Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua
Malam tadi, beberapa status rakan-rakan dan kenalan di Facebook menzahirkan rasa tidak puas hati mereka. Kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen amat mengganggu mereka. Memang difahami kerana dengan kenaikan tersebut, ia menyebabkan harga minyak RON97 sekarang ini bernilai RM2.90 seliter.
Bagi saya, ia mungkin bukan satu ancaman kerana saya menggunakan perkhidmatan Komuter untuk berulang alik kerja. Namun, saya juga mungkin akan terpaksa menghadapi dilema ini tidak lama lagi kerana bidang tugas saya mungkin akan menyebabkan saya perlu untuk menggunakan kenderaan di masa hadapan. Ditambah pula dengan jalanraya di Kuala Lumpur yang penuh dengan Tol. Saya tidak tahu berapa ringgit perlu saya 'leburkan' hanya untuk bergerak beberapa kilometer.
Sekian sahaja buat masa ini.
Salam
Khamis, 5 Mei 2011
Rabu, 4 Mei 2011
Sohaimi Meor Hassan, Ana Rafalli & Altimet - Kalau Berpacaran
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua
Segmen muzik untuk bulan ini datang lewat sedikit daripada biasa. Seperti hari-hari sebelum ini, jadual waktu kehidupan berulang seperti biasa. Tiada apa yang istimewa, semuanya biasa-biasa sahaja. Sampai ke rumah sahaja sudah kepenatan. Oleh itu, saya melayari Youtube melihat jika ada video-video menarik untuk dikongsi. Dan secara tidak sengaja, saya teringat akan "Kalau Berpacaran".
Klip video ini dijayakan oleh Sohaimi Meor Hassan, Ana Rafalli dan Altimet. Saya bagi 5 bintang. Hehehe.. Sama-sama kita saksikan.
Selasa, 3 Mei 2011
Matinya Osama bin Laden?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua
Rasanya tidak perlu lagi saya perkenalkan siapakah gerangannya wajah di atas ini. Seluruh dunia telah mengenalinya sebagai orang paling dikehendaki Amerika, hidup atau mati. Semalam, Presiden Amerika, Barrack Obama telah menyampaikan berita 'gembira' tersebut kepada seluruh warga Amerika. Namun, ketika saya menukil artikel ini, saya sendiri tidak pasti perasaan apakah yang patut saya zahirkan. Gembira? Sedih? Takut?
Perasaan yang paling tepat menggambarkan perasaan saya sekarang adalah 'Keliru'.
Apakah benar Osama bin Laden benar-benar telah mati? Situasi sekarang ini amat berlainan dengan kematian musuh-musuh barat yang lain. Contohnya, Saddam Hussein mati dalam keadaan jelas. Orang ramai nampak keadaan fizikalnya. Namun, situasi Osama bin Laden ini amat berlainan. Mati dalam keadaan hanya dilihat daripada lensa kamera. Jadi, ada kemungkinan bahawa segalanya adalah penipuan semata-mata.
Dan itu adalah benda yang telah saya belajar mengenai media, jangan percaya bulat-bulat berita yang sampai kepada anda. Dan walau apa pun, rakyat Amerika dengan gembiranya meraikan kematian musuh nombor satu mereka itu di kawasan yang sekarang ini dinamakan Ground Zero. Kawasan yang dahulunya berdiri megah Menara berkembar World Trade Center, telah ditinggalkan kosong setelah 'musnah' kerana 'diserang' oleh Osama. Merepek kan? sudah jelas lagi bersuluh yang bangunan besi seperti WTC TIDAK akan hancur hanya kerana dilanggar oleh Kapal Terbang. Kemusnahan WTC memang telah lama dirancang, dan pastinya.. bukan oleh Al-Qaeda apatah lagi Osama bin Laden.
Namun apa-apa pun, tahniah Presiden Obama. Nampaknya potensi anda untuk menang Pilihanraya Presiden selepas ini amat cerah.
Secara relatifnya, saya tidak percaya dengan berita tersebut.
Sekian sahaja buat masa ini,
Salam
Isnin, 2 Mei 2011
Minum Petang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua
Internet amat perlahan pada petang tadi menyebabkan saya sugul memikirkan apa yang harus dibuat. Selalunya, saya menghabiskan masa berehat di rumah dengan membaca artikel, membaca berita ataupun melayan kerenah kenalan dan sahabat handai di Facebook. Namun, dengan kelembapan perkhidmatan internet, saya hanya menyandarkan diri di kerusi sambil melihat 'wayang' di paparan laman web bertulis.. 'loading~~'. Perut juga agak lapar petang tadi dan saya turun ke dapur melihat apa-apa yang boleh dimakan.
Dan, sungguh tidak disangka apa yang saya lihat. Begitu banyak kuih-muih terhidang di atas meja. Fikiran saya melayang ke hari sebelumnya ketika saya pulang ke kampung. Lebihan kuih-kuih daripada Kenduri Arwah sebelum ini telah dibawa pulang oleh makcik saya. Rumah kosong pada petang itu kerana makcik dan pakcik saya menghantar sepupu-sepupu saya pulang ke asrama untuk hari persekolahan esok. Saya pun mengambil setiap satu daripada kuih-muih tersebut dan membancuh teh O. Sedikit sebanyak terisi juga masa lapang di petang hari.
Kek Coklat, Apam, Kek Pandan, Kek badam dan Air Teh O
Selepas menikmati rezeki yang tersedia, saya berharap supaya juadah tersebut tidak akan menyebabkan berat badan saya naik selepas ini. Huhu..
Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.
Ahad, 1 Mei 2011
Kenduri Arwah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua
Bersempena dengan cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari Ahad, ramai sanak saudara dan sahabat handai yang mengambil peluang ini mengadakan Majlis Perkahwinan. Namun, atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Memandangkan Hari Ahad adalah cuti umum, maka cuti Hari Pekerja diganjakan ke Hari Isnin dan menyebabkan 3 hari cuti umum. Cuti umum yang amat dinanti-nantikan. Makcik saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kenduri arwah.
Perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Johor amat mudah dan lancar dengan adanya sistem lebuhraya yang baik seperti Lebuh Raya Utara-Selatan. Namun, ia memenatkan apabila berlakunya kesesakan jalan raya disebabkan lebihan pengguna. Ia adalah perkara biasa yang berlaku setiap kali cuti umum yang panjang apabila ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Dan, kepenatan pulang ke kampung hilang apabila melihat pemandangan istimewa yang tidak dapat dilihat di bandar.
Comel kan? Pasangan Angsa dengan gelagat ibu itik dengan anaknya cukup untuk menghilangkan rasa penat perjalanan pulang ke kampung. Memang tidak dinafikan kehidupan di bandar memang menyeronokkan, tetapi ia tidak dapat dibandingkan dengan keadaan di kampung yang juga tidak kurang hebatnya.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam
Langgan:
Catatan (Atom)