Ahad, 1 Julai 2012

Peta Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Akhirnya, dapat juga aku mendapatkan satu salinan peta negeri Sarawak. Kawan aku sampai bising, kenapa sibuk sangat nak peta Sarawak sedangkan dah berada di negeri Sarawak? Sebabnya satu sahaja. Sebab aku ni minat Geografi. Di Semenanjung, aku dah masak sangat dengan bentuk muka bumi dan sempadan 11 negeri. Walaupun aku tak pandai sangat, dan kalau berjalan pun masih ada potensi untuk sesat, tapi bila aku dah nampak peta.. kira aku bolehlah lihat sekali imbas akan bentuk muka bumi negeri tersebut.

Dan sejak dari awal lagi aku memang dah dalam keadaan pening dengan keadaan geografi negeri Sarawak ini. Namun, segala persoalan aku terjawab selepas aku mengkaji peta negeri. Kira kalau aku sesat, aku tahu la mana nak tuju. ^^

P.S :: Bahagian Bintulu (Bintulu Division) kecil sedikit sahaja dari negeri Johor.


Sarawak sekarang terbahagi kepada 11 Bahagian (Division) :-

1. Kuching
2. Samarahan
3. Sri Aman
4. Sarikei
5. Betong
6. Mukah
7. Sibu
8. Bintulu
9. Miri
10. Kapit
11. Limbang

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..saya nak bertanya sedikit tentang negeri sarawak...
ummm kalau boleh saya nak tahu, kem tentera 1 division terletak d mana?kuching atau kota samarahan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails