Rabu, 6 Julai 2011

Aktiviti Minggu Lepas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Akhirnya, dapat juga berblogging dan mengemas kini apa yang patut di ruangan maya ini. Minggu ini memang saya agak sibuk. Tidak dapat meluangkan masa untuk mengemas kini blog. Kesibukan menyebabkan kepenatan. Dan kepenatan membawa kepada kemalasan. Memang perkara biasa yang berlaku. Artikel sebelum ini pun ditulis dengan secara tergesa-gesa. Mana boleh melepaskan cerita panas terutamanya tentang pasukan bola sepak Malaysia yang sekarang ini sedang meningkat naik.

Aktiviti minggu lepas

Hujung minggu lepas, saya mengambil cuti pada hari Jumaat. Asalnya merancang mahu ke Ipoh sekali lagi. Tetapi, rakan saya di Ipoh ada keperluan lain di saat akhir. Dan saya kemudian mengambil keputusan pulang ke Johor untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan.

Photobucket

Photobucket

Kami singgah bermalam di Batu Pahat untuk sehari. Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, kami sekeluarga singgah di sebuah restoran dan menikmati hidangan Mee Bandung Muar. Menyelerakan (^_^)

Photobucket

Dan pada hari Ahad, saya pun berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun, saya juga tidak sangka yang tiket bas untuk ke Kuala Lumpur sudah habis terjual. Tetapi, kira bernasib baik sebab dapat pulang pada hari Ahad. Tiket terakhir dan berada di tempat duduk depan sekali. Di samping itu, saya juga dapat melihat pemandangan yang cantik di petang hari iaitu ketika matahari terbenam.

Photobucket

Dan, hari-hari saya bermula seperti biasa. Pergi kerja, pulang kerja, berehat. Aktiviti yang sama berulang setiap hari. Hidup di Kuala Lumpur memang mencabar, dan menyeronokkan bagi mereka yang sukakan kehidupan yang bebas. Ketika di bandar besar, pandai-pandailah untuk menjaga diri sendiri.

Photobucket

Sekian sahaja nukilan saya buat masa ini.
Salam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails