Selamat Datang semua
Pertama sekali, memang tidak dinafikan saya sukakan drama-drama, novel-novel atau cerita yang berkaitan dengan sejarah, kerabat diraja dan yang sewaktu dengannya. Jadi, apabila rakan saya, Iez mengatakan ada cerita korea bertemakan kerabat diraja dan istana ditayangkan di TV Alhijrah, memang saya agak teruja. (memang excited giler..) Tapi, satu kekangan saya adalah ianya ditayangkan pada pukul 3.30pm. Secara jelas saya tidak boleh tengok sebab itu waktu kerja. (Sedih giler... dowh..).
Tapi satu perkara yang menggembirakan saya adalah saya sempat melihat episod terakhir yang ditayangkan semalam. (Semalam cuti sebab sambutan Hari Natal). Tidak dapat tengok semua, dapat tengok episod akhir pun jadilah. (Padahal dah pernah muat-turun sebelum ni.. huhu..)
Baiklah, ini adalah antara sinopsis cerita Dae Jang-Geum ini.. (dalam bahasa inggeris dipanggil 'Jewel in the palace') :-
- Dae Jang-Geum bermaksud Jang-Geum yang Agung. Beliau merupakan Doktor Peribadi kepada Maharaja Korea pada ketika itu, iaitu Maharaja Junjong dari Dinasti Chosun. Wanita pertama dan terakhir yang pernah mendapat kemuliaan tersebut. (Hebat tak hebat dia ni.. sampai sekarang pun, Doktor kepada Presiden Korea takder sorang pun perempuan..)
- Jang-Geum asalnya merupakan dayang di Istana. Namun, krisis istana yang berlarutan menyebabkan beliau dibuang daripada istana. (memang kesian giler..)
- Dalam percubaannya untuk kembali ke istana, Jang-Geum memilih untuk memasuki Akademi Jururawat Istana, di mana hanya 2 orang yang terbaik sahaja akan menjadi jururawat istana. (macam rancangan realiti jugak.. ada penyingkiran pada mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik...).
- Usahanya membuahkan hasil apabila beliau diterima masuk menjadi Jururawat Istana. Pada waktu inilah, beliau berjumpa semula dengan rakan-rakan lamanya... dan.. musuh-musuh lamanya.. (pertarungan antara Jang-Geum dan musuhnya bermula..).
- Di Istana, satu-satunya cara untuk selamat adalah mendapatkan kepercayaan Kerabat Diraja. Dan itulah kelebihan Jang-Geum. Beliau mendapat kepercayaan kekal daripada Maharani Munjeong apabila berjaya memulihkan penyakit baginda (anak kembar mati dalam kandungan, tapi satu tersekat di dalam rahim..) dan putera tunggal baginda, Putera Besar Gyeongwon yang dijangkiti wabak cacar. (waktu tu boleh bawa maut..). Salah seorang rakannya juga menjadi Gundik Maharaja dan dinaiki taraf sebagai Suk-Won (bawah sikit dari taraf Maharani.. tapi diiktiraf sebagai Kerabat Diraja yang rasmi.)
- Selepas berjaya mengubati penyakit Maharaja, baginda mengurniakan darjah Pegawai Pangkat ke-3 dan menjadi Doktor Peribadi kepada Maharaja. Perlantikan tersebut mendapat bantahan daripada Menteri-Menteri dan Pegawai Istana, menyatakan yang wanita tidak boleh dilantik ke jawatan itu.
- Dan selepas sekian lama, penyakit Maharaja datang semula. Dan pada waktu ini, semua ubat-ubatan telah menjadi racun kepada Maharaja. Dae Jang-Geum tiada cara lain selain cuba untuk melakukan pembedahan ke badan Maharaja. Satu tindakan yang juga dibantah kerana kepercayaan pada waktu itu adalah, badan Maharaja adalah suci dan tidak boleh dilukakan.
- Kerana bantahan daripada kerajaan, Maharaja tidak memperkenan akan pembedahan itu. Tapi, kerana risaukan keselamatan Jang-Geum selepas kemangkatannya, baginda menitahkan Jeong-Ho (seorang Menteri yang telah dibuang negeri sebelum ini..) membawa lari Jang-Geum ke tempat yang selamat.
- Selepas 8 tahun, Maharani Balu Munjeong berjaya mengesan lokasi Jeong-Ho dan Jang-Geum yang kini sudah berkeluarga. Baginda menjemput mereka berdua ke istana dan menawarkan untuk mengembalikan jawatan lama mereka. Jeong-Ho dan Jang-Geum kembali semula ke istana dengan gembira. Namun menolak tawaran tersebut untuk tinggal luar daripada istana
Sekian untuk waktu ini,
Salam.
3 ulasan:
sangat minat cerita ni!
kan? kan? best citer ni. ^^
lagi best pasal pakaian tradisi dia. cantik. hehe
kat mane boleh download crite ni ye? best sgt!!
Catat Ulasan