's Blog pada tahun 16 November 2008. Bermula pada 16 November 2009, RBE dan RBD menyusul selepas pengubahsuaian tema Radin's Blog kepada portal diraja. Apakah perasaan menjadi penulis blog? Menyeronokkan, walaupun ada kalanya memenatkan.

Tapi kalau difikirkan semula, tiada apa yang akan memenatkan kita jika kita berbuat sesuatu yang kita suka / minat. Betul kan?


Rambut baru

Dan, di waktu ini juga, sekali lagi gaya rambut bertukar. Saya suka sangat rambut panjang.. tetapi apakan daya.. ramai tak suka. Huhu..

Photobucket
Sebelum

Photobucket
Selepas

Apa-apa pun, memang diakui fesyen rambut pendek adalah lebih mudah dijaga dan lebih kemas daripada rambut panjang.

Sekian buat masa ini,
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails