Khamis, 12 Mei 2011

Kisah Tentang Komuter

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Buat kesekian kalinya, saya terpaksa juga memesan kepada rakan-rakan semua supaya elakkan tidur selepas Solat Subuh dan tidur bersama pendingin hawa. Mungkin perkara ini kecil, namun ianya memberi kesan yang besar kepada kita. Ia antara penyebab saya terlajak tidur pagi semalam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terus tergopoh gapah menyiapkan diri untuk ke tempat kerja.

Photobucket

Seperti biasa, saya berjalan untuk ke Stesen Komuter berhampiran. Disebabkan bangun lambat, saya terlepas tren yang tiba tepat pada masanya pada pukul 8.35 pagi! Saya melihat jadual perjalanan tren. Komuter seterusnya akan tiba pada pukul 9.04 pagi. Saya terus merehatkan diri di bangku berhampiran. Pada fikiran saya pada waktu itu, tidak langsung terlintas di hati saya yang tren akan datang tepat pada masanya.

Tapi, sangkaan saya meleset. Tren seterusnya sampai tepat jam 9.04 pagi! Saya memang agak terkejut. Walaupun sedih kerana agak terlewat sampai ke tempat kerja, namun saya gembira kerana Tren Komuter menepati masa. Tahniah saya ucapkan kepada KTM Komuter. Semoga di hari-hari mendatang, KTM Komuter boleh meneruskan prestasi baik seperti ini.

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam

Rabu, 11 Mei 2011

Chicken Chop KFC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Selama beberapa ketika, tidak dapat ditahan lagi perasaan ini mahu merasai kelazatan dan kehangatan suatu juadah yang dinamakan Chicken Chop~~ Haha.. Sudah beberapa ketika juga saya melihat iklan menayangkan hidangan KFC ini, dan pada hari ini saya berpeluang untuk merasainya. Ada 2 set semuanya, yang ini adalah set yang kedua.

Photobucket
Setnya terdiri daripada Ayam, Sos cendawan, Jagung, Wedges dan Jus Honey Dew
Harga : RM10.50

Jika anda teringin sangat mencubanya, silakan. Hidangan ini bagi saya sesuai untuk dinikmati sekali sebulan. Saya tidak mampu menikmati juadah ini tiap-tiap hari. Kalau tiap-tiap hari, kegawatan ekonomi pasti melanda diriku ini. Heh~~

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.


Sertailah Bloglist Cik Cempaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Semalam sedang saya ber-blogwalking, berjumpalah saya dengan sebuah blog menarik bernama 'Si Cempaka Biru'. Pandangan pertama saya pada blog ini adalah, wujudkah Cempaka Biru di alam sebenar? Tapi, itulah yang tersirat di sebalik blog ini, ia adalah ceritera seorang gadis di alam maya akan kehidupan realitinya.

Photobucket

LINK : http://sicempakabiru.blogspot.com/
TARIKH TUTUP : 30 MEI 2011

Keistimewaan Cempaka Biru ini adalah, semua cerita ada diselitkan dengan paparan gambar, saya seolah-olah sedang membaca komik daripada membaca blog. Dan yang penting, baca komik kena beli, baca blog percuma. (^_^)

Di bawah ini adalah antara cerita yang menarik perhatian saya.

Photobucket

Ok, kalau nak baca lebih lanjut, silalah lawat Blog Cempaka Biru. Di samping itu, memandangkan blog RBE ini pun belum pernah di review oleh sesiapa, ini adalah peluang baik untuk mempromosikan blog RBE ini juga.

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua.

Kepada semua ibu dan juga kepada mereka yang sudah menjadi ibu, selamat Hari Ibu diucapkan. Dan di samping itu, kita juga mempunyai peranan untuk menghargai jasa seorang ibu, kerana setiap dari kita mempunyai ibu. Jasa dan kasih sayang ibu memang tiada nilainya.

Photobucket

Mungkin ada di antara kita menyatakan bahawa, "Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit", maka anda silap. Anda tidak perlukan wang ringgit untuk mendapatkan kasih sayang seorang ibu. Malah, tiada satu benda pun di dunia ini yang boleh membayar atau menjadi kayu ukur kepada nilai kasih sayang seorang ibu. Pengorbanan ibu sangat besar. Malah, bermula dari kita lahir pun, ibu dengan susah payah perlu menanggung kesakitan untuk melahirkan kita. Malah, ada juga ibu yang meninggal hanya untuk melahirkan anak.

Oleh itu, memang tidak berpatutan sebenarnya jika kita hanya mengingat jasa ibu pada hari ini sahaja. Ingatlah jasa ibu pada hari ini, dan hari-hari seterusnya. Kita hanya ada seorang ibu, perginya ia, tiada lagi pengganti.

Sekian sahaja buat masa ini,
Salam.


Jumaat, 6 Mei 2011

Selepas perkahwinan Duke of Cambridge

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Pada 29 April yang lepas, mungkin ramai di antara kita yang telah menyaksikan secara langsung perkahwinan di abad ini antara Putera William dan pasangannya Catherine Elizabeth. Sejurus sebelum perkahwinan mengikut adat diraja Britain, Putera Diraja akan menerima gelaran bangsawan baginya. Sempena perkahwinan tersebut, mereka berdua dimasyhurkan dengan gelaran Duke dan Duchess of Cambridge.

Photobucket

Perkahwinan popular ini sedikit sebanyak melahirkan seorang bintang baru yang menyinar dengan sekelip mata. Tidak lain dan tidak bukan adalah adik dan juga pengiring Duchess of Cambridge ketika perkahwinannya, Philippa Middleton yang dikenali juga dengan panggilan Pippa. Kerana perkahwinan tersebut, popularitinya melonjak dengan sekelip mata.

Photobucket

Dan, selepas perkahwinan Putera pertama kepada Mendiang Lady Diana, Princess of Wales, tumpuan rakyat Britain sekarang bertumpu kepada adik Duke of Cambridge iaitu Putera Harry dan pasangannya, Chelsy Davy.

Photobucket

Walaupun tiada pengumuman rasmi, tetapi ada maklumat menyatakan bahawa Putera Harry telah pun berbisik kepada Chelsy...

"You're next..."

Apa-apa pun, sekian sahaja buat masa ini.
Salam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails