Selamat Datang Semua
Pada Sabtu dan Ahad lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung untuk membantu menguruskan majlis perkahwinan sepupu saya, Boy dan pasangannya, Maz. Lauk-pauk dan hidangan seperti Nasi Beriani, Laksa, Bubur Kacang diuruskan oleh pihak Katering. Jadi, kami mempunyai masa yang lebih untuk menguruskan perkara lain seperti Khemah, Meja, Kerusi, Bunga Telur dan Band yang akan membuat persembahan. Kad-kad jemputan telah pun diedarkan. Jika dibandingkan dengan majlis di pihak perempuan, majlis di pihak lelaki adalah sederhana sahaja.
Dan beginilah keadaannya sehari sebelum majlis diadakan.. semua dalam keadaan siap sepenuhnya.
Hari Persandingan
Baiklah, hari yang dinanti tiba jua akhirnya. Seperti biasa, tenaga kerja lelaki amat diperlukan terutamanya di majlis perkahwinan seperti ini. Aktiviti Rewang memang tidak dapat dilupakan kepada mereka yang telah melaluinya. Majlis bermula tepat pukul 12 seperti yang dirancang. Para tetamu mula hadir. Tapi, suatu yang amat tidak dijangka berlaku. Sebaik sahaja tetamu yang pertama datang, kehadiran tetamu berterusan tanpa henti sehingga majlis tamat pada pukul 4. Bayangkanlah, sepanjang 4 jam.. dengan keadaan kelam-kabut, kami cuba dengan sedaya upaya memberikan layanan terbaik kepada para tetamu. Biasanya, gelombang tetamu yang datang ini ada waktunya ia akan reda sekejap.. tapi tidak pada majlis kali ini.. berterusan sepanjang masa.
Akhirnya, selepas penat dan lelah.. pengantin akhirnya bersanding pada pukul 2.30 petang. Sama padan, sama cantik. Hehe..
Tetamu Jemputan
Seperti kebiasaan, di majlis perkahwinan seperti inilah.. kami dapat mengumpulkan semua sanak saudara dari jauh dan dekat. Inilah waktu yang paling sesuai untuk lihat betapa besarnya keluarga kami ini. Apatah lagi jika keluarga kita itu adalah mereka yang sebenarnya berprofil tinggi tapi sentiasa merendahkan diri. Saya memang tahu ada yang berprofil tinggi, tapi tak sangkalah setinggi itu. (0_0)
Wakil Rakyat GRC Sembawang,
Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pembangunan Negara,
Singapura
Tamatnya hari yang bersejarah
Akhirnya, selepas bertungkus-lumus.. majlis tamat tepat pada jam 5 petang. Kami terus berusaha mengemaskan semua peralatan-peralatan kenduri. Masing-masing memang kepenatan kerana tidak cukup tenaga kerja.. tapi apa-apapun.. semuanya berjalan lancar.. Alhamdulillah.. (^_^)
Tapi masalahnya sekarang.. cucu nombor 1 dah lepas.. semua mata bertumpu pada cucu nombor 2, dan itulah saya.. semuanya sibuk tanya soalan cepu emas, 'majlis kau bila pula??' Haihh.. susah nak jawab. Nasib baik Fika dengan Awa dah ada calon. Tidak adalah beban sangat nak menjawab.. 'Lambat lagilah..' hehe.. (takpun, carikanlah sorang calon. hehe..)
Haziq dengan muka kecewa.. hehe..
Sekian untuk kali ini,
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan