Sabtu, 9 Februari 2013

Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Malam semalam aku selamat sampai di Bintulu setelah menempuh perjalanan selama 4 jam merangkumi jarak 185km. Bintulu adalah bandar terdekat dari Bakun. Selain tu, ada juga pekan-pekan kecil seperti Sungai Asap dan Belaga, tapi takkan aku nak habiskan masa cuti kat pedalaman? Huhu. Ramai kawan-kawan aku nak berjalan ke Miri, jadi aku kenalah cari pengangkutan ke Bintulu. Pengangkutan terakhir adalah malam semalam. Heh. Semua dah penuh. Pekerja Sarawak Hidro juga ramai dah pulang bercuti.

Aku mengira-ngira berapa agaknya cuti yg boleh aku dapat. 4 hari. Wow! Antara cuti yg paling lama aku dapat. Tapi masalahnya, bila naik kerja balik, dah kena meeting dengan main-contractor. Aduh, benci betul. Kenapalah mesti hari Rabu? Takpelah, lupakan dulu masalah kerja. Yang penting masa cuti ni kita enjoy! Heh :3

PS : ini cuti umum terakhir. Takder cuti umum lagi untuk bulan 3 dengan 4 sampai bulan 5 nanti. Aduih~

Selasa, 5 Februari 2013

Bakun : Akhirnya ku tiba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Akhirnya ku tiba juga di Bakun ni. Kawasan di mana empangan terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara sedang dalam proses pembinaan. Hujan renyai-renyai menyambut ketibaanku ke bumi Hulu Rejang ini. Sambil itu aku sedang mengira-ngira untuk berapa lama lagi masa yang tinggal untuk aku berada di projek ini. (masih lagi berbaki 4 bulan). Aku cuba juga untuk mengupdate blog walaupun ku tahu yang internet kat sini perlahan yang amat tahap monyet sloth.

Kehidupan di sini sama jer macam di luar. Cuma biasalah jika duduk di hulu, banyak kemudahan tiada. Satu benda yang seronok kerja di sini adalah, tiada traffic jammed, tiada bayaran tambang komuter @ bas, tiada duit minyak dan tiada tol. Cuma perlu kisahkan duit makan jer. Memang seronok bila difikirkan. Lihat pada keadaan, mungkin aku kena bercuti panjang dari mengupdate blog. (bz ngan kerja beb..).

Sekian sahaja untuk kali ini
Salam.

Isnin, 4 Februari 2013

Antara TBS dan LCCT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua.

Akhirnya aku sudah selamat sampai ke Bintulu, bandar di mana aku merantau mencari rezeki. Diam tak diam, dah hampir 8 bulan aku berada di sini. Pernah juga terfikir berapa lama lagi kerja aku di sini dan bila ia nak selesai. Tapi, layankan jer la. Satu cabaran kerja di syarikat swasta adalah bebanan kerja yang amat banyak. Apatah lagi kalau ada keperluan untuk bekerja di hari ahad.

Tepat pukul 12 tengah hari semalam, aku bertolak dari Larkin Sentral menuju ke arah Kuala Lumpur. Dalam 11 jam kemudian, aku tiba di Terminal LCCT iaitu pusat penerbangan bagi Air Asia. Syarikat penerbangan tambang murah terbaik selama 5 tahun berturut-turut. (sampai pukul 11 padahal flight pukul 7.25, tak ke kerja gila namanya tu?). Tapi kira berbaloi juga datang awal sebab dapat menguruskan kargo untuk kembali ke Bintulu. (pergi 15kg jer, balik cecah 50kg beb! Memang berlatih angkat berat aku. Heh.). Memang tak ikut perancangan asal sebab aku nak bermalam ni TBS sebelum pergi ke terminal dengan tren ERL pertama pukul 4.55 am. Aku tinggalkan barang-barang di TBS sementara pergi semula ke KL untuk last minute shopping.


Sempat memang sempat, habis jer satu round kitorang pusing di Times Square dan Sungei Wang, masa untuk bertolak balik. Sesampai jer di LCCT, malam tu aku tambah lagi kargo untuk aku sehingga 30kg. (sebab dah terlebih had). Dan kami pun tidur sehingga pukul 4 pagi apabila masa check in untuk flight Bintulu bermula.

Dalam hati kecilku berbisik, ramai juga orang nak ke Bintulu. Sekian saja untuk kali ini. Salam.

Antara aku, zoo dan boling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Pasti korang semua terfikir-fikir apa sebenarnya yang aku cuba tuliskan di atas. Ya, semalam merupakan hari terakhir di JB. Rasa memang tak mahu lagi pulang ke Sarawak. Mana tak, baru seminggu kat rumah, tak puas lagi nak memalaskan diri di rumah. Semalam aku meluangkan masa bersama rakan sekerjaku meluangkan masa melawat Zoo Johor, zoo pertama dan tertua di Malaysia dan Asia Tenggara.


Banyak perubahan sudah berlaku sejak kali terakhir aku datang ke sini. Jumlah haiwan juga banyak dan bertambah dengan mendadak. Singa, harimau, beruang, rusa, kuda, unta dan pelbagai spesis serindit mewarnai latar belakang zoo ini. Cuma gajah saja yang tiada kelibat sebab dihantar ke Pahang untuk dilatih semula. Aku sempat juga mengambil gambar seekor Singa bernama Manja. Comel kan nama? Heh..



Kemudian, di waktu petang aku terima panggilan dari ayah aku menyatakan yang malam ini seisi keluargaku akan bermain boling. Aku dah lama tak main boling, hampir 6 bulan tak sentuh bola boling. Jadi tak hairanlah kalau aku cuma dapat 300 jatuhan pin dari 3 pusingan. Huhu..


Dan diwaktu malamnya lagi, aku dan sepupu ku berkaraoke sampai pagi... Chewah, takderla sampai pagi, cuma sejam jer. Hehe. Takder kerja aku nak balik lewat-lewat. Sebab malamnya aku nak berkemas sebelum pulang...

Apa-apa pun, sekian sahaja untuk kali ini.
Salam.

Sabtu, 2 Februari 2013

Plaza Angsana Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera semua

Memang terkejut aku melihat keadaan di Plaza Angsana kali ini. Kenapa? Sebab aku dah lebih 6 bulan tinggalkan Johor Bahru, banyak betul perubahan dah berlaku. Termasuk juga di Plaza Angsana. Kerja-kerja pengubahsuaian di Plaza Angsana baru sahaja siap dilaksanakan sebaik sahaja selepas aku tiba di Johor Bahru. Sebelum ini memang aku jarang pergi ke Angsana pun. Satu sebabnya jauh. Lepas itu, kalau nak pergi pun, bas takder berhenti betul-betul kat tepi Angsana. (Nak kena menapak bila nak ke sana.. penat kot..)



Tapi apa yang pasti, memang rambang mata lah sekejap kat sini. Sebab jualan penghabisan stok di Plaza Angsana. 50% beb! Huhu..

Apa-apa pun, sekian sahaja untuk kali ini
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails