Isnin, 14 November 2011

Malaysia vs Kemboja ; Menang 4 - 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Medan pertarungan Sukan SEA 2011 bagi Pasukan Bola Sepak Negara bawah-23 tahun diteruskan dengan perlawanan di antara Malaysia dengan Kemboja. Sebelum ini, pasukan negara telah memberikan persembahan yang meyakinkan selepas menang dengan Thailand. Namun, perlawanan ini tidak boleh dipandang ringan kerana pasukan negara masih perlu mengumpul sebanyak mata yang boleh untuk mara ke pusingan seterusnya.

Photobucket

Keputusan :

Photobucket

Malaysia (4) - Kemboja (1)


Sepintas Lalu :

Photobucket

Perlawanan antara Malaysia dengan Kemboja boleh diibaratkan dengan perlawanan sebelum ini antara Malaysia dan Thailand, di mana pasukan negara berjaya memberi gaya perlawanan yang meyakinkan untuk mengumpulkan mata. Sebanyak 4 gol berjaya dijaringkan dalam perlawanan ini. Gol pertama dijaringkan oleh Izzaq Faris Ramlan seawal minit ke-7 perlawanan. Gol kedua kemudian dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-36 disusuli dengan gol ketiga melalui penalti oleh Badrol. Melengkapkan kemenangan ke atas Kemboja adalah dengan jaringan keempat yang dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-90.

Gawang negara pula bolos satu gol. Dengan kemenangan di perlawanan ini, Malaysia perlukan sekurang-kurangnya seri dengan perlawanan menentang Indonesia selepas ini untuk mara ke pusingan Separuh Akhir.

Majulah Sukan untuk negara,
Salam

Khamis, 10 November 2011

Malaysia vs Thailand ; Menang 2 - 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Selepas melalui perlawanan yang mengecewakan bersama pasukan Singapura, Pasukan Harimau Malaya meneruskan perjuangan di medan Sukan SEA 2011 demi mempertahankan pingat emas bola sepak. Cabaran seterusnya adalah perlawanan antara Malaysia dengan salah satu gergasi Asia Tenggara dalam bola sepak iaitu Thailand.

Photobucket


Keputusan :

Photobucket

Malaysia (2) - Thailand (1)


Sepintas lalu :

Photobucket

Pertarungan antara Malaysia dan Thailand menyaksikan kekemasan posisi dan cara bermain pasukan negara. Ibarat mendapat rentak dalam perlawanan, gol negara berjaya disumbangkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24 dan Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-85.

Semoga kejayaan pada kali ini boleh diteruskan dalam 2 lagi perlawanan yang mendatang. Malaysia akan bertemu dengan Kemboja pada 13 November dan Indonesia pada 17 November 2011.

Majulah Sukan Untuk Negara,
Salam.

Rabu, 9 November 2011

Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Setelah hampir 2 bulan berusaha menyimpan duit, saat yang dinanti-nantikan tiba jua akhirnya. Saya berjaya menyimpan cukup duit untuk membeli buku "Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor" yang ditulis oleh Abdul Rahim Ramli dan diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Photobucket

Namun, mendapatkan buku ini juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Puas saya menggeledah satu kedai buku MPH, namun tidak berjumpa. Ia memang sudah dijangka kerana di dalam maklumat komputer di kedai tersebut, buku tersebut hanya tinggal 1 salinan sahaja lagi. Saya pusing dan pusing, sehingga hampir putus asa untuk mencari. Namun, rezeki memihak kepada saya kerana di saat-saat akhir, saya berjumpa juga dengan buku tersebut. (cari kat tempat lain, tapi buku di tempat lain.. sampai kiamat cari pun tak jumpa).

Memang banyak maklumat yang didapati di dalam buku ini, contohnya seperti sejarah Teluk Belanga dan Kerabat Diraja Johor. Apa-apapun, dalam sebulan dua ini, saya mengadap buku ini setiap malam melihat maklumat berharga akan sejarah negeri yang dicintai. (berbaloi juga simpan RM180.00)

Sekian buat masa ini,
Salam.

Buku ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim pada bulan September lepas. Tekan sini untuk ke portal berita.

Selasa, 8 November 2011

Malaysia vs Singapura ; Seri 0-0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Semalam berlangsungnya perlawanan antara Malaysia dengan Singapura, merasmikan tirai bermulanya cabaran Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Indonesia. Sekali lagi, 2 musuh tradisi ini bertemu selepas kali terakhir adalah pada Julai lepas iaitu pada kelayakan Piala Dunia.

Photobucket

Cabaran ke Sukan SEA 2011 digalas oleh Pasukan Malaysia U-23.


Keputusan :-

Photobucket

Malaysia (0) - Singapura (0)


Sepintas lalu :-

Photobucket

Sekali lagi skuad Singa mengikat keupayaan skuad Harimau Malaya untuk menjaringkan gol di masa perlawanan. Terikat seri tanpa mata menyebabkan laluan di hadapan yang perlu ditempuh oleh pasukan Malaysia menjadi sukar. Buat masa ini, Malaysia berkongsi mata dengan Singapura di tempat kedua dan ketiga di bawah Singapura di kumpulan A.

Namun, pujian diberikan kepada benteng pertahanan negara apabila berjaya mempertahankan kubu negara daripada dibolosi oleh pihak lawan.

Perlawanan seterusnya yang menanti adalah :-

Malaysia vs Thailand
(9 November 2011)

Malaysia vs Kemboja
(13 November 2011)

Indonesia vs Malaysia
(17 November 2011)

Isnin, 7 November 2011

Aidil-Adha 1432H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidil-Adha anda pada tahun ini? Saya baru sahaja pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut Aidil-Adha bersama dengan keluarga dari 5 sehingga 7 November 2011. Secara umumnya, saya gembira berada di samping keluarga cuma... saya rasa amat tidak puas hati dengan cuti yang amat pendek. (Hari Raya Haji sepatutnya diberikan 4 hari cuti umum).

Baiklah, inilah sedikit perkongsian saya akan raya haji pada tahun ini :-
  • Di Johor Bahru - sehari sebelum raya haji, saya pulang ke Johor Bahru untuk melepaskan rindu dengan kota kelahiran saya. Seperti yang saya katakan di isu sebelum ini, sehari di rumah sendiri tidak sama dengan 100 hari di tempat lain. Dan, ia amat bermakna apabila saya dapat menghabiskan masa dengan kucing-kucing di belakang rumah. Terutamanya dengan si kucing comel dan kacak ini. (tidak lupa juga berlagak..). Dan apa yang saya terkilankan, 3 ekor anak Siam iaitu Susu, Milo dan Topi mati sebelum sempat membesar..

    Photobucket
    Si Debab

  • Di Batu Pahat - Pagi raya disambut di kampung tempat saya dibesarkan iaitu di Batu Pahat. Raya kali ini lebih bermakna kerana salah seorang saudara datuk saya melakukan ibadah qurban. Seekor lembu jantan berumur tiga tahun selamat diqurbankan. Dan hasilnya? 100 kilogram daging lembu diagih-agihkan kepada mereka yang layak menerimanya. Pada petangnya, kami melawat seorang lagi saudara kami yang baru sahaja selamat melahirkan anak perempuan yang comel 2 hari sebelum ketibaan Aidil-Adha.

    Photobucket

    Photobucket
    Si Neng yang akan dikorbankan

  • Di Kuala Lumpur - Ya, memang terlalu sekejap saya berada di kampung. Tapi apa yang boleh dibuat? Inilah kenyataan yang perlu saya hadapi setelah berada di alam pekerjaan.
Seperti mana-mana perayaan, memang tidak boleh dipisahkan dengan makanan. Tiada gambar untuk makanan-makanan yang dimasak ketika raya, tapi di kedai adalah.. hehe.. ^^

Photobucket
Mee Bandung Batu Pahat

Photobucket
ABC Special

Apa-apa pun, raya kali ini walaupun singkat, ia penuh dengan kenangan. Walaupun baru sahaja lepas cuti, di dalam kepala sudah pun terbayang-bayang akan soalan cepu emas.. "Cuti seterusnya bila??"

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails