Selamat Datang semua
Setiap pagi, saya akan berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dengan menaiki tren komuter. Selepas hampir memasuki 3 bulan, saya sudah membiasakan diri dengan jadual tren komuter. Setiap hari, tren akan tiba dalam setiap 30 minit, iaitu 2 kali dalam setiap jam (jika tiada sebarang 'kemalangan'). Jadi, jika anda sudah membiasakan diri dengan jadual perjalanan ini, anda akan dapati yang ia agak menepati masa perjalanan.
Cuma, terdapat beberapa perkara yang saya masih tidak puas hati terutamanya dari segi gaya perjalanan komuter di beberapa tempat tertentu. Dan bagi saya, tiada tempat yang paling mencabar kesabaran saya jika dibandingkan dengan tempat di bawah.
Ya, ini adalah peta antara Stesen KTM Batu Tiga dengan Stesen KTM Subang Jaya. Apa masalahnya? Jika anda lihat, tiada sebarang sungai, atau pun bukit ataupun halangan besar di kawasan ini. Namun, setiap kali tibanya di lokasi ini, tidak kiralah sama ada komuter jenis apa, waktu apa, mahupun dalam keadaan cuaca yang bagaimana.. tren Komuter tetap berjalan dengan amaaaaaattttt~~ perlahan di kawasan ini.
Mengapa??
Entahlah, saya pun tidak mengerti. Bagi saya, mungkin kehadiran suatu selekoh yang agak tajam semestinya tidak membenarkan komuter bergerak dalam kelajuan maksimum. Tetapi itu hanyalah perkataan untuk menyedapkan hati sahaja. Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan??
Sekian sahaja luahan hati saya pada waktu ini
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan