Isnin, 2 Mei 2011

Minum Petang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Internet amat perlahan pada petang tadi menyebabkan saya sugul memikirkan apa yang harus dibuat. Selalunya, saya menghabiskan masa berehat di rumah dengan membaca artikel, membaca berita ataupun melayan kerenah kenalan dan sahabat handai di Facebook. Namun, dengan kelembapan perkhidmatan internet, saya hanya menyandarkan diri di kerusi sambil melihat 'wayang' di paparan laman web bertulis.. 'loading~~'. Perut juga agak lapar petang tadi dan saya turun ke dapur melihat apa-apa yang boleh dimakan.

Dan, sungguh tidak disangka apa yang saya lihat. Begitu banyak kuih-muih terhidang di atas meja. Fikiran saya melayang ke hari sebelumnya ketika saya pulang ke kampung. Lebihan kuih-kuih daripada Kenduri Arwah sebelum ini telah dibawa pulang oleh makcik saya. Rumah kosong pada petang itu kerana makcik dan pakcik saya menghantar sepupu-sepupu saya pulang ke asrama untuk hari persekolahan esok. Saya pun mengambil setiap satu daripada kuih-muih tersebut dan membancuh teh O. Sedikit sebanyak terisi juga masa lapang di petang hari.

Photobucket
Kek Coklat, Apam, Kek Pandan, Kek badam dan Air Teh O

Selepas menikmati rezeki yang tersedia, saya berharap supaya juadah tersebut tidak akan menyebabkan berat badan saya naik selepas ini. Huhu..

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails