Jumaat, 30 Mac 2012

Tag ; Dari DRC ke RBE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Tag dari DRC ni sebenarnya saya dah perasan sejak 2 hari yang lepas. Tapi sebab kesibukan (kemalasan?), saya mengabaikannya buat sementara waktu. Memandangkan saya sudah di tag, maka bersesuaianlah untuk saya membalasnya. Orang sudah menjual, kita pun membelinya lah, tak gitu? Cuma, berbanding dengan tag-tag sebelum ini, tag kali ini agak panjanglah..


Ok, ini adalah antara beberapa perkara yang perlu dibuat dalam segmen tag ini :-
  1. Tak boleh tag orang yang sama.
  2. Letakkan semua syarat-syarat di entry ini.
  3. Pastikan yang di-tag itu tahu bahawa dia di-tag.
  4. Ceritakan 11 perkara akan diri anda.
  5. Jawab soalan yang diberi dan berikan 11 soalan untuk mereka yang di-tag.
Ok, itu sahaja. Mudah bukan? (Senang.. tapi panjang.. huhu..).


11 Perkara tentang diri RBE

Baiklah, 11 perkara tentang diri yang empunya blog ini.
  1. Anak sulung dari 3 beradik.
  2. Keturunan ke-4 daripada Sultan Thaha Syaifuddin ibni Sultan Ahmad Fahruddin dari Kesultanan Jambi.
  3. Minat pelajaran Sejarah sangat-sangat.
  4. Minat menulis, tak kira artikel, blog atau buku.
  5. Suka sesuatu yang berbentuk fakta.
  6. Suka mempermainkan orang yang suka cerita sesuatu yang auta. (seronok tengok orang tu kemudian terpinga-pinga malu sebab salah.. huahuahua..).
  7. Sukakan ketenangan.
  8. Suka waktu hujan.
  9. Paling suka makan sup.
  10. Waktu kecil dulu suka main LEGO.
  11. Zaman persekolahan saya cuma 10 tahun sahaja. hehe..

Soalan DRC dan Jawapan RBE :-

  1. Pengertian kawan, sahabat, teman..
    Jawapan : Hmm.. kawan ni kenalan kita, sesiapa sahaja yang kita kenal dan berhubungan baik dengan kita adalah kawan kita. Sahabat pula adalah kawan kita yang sentiasa bersama dengan kita di waktu susah dan senang. Teman pula, adalah seseorang yang menemani kita sepanjang hayat. Contohnya macam isteri dan amalan kita.

  2. Konsep kehidupan seorang muslim..
    Jawapan : Sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku, dan matiku adalah untuk Tuhan sekalian alam.. hidup untuk Allah, bukan untuk duit, wanita, harta dan lain-lain yang berkaitan dengan dunia.

  3. Terjebak dalam dunia blog.. bagaimana?
    Jawapan : Sebab masa tu trend di kalangan kekawan universiti.

  4. Peranan anda kepada ummat?
    Jawapan : Menyampaikan perkara yang benar

  5. Deria anda jika tidak berblogging..
    Jawapan : Hmm.. mungkin sekarang ni jadi kipas-susah-mati facebook kot. hehe..

  6. Mahu bertentang mata dengan DRC?
    Jawapan : Of course, why not?? hehe..

  7. Pernah merasa geram membaca blog DRC?
    Jawapan : Satu-satunya masa saya geram baca blog DRC adalah ketika isu Memali. Itu jer kot..

  8. Sebab untuk di atas.. (20 patah perkataan)
    Jawapan : RBE sangat tidak suka jika sesuatu perkara itu diterangkan dalam nada pro kepada sesuatu pihak. Ia perlu neutral.

  9. Tahu tentang isu Palestin dan Syria dsb?
    Jawapan : Tahu dan sedikit sebanyak ada mengambil tahu akan perkembangan peristiwa-peristiwa tersebut.

  10. Jika tahu atau tidak, apa tindakan?
    Jawapan : Laksanakan kewajipan yang sudah lama umat Islam tinggalkan, Amar Makruf Nahi Munkar.

  11. Apa perasaan jika DRC berhenti berblog?
    Jawapan : A - tak suka (ekceli jawapannya semua sama makna cuma perkataan jer lain.. huhu..).

Okay, kepada sesiapa yang saya tag. Ini soalan daripada RBE.
  1. Apa perasaan anda dengan blog RBE? Suka atau tidak?
  2. Ada apa-apa yang kamu rasa perlu RBE buat penambahbaikan untuk blog ini?
  3. Ada perasan meluat ketika baca?
  4. Apa yang anda rasa tentang RBE?
  5. Anda tinggal di mana?
  6. Adakah anda suka dengan tempat tinggal anda?
  7. Sudah lama berblogging?
  8. Kenapa anda berblogging?
  9. Apakah ciri rumah idaman anda?
  10. Stesyen televisyen kegemaran anda?
  11. Soalan pilihan.. jawab salah satu :-
    a) Adakah anda penyokong revolusi Mesir? Adakah anda rasa Mesir sekarang semakin baik atau semakin teruk? Nyatakan sebab.
    b) Siapakah pemain bola sepak kegemaran anda?

Dan ini adalah mereka yang bertuah untuk di tag kan.


Selamat menjawab ^^

Khamis, 29 Mac 2012

Jangan malas-malas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Apa khabar anda-anda semua. Terima kasih sebab meluangkan sedikit daripada masa anda untuk bertandang ke blog saya yang tidak seberapa ini. Di penghujung bulan ini memang saya rasakan agak pelik, tapi masa saya sehari-hari ibarat berlalu terlalu pantas. Kerja-kerja rutin saya sehari-hari kebanyakannya ibarat tidak cukup masa untuk laksanakan walaupun sebelum ini langsung tiada masalah.

Contohnya, pukul 8 mlm hingga 12.30 mlm adalah waktu saya melakukan aktiviti-aktiviti di rumah. (jarang keluar rumah malam-malam). Selalunya waktu ini dalam 4 jam ini saya boleh update blog, blogwalking, taip novel, layan kekawan di facebook, dan tak dilupakan juga download lagu atau apa-apa yang boleh. Tapi sekarang ini, nak update blog pun kadang-kadang tak sempat. (dalam draft blog ni dah berlambak artikel tak publish lagi..). Kenapa yer? Adakah disebabkan memang tak cukup masa? Atau secara jelas memang malas?


Entahlah, susah hendak dijawab. Tapi nampak gayanya benda ini tak boleh berterusan. Apa benda pun tak jadi kalau malas. (pembaziran umur tu..). Lepas ini kena rajin kan diri.. Mesti.. mesti.. mesti.. huhuhu..

Selasa, 27 Mac 2012

This Means War

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Peluang untuk menonton cerita yang sudah lama ditunggu-tunggu ini tiba jua akhirnya. Beberapa minggu yang lepas, ketika menonton cerita BUNOHAN, asalnya nak tonton cerita ni laa. Baru minggu ini dapat. Baiklah, sebelum pergi lebih jauh, mari kita sama-sama melihat movie review untuk kali ini.


Jadi apakah cerita THIS MEANS WAR ini? Ceritanya sebenarnya berkisarkan akan cinta tiga segi di mana dua orang lelaki jatuh cinta pada wanita yang sama. Dan kedua lelaki ini, tidak mahu mengaku kalah mahu membuktikan siapa yang mampu memenangi hati wanita tersebut. Terdesak sampai isytihar perang. Huhuhu..


SINOPSIS


Ceritanya berkisarkan akan dua orang agen CIA, iaitu FDR Foster (Chris Pine) dan Tuck Hudson (Tom Hardy). Di permulaan cerita, mereka telah ditugaskan ke Hong Kong untuk menghalang seorang penjenayah antarabangsa bernama Heinrich untuk memiliki senjata pemusnah. Misi tersebut adalah rahsia. Namun, misi tersebut tidak menjadi seperti yang dirancang, menyebabkan kematian Jonas, iaitu adik kepada Heinrich. Dan itu menyebabkan Heinrich berazam untuk membalas dendam. Berbalik di pejabat CIA, bos kepada FDR dan Tuck, Collins terpaksa meletakkan kedua agennya itu untuk kerja-kerja pejabat, untuk melindungi keselamatan mereka.

Siapakah mereka ini?


FDR, menyembunyikan identitinya sebagai Kapten Kapal Persiaran adalah seorang kaki wanita dan masih bujang. Sahabat baik kepada Tuck. Pertama kali berjumpa dengan Lauren di kedai CD, namun Lauren mengabaikannya. Selepas itu FDR bertekad untuk keluar dengannya. Ia tidak lama apabila dia mengetahui yang Tuck juga jatuh cinta kepadanya.


Tuck pula adalah seorang duda, telah bercerai dengan isterinya, Katie dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu, Joe. Menyembunyikan identitinya sebagai Agen Pelancongan. Dia berjumpa dengan Lauren di laman sesawang sosial, cuba untuk mendapatkan teman hidup. Pertemuan pertama mereka ini berjaya dan hubungan mereka mekar. Tidak lama kemudian dia mendapat tahu yang FDR juga jatuh cinta kepada Lauren.


Lauren Scott (Reese Witherspoon) pula adalah seorang wanita bujang. Kawan rapatnya, Trish telah mendaftarkannya di laman sesawang sosial membawa pengenalannya dengan Tuck. Namun, dia juga kemudian menjalinkan hubungan dengan FDR selepas satu pertemuan di kedai video. Dia tidak mengetahui hubungan antara Tuck dan FDR pada peringkat awal.


Dan di mana-mana kisah cinta segi, selalunya wanita yang akan memberi kata putus akan siapa yang akan dipilihnya sebagai teman hidup. Siapakah yang dipilih oleh Lauren? ^^

Apa yang saya suka akan cerita ini?
  1. Sudah tentulah penghabisannya happy ending. (semua watak berjumpa teman hidup masing-masing)
  2. Gaya pertarungan antara FDR dan Tuck 'berperang' untuk merebut Lauren. (menggunakan sumber CIA untuk semata-mata mendapatkan latar belakang Lauren... seriously, membazir duit rakyat kot!! haha..)
  3. Unsur-unsur komedi yang menceriakan cerita tersebut. (walaupun ada beberapa lawak memang tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah).
Okay, itu sahaja untuk segmen kali ini. Berjumpa di ruangan yang lain.. Adieu~~

Isnin, 26 Mac 2012

Pertunangan Irma Hasmie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Sebenarnya ini adalah berita baru, tapi tidak mengapalah. Rasa-rasanya ramai dah mengetahui akan seorang lagi artis yang agak terkenal di Malaysia telah mengikat tali pertunangan pada minggu lepas iaitu Irma Hasmie. Walaupun ia bukanlah majlis perkahwinan, tetapi Irma Hasmie ibarat 'Raja Sehari' dengan mengenakan busana berwarna kehijauan di majlis tersebut.


Didoakan agar sampai jodohnya secepat yang mungkin dan berbahagia selama-lamanya. ^^


Yup, walaupun cuma majlis pertunangan.. seri 'Raja Sehari' itu jelas kelihatan di wajah Irma.

Ahad, 25 Mac 2012

Pemandangan Keretapi di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Ok, segmen Info Menarik kembali lagi untuk bulan ini. Ia adalah segmen terakhir untuk tema Keretapi. Pernah terfikir bagaimana agaknya kalau menaiki keretapi? Pastinya ada di antara anda-anda semua yang pernah menaiki kereta, tapi pasti ada yang belum pernah menggunakan pekhidmatan ini. Kan? Apa-apa pun, ramai peminat keretapi dari seluruh dunia sebenarnya meminati pemandangan keretapi di Malaysia. Kenapa? Pemandangan yang boleh dilihat daripada pemandangan bandar yang maju, ke kawasan kampung, masuk ke hutan dan kemudian masuk balik ke kawasan bandar. Ibarat perjalanan menjadi survivor. Hehe..

Ok, di bawah ini adalah beberapa video yang dapat saya jumpa di laman sesawang Youtube.


1. Pemandangan perjalanan Keretapi Antara-Bandar (Butterworth - Kuala Lumpur)




2. Perjalanan Keretapi Antara Bandar (Singapura - Kuala Lumpur)




3. Perjalanan Keretapi (Bangkok - Butterworth)




4. Dalam koc keretapi biru milik KTM




5. Pemandangan ERL KLIA ketika dalam operasi.




Bagaimana? boleh tahan? Hehe..
Di bawah ini pula adalah video gambaran jika anda menjadi pemandu keretapi. Mesti ada yang pernah bercita-cita menjadi pemandu keretapi kan? Hehe..

Pemandangan di kokpit ETS (Sungkai - Tapah Road)




Ini sahaja buat masa ini. Sebenarnya banyak lagi yang hendak dikongsikan, contohnya, berapa ramai di antara kita yang tahu gauge untuk landasan keretapi di Malaysia? Kita di Malaysia menggunakan Metre Gauge dan bukannya Standard Gauge. Apa bezanya? Lihat landasan ERL KLIA (Standard Gauge) dan KTM Komuter (Metre Gauge).

Apa-apa pun, sekian sahaja untuk kali ini. ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails