Selamat Datang Semua
Medan pertarungan Sukan SEA 2011 bagi Pasukan Bola Sepak Negara bawah-23 tahun diteruskan dengan perlawanan di antara Malaysia dengan Kemboja. Sebelum ini, pasukan negara telah memberikan persembahan yang meyakinkan selepas menang dengan Thailand. Namun, perlawanan ini tidak boleh dipandang ringan kerana pasukan negara masih perlu mengumpul sebanyak mata yang boleh untuk mara ke pusingan seterusnya.
Keputusan :
Malaysia (4) - Kemboja (1)
Sepintas Lalu :
Perlawanan antara Malaysia dengan Kemboja boleh diibaratkan dengan perlawanan sebelum ini antara Malaysia dan Thailand, di mana pasukan negara berjaya memberi gaya perlawanan yang meyakinkan untuk mengumpulkan mata. Sebanyak 4 gol berjaya dijaringkan dalam perlawanan ini. Gol pertama dijaringkan oleh Izzaq Faris Ramlan seawal minit ke-7 perlawanan. Gol kedua kemudian dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-36 disusuli dengan gol ketiga melalui penalti oleh Badrol. Melengkapkan kemenangan ke atas Kemboja adalah dengan jaringan keempat yang dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-90.
Gawang negara pula bolos satu gol. Dengan kemenangan di perlawanan ini, Malaysia perlukan sekurang-kurangnya seri dengan perlawanan menentang Indonesia selepas ini untuk mara ke pusingan Separuh Akhir.
Majulah Sukan untuk negara,
Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan