Isnin, 28 Februari 2011

Walimatul Urus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Pada Sabtu dan Ahad lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung untuk membantu menguruskan majlis perkahwinan sepupu saya, Boy dan pasangannya, Maz. Lauk-pauk dan hidangan seperti Nasi Beriani, Laksa, Bubur Kacang diuruskan oleh pihak Katering. Jadi, kami mempunyai masa yang lebih untuk menguruskan perkara lain seperti Khemah, Meja, Kerusi, Bunga Telur dan Band yang akan membuat persembahan. Kad-kad jemputan telah pun diedarkan. Jika dibandingkan dengan majlis di pihak perempuan, majlis di pihak lelaki adalah sederhana sahaja.

Dan beginilah keadaannya sehari sebelum majlis diadakan.. semua dalam keadaan siap sepenuhnya.

Photobucket


Hari Persandingan

Baiklah, hari yang dinanti tiba jua akhirnya. Seperti biasa, tenaga kerja lelaki amat diperlukan terutamanya di majlis perkahwinan seperti ini. Aktiviti Rewang memang tidak dapat dilupakan kepada mereka yang telah melaluinya. Majlis bermula tepat pukul 12 seperti yang dirancang. Para tetamu mula hadir. Tapi, suatu yang amat tidak dijangka berlaku. Sebaik sahaja tetamu yang pertama datang, kehadiran tetamu berterusan tanpa henti sehingga majlis tamat pada pukul 4. Bayangkanlah, sepanjang 4 jam.. dengan keadaan kelam-kabut, kami cuba dengan sedaya upaya memberikan layanan terbaik kepada para tetamu. Biasanya, gelombang tetamu yang datang ini ada waktunya ia akan reda sekejap.. tapi tidak pada majlis kali ini.. berterusan sepanjang masa.

Photobucket

Akhirnya, selepas penat dan lelah.. pengantin akhirnya bersanding pada pukul 2.30 petang. Sama padan, sama cantik. Hehe..

Photobucket


Tetamu Jemputan

Seperti kebiasaan, di majlis perkahwinan seperti inilah.. kami dapat mengumpulkan semua sanak saudara dari jauh dan dekat. Inilah waktu yang paling sesuai untuk lihat betapa besarnya keluarga kami ini. Apatah lagi jika keluarga kita itu adalah mereka yang sebenarnya berprofil tinggi tapi sentiasa merendahkan diri. Saya memang tahu ada yang berprofil tinggi, tapi tak sangkalah setinggi itu. (0_0)

Photobucket
Wakil Rakyat GRC Sembawang,
Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pembangunan Negara,
Singapura


Tamatnya hari yang bersejarah

Akhirnya, selepas bertungkus-lumus.. majlis tamat tepat pada jam 5 petang. Kami terus berusaha mengemaskan semua peralatan-peralatan kenduri. Masing-masing memang kepenatan kerana tidak cukup tenaga kerja.. tapi apa-apapun.. semuanya berjalan lancar.. Alhamdulillah.. (^_^)

Tapi masalahnya sekarang.. cucu nombor 1 dah lepas.. semua mata bertumpu pada cucu nombor 2, dan itulah saya.. semuanya sibuk tanya soalan cepu emas, 'majlis kau bila pula??' Haihh.. susah nak jawab. Nasib baik Fika dengan Awa dah ada calon. Tidak adalah beban sangat nak menjawab.. 'Lambat lagilah..' hehe.. (takpun, carikanlah sorang calon. hehe..)

Photobucket
Haziq dengan muka kecewa.. hehe..

Sekian untuk kali ini,
Salam.

Jumaat, 25 Februari 2011

Alamak...!! Kenapa pula ni..!?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa di pagi Jumaat yang tenang ini, tiba-tiba saya seperti orang yang trauma menjerit..

Alamak..!! Kenapa pula ni..!?

Hmm, sungguh overly dramatic la pula. Baiklah, dipendekkan cerita.. semuanya bermula malam tadi. Sedang saya mengemaskan data-data dan folder-folder di dalam external hard-disk, terjumpalah saya dengan cerita anime yang saya minat dulu, Cardcaptor Sakura..! Hahaha.. Laa.. Pasal anime saja ke?

Photobucket

Kes kali ini sebenarnya kes kecil sahaja, tetapi, ia menjadi besar sebab saya ambil masa hampir beberapa lama untuk lengkapkan koleksi anime ni. Dari episod awal sampai akhir. Bukan senang tau. Jadi, berbalik pada cerita saya tadi, saya layan lah Cardcaptor Sakura ini, dari episod 1, masuk episod 2, episod 3... semuanya baik-baik sahaja. Dengan tidak semena-mena.. bila masuk sahaja episod 4, terus jadi cerita lain! Cardcaptor Sakura dah jadi cerita Shounen wa tori ni natta! Ajaib sungguh.. kenapa la jadi macam tu?! Tak keruan sekejap malam tadi. Tapi, lepas itu semuanya selesai. Apa susah, download jer yang baru. Cuma... tak secantik yang sebelum ini lah..

Baru sedap-sedap layan anime, dah jadi macam ini. Episod 4 ni seronok, (semua episod seronok sebenarnya.. hehe..) sebab episod 4 ni mengisahkan tentang Sakura dan Kero-chan tidak jadi pergi berkelah bersama Tomoyo, kerana, hari itu adalah hari Sakura perlu mengemaskan rumah. Sedang mereka berdua mengemas, Sakura terjumpa dengan 2 Clow Card. Tapi, kad-kad ini tidak ditulis nama Sakura, menyebabkan ianya menimbulkan kacau bilau. Satu kad adalah Wood dan satu lagi adalah Rain. Gabungan dua kad ini menyebabkan mereka menumbuhkan hutan rimba di dalam rumah Sakura!! Haha... Rain memang satu kad yang nakal dan suka bermain-main. Sementara, Wood pula adalah satu kad yang cantik dan lemah lembut.

Photobucket
Ini namanya Wood

Photobucket
Ini namanya Rain

Haih.. mana la saya tak meracau sebab benda-benda ni. hehe..
(Tapi jangan amalkan selalu tau.. huhu..)


Shounen wa tori ni natta?

Photobucket

Owh yer, cerita ini (movie) mengisahkan tentang seorang remaja yang menderita sakit jantung berlubang sejak kecil. Disebabkan beberapa sebab, pemindahan jantung tidak boleh dilakukan. Dan pada awalnya, doktor menjangkakan yang pemuda itu hanya boleh hidup sehingga 11 tahun sahaja. Namun, takdir menentukan pemuda itu mampu hidup lebih lama.. dan cerita bermula ketika umurnya mencecah 15 tahun. Konflik antara dia dan keluarga, konflik dengan rakan-rakan, antara diri sendiri mewarnai jalan cerita tersebut. Satu keistimewaannya adalah, dia menghafal semua nama-nama burung hanya dengan sekali sahaja melihatnya. Ini adalah kerana, dia tidak dibenarkan keluar bermain disebabkan penyakitnya.. dan masanya banyak dihabiskan dengan melihat burung-burung.

Photobucket

Cerita ini mungkin diminati bagi mereka yang menjadi peminat fanatik Yamashita Tomohisa. Hehehe.. Jalan cerita ok.. cuma... macam mana cerita ini boleh bertukar dengan Cardcaptor Sakura!! Haih~~ sungguh pelik... huu.. takper, kalau ada sesiapa yang nak.. nanti saya boleh buat satu movie review pasal cerita ini.

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.


Khamis, 24 Februari 2011

Kembali semula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Akhirnya, dapat juga saya kembali ke blog ini buat pertama kalinya setelah selamat pulang ke rumah. Hampir 12 jam, berlaku masalah server internet di sekitar kawasan perumahan ni. Dah sampai rumah pun, tak dapat buat apa-apa. Tidak sangka kan? Internet memudahkan hidup kita, tapi pada masa yang sama, hidup kita semakin bergantung dengannya. Dalam 12 jam tiada internet, saya teringat semula kehidupan di awal 90-an. Mana ada handphone dengan internet ni semua. Betapa indahnya zaman itu. hehe..

3 hari di Kuantan sudah cukup untuk menghilangkan bosan duduk kat rumah. Hehe.. Dapat jugalah berjalan-jalan di sekitar Kuantan. Seorang junior saya di UMP, mengadu kepenatan sebab baru habis test. Penat katanya. Tapi, tengok gayanya pun, selama 3 hari sebelum test itu jugaklah, dia kesibukan bersedia dengan test. Kesian lak dengan dia. Jadi, dia ajak jalan-jalan di Kuantan, sewa kereta semua dia dah uruskan. Cuma minta saya tolong bawakan dia. No sweat... hehe.. Memang rapat pun dengan dia. Jadi, dalam pukul 8.30 mlm, kitorang pun bertolak. Ni first time bawak kereta kat Kuantan, terkejut lah.. Mana taknya, dah selalu duduk kat JB, tiba-tiba bawak kereta kat Kuantan, culture shock lah kejap. hehe.. Iyerlah, bawak 90 km/j pun, masih boleh bawak belah kanan. Kat JB mana boleh, mesti kena marah punyer.

Photobucket
Sekadar gambar hiasan

Gi shopping, pastu makan-makan semua. Kemudian, bawa dia ke tempat yang dia dah lama nak pergi, tapi tak pernah dapat, Teluk Cempedak! Hari-hari bekerja ni, tak ramai orang kat TC, jadi seronoklah. Senang nak dapat parking. Kat pantai pun lengang jer.

Photobucket
TC di waktu siang. Waktu malam meriah sikit.

Dah puas jalan-jalan, kami pun beli KFC sikit, sebab junior saya ni punya housemate kirim. Kemudian, terus balik. Esok pagi dia ada kelas. Budak-budak takleh tidur lambat-lambat. Haha.. Tanya kat dia, "Seronok ke tak?". Dia jawab, "seronok jugak, tapi tak semua barang dapat beli". Owh yer, dia nak beli makanan kucing. Patutlah kat bilik dia ni banyak kucing datang. Ada orang bagi makan sedap rupanya. Hehe.. Saya pun kempunan gak sebenarnya. Adalah satu game ni, puas dah mencari satu Megamall, boleh pulak takder jual. Aiyaa... Kalau ada sesapa tahu mana nak beli game ni, tolong bagitau k? Nama game dia, 1602 A.D. ataupun Anno 1602 (benda yang sama gak). Terdesak sangat ni. Hehe..

Photobucket
1602 A.D. Sapa2 tau mana nak dapatkan game ni? Tolong bagitau k?

Kemudian, temankan dia balik bilik dia. On the way, terjumpalah pulak dengan seekor kucing jantan ni. Punyerlah comel. Junior saya ni memang suka kucing, jadi dia pun bawaklah balik. Hehe.. pastu tanya dengan dia. "Makanan kucing tak beli, camner nak bagi makan ni?". Pastu dia cakap, "Makanan ada lagi sikit. Takper, makanan kucing, kat Gambang pun boleh beli nanti". Hehe.. apa-apa lah.. janji kucing tu bahagia.

Tak tahu lagi berita kucing tu camner, tapi tadi junior saya tu bagitau, kucing tu ada bergaduh dengan seekor lagi kucing kat bilik dia tu. huhu..

Ok, sekian saja untuk cerita kali ini. Lain kali sambung lagi. (^_^)
Salam.


Isnin, 21 Februari 2011

Misi Terlaksana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Akhirnya, daku kembali ke blog ini setelah seminggu menghilang. Cuma kali ini, artikel ini ditulis bukan di rumah, tapi dari UMP. Hehehe.. Baru sahaja selesai melaksanakan satu misi iaitu menghantar resume ke Pejabat Pendaftar. Tidak tahulah dapat atau tidak kerja di UMP, tapi, belum cuba belum tahu. Seperti kata orang tua-tua,

Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu..

Belum, cuba belum tahu. Itu satu antara sebab la daku datang ke Pahang ni. Hehe.. Apatah lagi, kedatangan aku ke sini disambut pula dengan suasana kampus sedang sibuk dilanda demam pilihanraya. Demam pilihanraya di sini tidaklah seteruk di luar tu, tapi kira lagi hebat la daripada zaman aku dulu (2005 - 2010). Calon-calon berubah, suasana kempen pun berubah.. tapi tak sangka, ada juga yang tak berubah. Isu yang diketengahkan masih juga isu lama!! Tak sangka.

Photobucket

Yer la, kalau difikirkan balik, isu macam susur gajah la.. cafe la.. itu la... ini laa.. itu isu zaman kitorang dulu. Memang keperluan mendesak zaman tu. Zaman sekarang? masing-masing dah ada motor, dah ada kereta.. masih lagi nak guna isu susur gajah?? Hmm.. susahla camni. Yang kelakar kan.. ada gak isu.. Pentas tak cukup besar~~ (0.0)

Kami ni, bukanlah kisah sangat pun pasal isu-isu semasa ni pun. Yang penting, para mahasiswa mahukan calon yang layak untuk diisi di MPM, yang boleh jadi suara kepada mahasiswa. Bukanlah calon yang hanya jadi rubber stamp pada pihak atasan. Kalau pilihanraya kampus pun, calon takut nak berdebat... susah laa kan? Kalau saya la jadi pihak atasan, memang suka sangat dapat MPM yang rubber stamp ni. Senang kerja. Tak gitu? Hahaha.. (kejam giler.. huhu)

Apa-apa pun, selamat berkempen la yer kawan-kawan?

Sekian buat masa ini
Salam

Selasa, 15 Februari 2011

Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Selamat Datang Semua.

Akhirnya, hari yang berbahagia ini kembali semula. Pada hari inilah, 12 Rabiul Awal, junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan sebagai rasul akhir zaman. Baginda bukan diutuskan untuk menjadi Rasul kepada bangsa arab, sebaliknya sebagai pembawa rahmat kepada seluruh pelusuk alam. Di hari ini jugalah, Nabi Muhammad SAW wafat.

Photobucket

Pada Maulidur Rasul, sebagai umat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai seorang Islam, adalah amat penting bagi kita agar kita dapat menghayati dan mengamalkan setiap ajaran Islam dan sunnah baginda SAW. Ini kerana, tiada cara hidup lain yang boleh membawa kejayaan dunia dan akhirat selain cara hidup baginda Nabi Muhammad SAW.

Photobucket

Photobucket

Sekian, sama-sama kita renungkan.
Salam.

Isnin, 14 Februari 2011

Katakan tidak pada Valentine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Bahang tengah hari boleh dirasakan pada petang ini. Hari ini berlalu sama seperti biasa, tiada ada apa-apa yang luar biasa. Cuma, ada satu peristiwa yang ramai orang mahu sambut pada hari ini. Tetapi, bagi yang beragama Islam, eloklah jika kamu tidak sambut. Bukan dapat apa pun, kan? Dan kepada mereka yang Muslim, sama-samalah kita mengatakan...

Photobucket

Sabtu, 12 Februari 2011

Once Upon A December

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Beberapa hari ini, mood untuk berjiwang kembali lagi. Sedang seronok-seronok ber-online dan mengemaskini artikel di dalam Radin's Blog, tiba-tiba teringat akan satu cerita kartun lama yang dah lama saya lupa. Biasalah, cerita-cerita fairy tale kan banyak tentang.. Putera, Puteri, Raja, Bangsawan... kan? Memang minat saya tu. hehe.. Tapi sedihnya, cerita itu tiada dalam Youtube. Tapi berbaloi juga sebab ada salah satu lagu temanya disimpan.


Yup, lagu "Once upon a December" dari cerita Anastasia. Walaupun ia cerita kartun, tapi ia sarat mengenai cerita yang bertemakan seorang gadis yang juga puteri diraja yang hidup di akhir zaman pemerintahan Tzar Russia. Di lain kelapangan, saya akan buat satu artikel pasal cerita ini.

Walaupun cerita lama, tapi masih lagi saya minat. hehe

Sekian saja buat masa ini,
Chow.

Jumaat, 11 Februari 2011

Gorgeous Lens Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Ada sedikit keistimewaan pada artikel hari ini. Ya, anda tepat sekali. Artikel hari ini adalah berkaitan dengan pertandingan lens yang dianjurkan oleh seorang penjual lens di facebook iaitu, Gorgeous Lens Contest. Jadi, ini satu peluang baik terutamanya pada peminat-peminat lens untuk mencuba nasib masing-masing. Di sini, saya akan ceritakan serba sedikit akan peraturan, terma dan syarat untuk sertai dalam pertandingan ini.

Photobucket


Peraturan, Terma dan Syarat

Bagaimana untuk menyertai?
  1. Hantar gambar terbaik anda yang memakai lens yang ada dijual oleh penganjur pertandingan.
  2. Dua gambar terpilih akan memenangi sepasang contact lens percuma. (Satu lelaki dan satu wanita)
  3. Sila sertakan nama dan nama lens yang digunakan dalam gambar.

Syarat Penyertaan
  1. Semua pembeli layak menyertai pertandingan ini
  2. Gambar yang dihantar mestilah gambar anda sendiri dengan menggunakan jenis contact lens yang ada dijual oleh pihak penganjur.
  3. Anda boleh menghantar seberapa banyak gambar yang disukai, tetapi setiap gambar mestilah memakai lens yang berbeza. Dua gambar dengan lens yang sama tidak diterima.
  4. Pemenang akan dipilih melalui gambar yang paling banyak di "LIKE". (Satu pemenang lelaki, satu pemenang wanita).
  5. Pemenang boleh memilih warna dan power lens ketika menerima hadiah, tetapi jenis lens adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
  6. Semua gambar yang diberikan akan digunakan sebagai lens model kepada pihak penganjur.
  7. Pertandingan bermula 7 Februari sehingga 29 Mac 2011.
  8. Pemenang akan diumum pada 30 Mac 2011.

Pertandingan

Baiklah, kepada sesiapa yang berminat, boleh lawati page tersebut di laman Facebook seperti yang berikut.


Selamat mencuba
(^_^)

Rabu, 9 Februari 2011

Sesudah 2 bulan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Tak sangka, pejam.. celik.. pejam.. celik.. dah 2 bulan blog ini tidak diupdate!! Apa sudah berlaku ini? Habis berhabuk dan bersarang blog ni. Tidak mengapa, di kesempatan yang ada sesudah cuti Tahun Baru Cina, mari kita sama-sama mengemaskan blog ini. huhu..

Photobucket
mari kita mengemas~~ hehe~~

Biasalah, kerja-kerja mengemaskini blog ni biasanya dilakukan ikut mood. Kalau ada mood, tiap-tiap hari ada saja artikel hendak ditulis. Tapi, bila waktu tiada mood, jadilah macam ni. Habis bersarang. Tapi, memandangkan ini pun blog kedua, ia terpaksalah mengalah kepada abangnya iaitu Radin's Blog. huhu.. Lagipun, RB ada jana pendapatan sampingan. Lagi-lagi bila sudah ada Buffered Earning melekat. huhu.. Tak boleh lepaskan peluang keemasan itu.


Kehidupan yang sibuk

Apalah yang sibuk sangat? Memang agak sibuk baru-baru ni. Inipun baru pulang dari KL sebab nak tolong sepupu dengan thesisnya. Huhu.. Ditambah pula dengan broadband yang punyalah slow.. Sekarang ini, adalah sedikit peluang untuk berehat. Tapi belum lagi, sebab salah seekor kucing kat rumah ini buat hal. Beranak kat rumah jiran, hampir sebulan jiran aku tu tak keluarkan anjing-anjing dia sebab takut anak-anak kucing tu jadi mangsa. Memang untung gak dapat jiran yang sporting camtu.

Lepas sebulan, kitorang pindahkan anak-anak si putih (nama kucing aku tu) ni balik ke rumah. Dah balik rumah, masalah kedua pulak. Maknya dah tak ngaku lak anak-anak dia tu. Dah la ada 4 ekor, semua bising nak menyusu.. miow~~~miow~~ miow~~. Sapa yang sampai hati nak biarkan? Jiran sebelah pun risau. Memang ini lah satu masalah dengan kucing, kalau kita sentuh anak-anak dia, haram dah dia tak ngaku anak lagi. (ingat tau~~)

Jadi, terpaksalah ayah aku beli botol susu dengan susu khas untuk anak-anak kucing. Sapa nak bagi kucing tu susu? huhu.. sapa lagi.. orang yang menulis ni lah~~. Tapi takper, diorang tu amatlah comel.. semua warna putih.. takkan nak biarkan diorang mati (seekor dah mati..) (T_T). Di kesempatan lain, saya akan cuba masukkan entry pasal jaga anak kucing yang ditinggalkan ibu ni. huhu... Harap-haraplah diorang ni selamat membesar sampai dewasa.

Sebelum jadi bapak orang, apa salahnya jadi bapak kucing dulu.. huhu..
Sekian buat masa ini.

Chow~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails