Jumaat, 29 Julai 2011

Malaysia vs Singapura ; Tewas Aggregat 6 - 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Semalam berlangsungnya perlawanan timbal balik kedua antara Malaysia menentang Singapura untuk Penentuan Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014. Perlawanan kedua ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dalam perlawanan pertama yang diadakan di Stadium Jalan Besar Singapura. Malaysia ketinggalan dengan aggregat 5 - 3.

Perlawanan ini juga merupakan pertemuan antara 2 musuh tradisi, Harimau Malaya dan Singa dan juga merupakan pertemuan pertama kali selepas 17 tahun.

Photobucket


Keputusan :-

Perlawanan Pertama (first leg),

Malaysia (3) - Singapura (5)

Perlawanan Kedua (second leg),

Malaysia (1) - Singapura (1)


Sepintas Lalu :-

Dalam perlawanan Pertama, Gol Malaysia disumbangkan oleh Safee Sali seawal minit Pertama perlawanan dan yang ketiga pada minit ke-71. Gol kedua disumbangkan oleh Abdul Hadi Yahya pada minit ke-70. Dan dalam perlawanan kedua, Gol Malaysia disumbangkan oleh Safee Sali pada minit ke-58.

Photobucket

Malaysia menamatkan perjuangan di dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia selepas tewas dengan Singapura dengan aggregat 6 - 4. Semoga kekalahan ini adalah kunci kepada lebih banyak kemenangan di masa akan datang.

Akhir kata, Majulah Sukan untuk Negara
Salam.

Sabtu, 23 Julai 2011

Kembali berblogging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Bagi anda yang menjadi pengikut dan pembaca setia RBE ini, mungkin anda perasan akan beberapa artikel yang diterbitkan baru-baru ini hanya mempunyai tajuk dan tiada isi. Kesemuanya hanya bertulis (akan datang). Sebenarnya itulah masalah utama kepada semua blogger tegar yang melanda saya sepanjang minggu lepas. Saya tidak mempunyai motivasi untuk menulis blog, atau dengan lain perkataan, saya dilanda virus 2M, iaitu "Malas Melampau".

Photobucket

Masakan tidak, sepanjang minggu lepas saya telah dihujani dengan kesibukan kerja dan saya melihat masa saya yang lapang adalah amat perlu untuk saya berehat sepenuhnya. Dan itu yang telah saya lakukan. Kebanyakan masa untuk berblogging telah dihabiskan untuk tidur.

Tetapi itu adalah perkara biasa yang akan berlaku. Kawan saya yang juga merupakan penulis blog (sekarang sudah berhenti dari menulis) pernah menasihati saya bahawa, blog adalah tempat untuk kita menulis apa yang kita suka. Memang ia perlukan komitmen, tapi sebagai manusia, kita juga perlukan masa untuk berehat. Jadi, jika sudah tiada mood untuk menulis, berehat sekejap. Kemudian sambung semula selepas puas berehat. Jika anda paksa diri juga untuk menulis pada waktu ini, itu adalah saat kejatuhan blog anda buat selama-lamanya.

Dalam waktu ini, saya mempunyai 3 blog dan telah pun menulis secara konsisten selama hampir 3 tahun, adalah satu perkara yang menyedihkan jika saya berhenti terus daripada dunia penulisan ini. Rehat itu perlu, hobi tetap hobi, kerjaya tetap kerjaya, dan hubungan cinta tetap hubungan cinta. Setiap daripada ini perlukan komitmen, jadi bahagikan masa dengan sebaiknya.

Photobucket

Sekian sahaja buat kali ini.
Salam


P.S : Saya akan terus menulis ^^

Jumaat, 22 Julai 2011

Khamis, 14 Julai 2011

Selasa, 12 Julai 2011

Kucing comel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua.

Antara pengalaman hidup yang menarik setiap hari adalah, ketika saya pergi kerja. Kenapa? Setiap pagi penuh dengan kucing-kucing yang berkeliaran. Besar, kecil, gebu, comel dan sebagainya. Semuanya ada. Majoriti di perjiranan ini kebanyakannya Melayu Islam, jadi kucing-kucing ini berkeliaran terutamanya di waktu pagi. Dan, di antara semua, ini adalah yang paling jinak.

Photobucket
Berjalan-jalan bersendirian

Photobucket
Berposing ketika diambil gambar

Photobucket
Datang ke arah orang yang mengambil gambar, nak bermanja. hehe

Comel kan?

Sekian sahaja untuk kali ini
Salam.

Jumaat, 8 Julai 2011

Kuala Lumpur ; Bandaraya larangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera semua

Photobucket

Aman kan? ini adalah gambar yang diambil pada hari Selasa lepas di kawasan tidak jauh dari tempat di mana perhimpunan akan dijalankan pada hari esok. Tapi, memandangkan perhimpunan tersebut tidak mendapat permit polis, ianya diisytihar haram. Dan petang tadi, kawalan polis semakin ketat di beberapa kawasan awam termasuk juga jalanraya yang sesak teruk kerana sekatan jalanraya oleh pihak polis. Tapi apa-apa pun, memang jelas Kuala Lumpur telah menjadi bandaraya larangan di hujung minggu ini. Pastinya keadaan esok sudah tidak setenang seperti dalam gambar di atas.

Ada juga ura-ura menyatakan yang darurat mungkin diisytiharkan. Kebanyakan warga KL sudah mula pulang ke kampung, keluar daripada kotaraya. Tetapi apa-apa pun, kita lihat bagaimana cerita ini terurai.

Salam.

Khamis, 7 Julai 2011

Keputusan Undian Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Ketiga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Seperti dijadualkan, keputusan undian untuk Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 telah pun diumumkan pada 7 Julai 2011. 12 Pasukan yang layak ke Pusingan ketiga ini akan dimasukkan ke dalam 3 Kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan. Johan Kumpulan akan secara automatik melayakkan diri ke Kejohanan Olimpik.

Sementara 3 pasukan yang berada di tempat kedua kumpulan masing-masing akan bertemu dalam perlawanan penentuan yang akan diadakan pada 25 sehingga 29 Mac 2012. Johan kumpulan penentuan ini akan melayakkan diri ke Kejohanan Olimpik.


Keputusan Undian

Dalam keputusan, Malaysia berada dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Jepun, Bahrain dan Syria.

Photobucket

Jadual perlawanan pula adalah seperti berikut.

Photobucket

Mampukah pasukan Malaysia menempuhi pusingan ini dengan jayanya? Sama-sama kita saksikan. Akhir kata, majulah sukan untuk negara.
Salam.

Alya - Kisah Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Maaf kerana segmen muzik ini terlambat beberapa hari daripada jadual asal. Untuk segmen muzik kali ini adalah lagu yang sekarang ini menduduki tahta carta Era. Lagu Kisah Hati nyanyian Alya. Saya ada memerhatikan beberapa komentar tentang lagu ini. Dikatakan bahawa lagu ini asalnya adalah untuk Datuk Siti Nurhaliza, tetapi diberikan kepada Alya. Setelah mendengar beberapa kali, saya bersetuju dengan peminat Alya, iaitu, lagu ini amat berpadanan dengan suara Alya.

Baiklah, apa-apa pun, selamat terhibur.


Rabu, 6 Julai 2011

Aktiviti Minggu Lepas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Akhirnya, dapat juga berblogging dan mengemas kini apa yang patut di ruangan maya ini. Minggu ini memang saya agak sibuk. Tidak dapat meluangkan masa untuk mengemas kini blog. Kesibukan menyebabkan kepenatan. Dan kepenatan membawa kepada kemalasan. Memang perkara biasa yang berlaku. Artikel sebelum ini pun ditulis dengan secara tergesa-gesa. Mana boleh melepaskan cerita panas terutamanya tentang pasukan bola sepak Malaysia yang sekarang ini sedang meningkat naik.

Aktiviti minggu lepas

Hujung minggu lepas, saya mengambil cuti pada hari Jumaat. Asalnya merancang mahu ke Ipoh sekali lagi. Tetapi, rakan saya di Ipoh ada keperluan lain di saat akhir. Dan saya kemudian mengambil keputusan pulang ke Johor untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan.

Photobucket

Photobucket

Kami singgah bermalam di Batu Pahat untuk sehari. Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, kami sekeluarga singgah di sebuah restoran dan menikmati hidangan Mee Bandung Muar. Menyelerakan (^_^)

Photobucket

Dan pada hari Ahad, saya pun berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun, saya juga tidak sangka yang tiket bas untuk ke Kuala Lumpur sudah habis terjual. Tetapi, kira bernasib baik sebab dapat pulang pada hari Ahad. Tiket terakhir dan berada di tempat duduk depan sekali. Di samping itu, saya juga dapat melihat pemandangan yang cantik di petang hari iaitu ketika matahari terbenam.

Photobucket

Dan, hari-hari saya bermula seperti biasa. Pergi kerja, pulang kerja, berehat. Aktiviti yang sama berulang setiap hari. Hidup di Kuala Lumpur memang mencabar, dan menyeronokkan bagi mereka yang sukakan kehidupan yang bebas. Ketika di bandar besar, pandai-pandailah untuk menjaga diri sendiri.

Photobucket

Sekian sahaja nukilan saya buat masa ini.
Salam

Isnin, 4 Julai 2011

Malaysia vs Taiwan (2nd Leg) ; Tewas 2-3. Aggregat 4-4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Malam tadi berlangsungnya perlawanan kedua antara Malaysia melawan Taiwan untuk Penentuan Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014. Perlawanan berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei, Taiwan. Dalam perlawanan sebelumnya, Malaysia mempunyai kelebihan satu gol.

Photobucket

Keputusan :-

Perlawanan Pertama (first leg),

Malaysia (2) - Taiwan (1)

Perlawanan Kedua (second leg),

Malaysia (2) - Taiwan (3)

Dalam perlawanan kedua, gol pertama Malaysia dijaringkan seawal minit ke-7 oleh Aidil Zaquan. Gol kedua negara dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-42. Perlawanan pusingan kedua ini kemudian semakin cemas apabila 3 kad kuning dilayangkan oleh pengadil. Kubu negara juga diasak dengan 3 tendangan penalti. Perlawanan berkesudahan dengan Malaysia tewas 2-3 kepada Taiwan. Malaysia dan Taiwan seri dengan keputusan aggregat 4-4.

Malaysia melayakkan diri ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 dengan Kelebihan gol di tempat lawan. Pasukan Harimau Malaya akan berjumpa dengan Singapura pada 23 Julai dan 28 Julai 2011.

Photobucket

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia dengan berjaya melayakkan diri ke Pusingan Kedua. Semoga taktik diperkemaskan dan dipertingkatkan untuk perlawanan dengan Singapura.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails