Selamat Datang Semua
Buat kesekian kalinya, saya terpaksa juga memesan kepada rakan-rakan semua supaya elakkan tidur selepas Solat Subuh dan tidur bersama pendingin hawa. Mungkin perkara ini kecil, namun ianya memberi kesan yang besar kepada kita. Ia antara penyebab saya terlajak tidur pagi semalam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terus tergopoh gapah menyiapkan diri untuk ke tempat kerja.
Seperti biasa, saya berjalan untuk ke Stesen Komuter berhampiran. Disebabkan bangun lambat, saya terlepas tren yang tiba tepat pada masanya pada pukul 8.35 pagi! Saya melihat jadual perjalanan tren. Komuter seterusnya akan tiba pada pukul 9.04 pagi. Saya terus merehatkan diri di bangku berhampiran. Pada fikiran saya pada waktu itu, tidak langsung terlintas di hati saya yang tren akan datang tepat pada masanya.
Tapi, sangkaan saya meleset. Tren seterusnya sampai tepat jam 9.04 pagi! Saya memang agak terkejut. Walaupun sedih kerana agak terlewat sampai ke tempat kerja, namun saya gembira kerana Tren Komuter menepati masa. Tahniah saya ucapkan kepada KTM Komuter. Semoga di hari-hari mendatang, KTM Komuter boleh meneruskan prestasi baik seperti ini.
Sekian sahaja buat masa ini.
Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan