Khamis, 8 Mac 2012

KDD (Episod 10)

“Arief dengar atau tidak apa yang ibu katakan ni?!” bentak Datin Zubaidah sekali lagi kepada anak lelakinya itu. Sudah berkali-kali keputusannya itu diperkatakan kepada Arief, namun berkali-kali itu jugalah Arief mempertikaikan keputusan ibunya itu.

“Arief dengar ibu, tapi ibu… ibu cubalah dengar apa yang Arief nak katakan. Arief sayangkan Sheila, Arief mahu memperisterikan Sheila.” Kata Arief kepada ibunya itu. Walau apa yang berlaku, dia sudah membulatkan tekadnya untuk memperisterikan Sheila.

“Tidak! Ibu tidak akan setuju!” kata Datin Zubaidah sekali lagi. Datuk Zakaria pula sudah tidak larat untuk melayan kerenah anak dan isterinya itu. Dia sudah tersekat di antara dua orang yang disayanginya. Situasinya sekarang ibarat kata pepatah, Diluah mati mak, ditelan mati bapa. Dia hanya mendiamkan diri sahaja melihat siapakah di antara dua pihak itu yang akan mengalah dahulu. Dan di pihak yang menang itulah yang akan disokongnya.

Di dalam fikiran Arief, tidak terfikirkan lain melainkan supaya mahu memujuk ibunya untuk menerima Sheila. Bukan kerana darjat aku mahu melamar Sheila. Tidak! Tidak sama sekali kerana darjat. Dan bukan kerana kecantikan Sheila yang menyebabkan aku gila bayang. Tidak! Tidak sama sekali. Dia sahajalah wanita yang menerima diriku ketika di waktu diriku tidak dipandang walau dengan sebelah mata sekalipun oleh mana-mana gadis.

Siapa yang mahu berkasih dengan lelaki seberat 110 kg?

Sementara dalam fikiran Datin Zubaidah pula, tiada di dalam benak hatinya untuk mengecewakan Arief. Mana mungkin aku mahu menafikan jodoh pilihan anak bongsu ku dan juga satu-satunya anak lelakiku. Dialah permata dan dialah nyawaku. Tujuanku menolak Sheila bukan kerana keburukan Sheila. Tidak! Tidak sama sekali. Sheila, seorang perempuan moden namun pada masa yang sama baik budi pekerti dan juga selayaknya menjadi suri kepada sebuah keluarga bangsawan. Namun, aku tidak akan pastikan keluargaku bersatu dengan keluarga Datin Rahimah. Tidak! Tidak sama sekali. Bukan kerana keburukan kekasih anakku, tetapi adalah kerana maruah dan martabatku. Sekali-kali aku tidak akan menerima Datin Rahimah sebagai besanku.

Di waktu itu juga, Arief seolah-olah kepenatan dengan pertengkaran tersebut dan kelihatan mula mengalah. Apatah lagi wanita di hadapannya adalah ibu kandungnya sendiri. Dalam keadaan itu, Arief melihat ke arah bapanya. Lirikan mata bapanya seolah-olah cuba menyatakan yang dia memahami situasi anaknya itu. Dia cuba untuk mempertahankannya, namun tidak boleh melaksanakannya. Dia juga berkahwin dengan isterinya kerana pilihan keluarga.

Aku dan Zubaidah sudah kenal sejak kecil. Kami kawan baik antara satu sama lain, dalam keadaan keluarga kami susah dan senang, kami sentiasa bersama. Dia jiran yang baik dan kawan yang memahami. Ibarat sudah adik beradik, tiada dalam sangkaanku bahawa ibu bapa kami sudah merancang mahu menyatukan kami di suatu masa. Aku menerima bukan kerana aku cintakannya, tetapi kerana tiada wanita lain yang pernah mengunjungi hatiku. Dan aku mengaku bahawa, aku tidak tahu apa itu cinta.. dan sama ada aku sudah jatuh cinta. Tapi ibarat ada kesefahaman di antara aku dan isteriku. Namun, jika pada waktu itu, ada seorang wanita singgah di hatiku, adakah aku akan menerima isteriku? Jika aku berada di tempat anakku, siapakah yang perlu aku taat? Perasaanku? Atau Ibuku?

Dalam keadaan rumah riuh rendah itulah, satu suara kedengaran daripada arah tangga ke tingkat atas..

“Sudah, Jangan nak bertengkar ibarat anak kecil Zubaidah!.”

Datin Zubaidah melihat ke arah tangga, dan terkaku tidak mampu berbuat apa-apa. Ibu mertuanya berdiri di kaki tangga. Dia menuruni anak tangga sambil dibantu orang gajian mereka. Dia sebenarnya sudah tidak larat berdiri dan berjalan. Namun digagahnya juga apabila mendengar pergaduhan antara cucunya dan menantunya itu.

“Mak, kenapa mak turun? Mak tak sihat” Kata Datuk Zakaria sambil menyambut ibunya. Dia kemudian membantu ibunya duduk di sofa untuk seorang di ruang tamu tersebut. Kedudukannya jelas sebagai ketua dalam keluarga tersebut. Itulah dia Toh Puan Salbiah, isteri kepada allahyarham Tun Ilyas, Datuk Paduka Bagan ke-6.

“Riuh rendah macam pasar ini kamu mahu mak berehat?” kata Toh Puan Salbiah sambil merenung Datuk Zakaria, anak lelakinya itu yang mewarisi tanah bagan sebagai Datuk Paduka Bagan ke-7.

“Zubaidah, mak harap kamu ada alasan kukuh kenapa kamu tolak Sheila sebagai bakal menantu rumah ini” kata Toh Puan Salbiah dengan pandangan yang dingin kepada Datin Zubaidah, yang sekarang ini memegang gelaran Datin Paduka Bagan.

“Mak, budak Sheila itu tidak sesuai…” kata Datin Zubaidah separuh jalan sebelum dipotong dengan jawapan Toh Puan Salbiah.

“Mak dah jumpa dengan Sheila siang tadi. Arief dah bawa dia berjumpa dengan mak. Arief akan mak jodohkan dengan Sheila. Jangan cuba nak membantah.” Kata Toh Puan Salbiah dengan ringkas.

Datin Zubaidah sekali lagi terkaku di ruang tamu itu. Dia hanya ternganga mendengar kenyataan ibu mertuanya itu. Dia memandang ke arah Arief. Arief pula hanya tersenyum riang mendengar keputusan neneknya itu. Kemenangan sudah berada di pihaknya.


bersambung..

Selasa, 6 Mac 2012

Ramlah Ram ft Sleeq - Sesaat kau datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Dua tiga hari ini ada juga terfikir, macam ada yang kurang dengan bilangan post untuk bulan Mac ini. Tapi fikiran itu dibiarkan sahaja berlalu pergi. Kemudian, sedang saya cuba memerah otak untuk menyiapkan novel, baru teringat yang segmen Muzik telah terlambat seminggu daripada jadual asal. Jadi, saya terus mencari lagu-lagu yang menarik dalam laptop untuk dikongsikan kepada semua.

EM Onion Head happy and shame

Lagu untuk minggu ini adalah lagu terbaru daripada Ramlah Ram dengan penampilan istimewa daripada kumpulan Sleeq. Lagu ini memang catchy, gabungan antara balada dengan muzik pop, antara lama dan baru.. memang satu nafas baru kepada muzik-muzik tanah air. MTV bagi lagu ini pun ok.. cuma konsepnya agak pelik. Kenapa? Cuba tengok tudung masing-masing.

Memang baik mereka semua bertudung. Tahniah diucapkan.. tapi Masya-Allah.. serabut kepala teman tengoknye~~

EM Onion Head zombie

Ok, mari kita lihat videonya..


Apa-apa pun, semoga terhibur.^^

Isnin, 5 Mac 2012

Keretapi di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Rasanya dalam bulan ini saya akan buat tema 'Keretapi' kepada blog saya ini. Memandangkan hari-hari saya kebelakangan ini semenjak saya menulis artikel bertajuk Kisah tentang Komuter 05, penuh dengan penyelidikan akan keretapi. Sebab bagi saya, menyeronokkan juga untuk bergerak atau melancong dengan menggunakan keretapi. Tapi sebab kekangan masa, pastinya penat bagi seseorang itu akan kepenatan duduk dalam keretapi jika anda bukan pelancong yang mahu melihat keindahan alam semulajadi di Malaysia ini.


Untuk sesi Info Menarik yang pertama pada bulan ini, mari kita melihat akan sistem keretapi yang ada di Malaysia dan jenis-jenisnya. Semua kenderaan yang bergerak dengan menggunakan landasan ini adalah dikategorikan sebagai Keretapi. Di Malaysia, hanya Tanah Melayu dan Sabah sahaja yang mempunyai sistem Keretapi.


Keretapi

Di Malaysia ini secara umumnya terdapat 3 jenis keretapi. Yang pertama sekali adalah Sistem Keretapi Elektrik. Sistem ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu Express Rail Link (ERL), Electric Train System (ETS) dan Komuter. Kesemua sistem ini beroperasi di Tanah Melayu.

Tren ERL :-


Tren ETS :-


Komuter :-



Yang kedua adalah sistem Keretapi Antara-Bandar. Sistem ini dikendalikan oleh Tren berenjin Diesel


Yang ketiga adalah Freight Train, atau juga dikenali sebagai Tren Kargo.


PS .: Buat masa sekarang, Malaysia masih belum ada tren berkelajuan tinggi.


Transit Aliran Ringan (LRT)

Bagi sistem LRT pula, kesemua sistem ini sekarang ini berpusat di Ibu Negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Terdapat dua jenis LRT yang beroperasi sekarang iaitu STAR LRT dan PUTRA LRT.

STAR LRT :-


Putra LRT :-



Monorel

Sistem monorel yang ada di Malaysia sekarang ini terdapat di Kuala Lumpur dan Melaka sahaja. Terdapat juga perancangan untuk menyediakan perkhidmatan monorel contohnya seperti di Putrajaya, Johor Bahru (janji 2009 siap, sekarang jangan kata monorel, landasan pun takder) dan Pulau Pinang, namun masih belum dibangunkan.

Ini adalah sistem monorel Kuala Lumpur (KL Monorail)


Ini pula adalah sistem monorel Melaka (yang asyik rosak..)



Funicular Train

Pasti anda tertanya-tanya tren jenis apakah ini dan adakah ia ada di Malaysia. Jawapannya ya. Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya ada di Pulau Pinang sahaja. Pernah naik tren Bukit Bendera? Itulah dia tren jenis ini.



Tram juga termasuk spesis keretapi, tapi di Malaysia tiada perkhidmatan tram. Ok, itu sahaja buat masa ini. Insya-Allah di masa akan datang, akan ditambah lagi isi kandungan ini dari semasa ke semasa.

Salam.

Ahad, 4 Mac 2012

Kuantan, Bandaraya Pokok Palma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.


Bagaimana dengan kamu semua di bulan mac ini? Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang, dan kepada yang sudah bekerja semoga berjaya dengan kerjaya masing-masing. Masalah yang melanda setiap penulis blog menimpa diri saya ini di awal bulan, iaitu masalah 'Kekeringan idea untuk mengemaskini blog'. Bila sudah kekeringan idea, maka datang kepenatan. Dan bila kepenatan datang, malas pun menjengah. Jadi sepanjang 1 minggu bulan Mac ini saya tidak meng'update' blog.

EM Onion Head angry crying

Tapi selepas melihat aliran traffic blog sepanjang minggu ini, kelihatannya seperti tidak terjejas. Terima kasih kepada anda-anda semua yang datang melawat.

EM Onion Head big grin


Kuantan

Mesti anda semua tertanya-tanya apa kaitan Kuantan dengan artikel kali ini. Memang ada. Sepanjang minggu ini, teringat nostalgia lama ketika zaman belajar di Kuantan. Bandar ini tidaklah sehebat Kuala Lumpur dan tidaklah sebesar Johor Bahru. Tetapi ia ada keistimewaan yang tersendiri. Apa dia? Satu-satunya bandar yang saya pusing, tetapi tak pernah sesat. ^^

Sebab masa saya di tahun 1 di universiti dulu, pernahlah terpaksa berjalan kaki dan berpusing satu bandar untuk cari kedai printing untuk siapkan assignment. Jadi, terima kasih kepada peristiwa itu, saya boleh lah ingat setiap jalan di ibu negeri Pahang ini. (At least landmark bandar ni senang nak ingat..). Contohnya macam Masjid Sultan Ahmad Shah ini..


Pernah juga terfikir mahu tinggal terus di Kuantan jika ada peluang dan rezeki di pantai timur. Tapi rasanya masa itu pun masih lama lagi. Insya-Allah selepas ini saya akan cuba update blog setiap hari. Itupun kalau ada masa. hehe..^^

Selamat malam semua.

Khamis, 1 Mac 2012

KDD (Episod 9)

“'Mak tak setuju, walau apa pun yang terjadi mak tak setuju’.Itulah apa yang mak abang cakap masa abang katakan hasrat hati abang nak isterikan sayang.” Kata Arief kepada Sheila, cuba untuk mengingati peristiwa yang berlaku pada malam sebelumnya. Dia kemudian menongkatkan dagunya di atas meja makan di gerai tersebut. Sheila pula hanya mengeluh panjang mendengarkan perjelasan tersebut.

“Haih, mama Ila pun macam itu juga abang.” Kata Sheila lagi.

Arief dan Sheila menyedari yang mereka berdua telah memilih masa yang salah dan di kesempatan yang salah untuk menerangkan hasrat hati mereka masing-masing akan jodoh pilihan mereka.

“Abang ingat lepas dipilih jadi Presiden Kelab, makin baiklah mereka berdua. Rupanya makin buruk” kata Arief. Sheila pula hanya mengangguk, dan kemudian menyambung, “Mesti ada sesuatu yang berlaku pada mereka yang kita tidak tahu abang.” Sheila cuba untuk bersangka baik pada ibu-ibu mereka walaupun dia memang tahu dan jelas yang kedua ibu mereka ibarat anjing dengan kucing. Tidak boleh berjumpa walaupun seketika.

“Macam mana ni abang? Kita tak boleh biar keadaan macam ini berterusan.” Tanya Sheila resah memikirkan akan masa depan perhubungan mereka.

“Tidak mengapa, abang ada pelan kedua.” Kata Arief dengan nada yang yakin.

“Pelan kedua? Apa yang abang nak buat ni?” Kata Sheila sambil dahinya berkerut. Dia agak ragu-ragu bagaimana Arief mahu menyelesaikan keadaan yang sudah pun sedia berserabut.

“Mari, ikut abang.” Kata Arief sambil menghabiskan minumannya sebelum bergerak ke arah keretanya. Sheila mengikut di belakang. Arief kemudian memandu laju kereta Honda miliknya ke arah yang tidak diketahui. Apa yang pasti, itu adalah jalan yang terakhir dan percubaan terakhir dalam perancangannya untuk mengahwini Sheila.

***

Pada masa yang sama, mesyuarat pertama di antara Datin Zubaidah dan Datin Rahimah sebagai Presiden dan Timbalan Presiden berlangsung di bangunan Kelab Datin Pencinta Kucing. Seperti mana kebiasaan, Presiden dan Timbalan Presiden yang dilantik akan memilih barisan ahli jawatankuasanya untuk membantu dan menguruskan aktiviti-aktiviti kelab yang akan dirancang pada masa akan datang.

“Entah macam mana boleh menang? Tipu undi agaknya” Datin Rahimah bersuara lantang. Datin Anastasia di sebelahnya juga mengangguk-angguk tanda setuju. Namun, dia belum cukup berani untuk bersuara dan berhadapan dengan Datin Zubaidah.

“Awak jangan nak buat pedajal di sini. Siapa yang tipu undi? Kalau tak silap, rasanya ada orang tu keluar beribu-ribu ringgit nak melobi diri sendiri yang tak berapa nak bagus tu jadi Presiden Kelab” Datin Zubaidah membalas kata-kata Datin Rahimah. Datin Nur Ain cuba untuk menenangkannya.

“Ah, sudahlah Datin Ida. Tak payah nak berdolak-dalik lagi. Memang Datin ada tipu undi. Sudah lah itu, anak Datin ada hati pula nak jadi menantu saya.” Datin Rahimah pula melontarkan kata-kata tajamnya kepada Datin Zubaidah.

Mendengarkan percakapan Datin Rahimah itu, dengan serta merta Datin Zubaidah teringat akan permintaan anaknya Arief akan niatnya untuk memperisterikan Sheila, anak kepada Datin Rahimah. “Anak kamu tu pun sama juga. Ada hati nak jadi menantu keluarga Datuk Paduka Bagan konon”

Mendengar kata-kata Datin Zubaidah itu, Datin Rahimah sudah tidak boleh untuk menahan sabarnya dan cuba untuk meluru ke arah Datin Zubaidah. Datin Zubaidah juga ibarat mahu membalas reaksi Datin Rahimah namun sempat ditenangkan oleh Datin Nur Ain dan Datin Anastasia.

“Sudahlah tu kamu berdua. Jangan campur adukkan soal persatuan dengan soal peribadi.Cuba jadi professional sikit.” Kata Datin Nur Ain yang cuba menahan Datin Zubaidah.

“Betul tu, kita ada banyak aktiviti yang perlu dirancang dan kucing-kucing yang perlu dijaga. Kalau Datin berdua asyik bergaduh, apa yang kita dapat.” Kata Datin Anastasia pula. Mereka berdua juga sebenarnya tidak serasi namun buat masa ini, mereka mengetahui pergaduhan antara Datin Zubaidah dan Datin Rahimah tidak akan membawa sebarang manfaat kepada mereka.

Mendengar kata-kata antara Datin Nur Ain dan Datin Anastasia, kedua-dua Datin Zubaidah dan Datin Rahimah mula menenangkan diri masing-masing. Memang benar tiada sebarang manfaat yang akan mereka terima dan mereka juga sedar, aktiviti persatuan ini perlu mereka asingkan daripada soal peribadi.

“Baiklah, saya tidak mahu buang masa lagi. Untuk mudahkan kerja, saya sebagai Presiden Persatuan melantik Datin Nur Ain sebagai Setiausaha Agung.” Kata Datin Zubaidah sambil memandang ke arah Datin Nur Ain. Sementara itu, Datin Rahimah juga memulakan langkahnya sebagai Timbalan Presiden, “Saya pula dengan kuasa yang ada pada saya melantik Datin Anastasia sebagai Bendahari Agung.”

Datin Zubaidah dan Datin Rahimah berpandangan sesama sendiri.

“Soal anak-anak pula macam mana?” kata Datin Rahimah dengan pandangan yang tajam kepada Datin Zubaidah.

Sambil membetulkan tudungnya, Datin Zubaidah menjawab ringkas.

“We can kill each other after our business here is settle.”


bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails