Selamat Datang Semua
Bagi anda yang menjadi pengikut dan pembaca setia RBE ini, mungkin anda perasan akan beberapa artikel yang diterbitkan baru-baru ini hanya mempunyai tajuk dan tiada isi. Kesemuanya hanya bertulis (akan datang). Sebenarnya itulah masalah utama kepada semua blogger tegar yang melanda saya sepanjang minggu lepas. Saya tidak mempunyai motivasi untuk menulis blog, atau dengan lain perkataan, saya dilanda virus 2M, iaitu "Malas Melampau".
Masakan tidak, sepanjang minggu lepas saya telah dihujani dengan kesibukan kerja dan saya melihat masa saya yang lapang adalah amat perlu untuk saya berehat sepenuhnya. Dan itu yang telah saya lakukan. Kebanyakan masa untuk berblogging telah dihabiskan untuk tidur.
Tetapi itu adalah perkara biasa yang akan berlaku. Kawan saya yang juga merupakan penulis blog (sekarang sudah berhenti dari menulis) pernah menasihati saya bahawa, blog adalah tempat untuk kita menulis apa yang kita suka. Memang ia perlukan komitmen, tapi sebagai manusia, kita juga perlukan masa untuk berehat. Jadi, jika sudah tiada mood untuk menulis, berehat sekejap. Kemudian sambung semula selepas puas berehat. Jika anda paksa diri juga untuk menulis pada waktu ini, itu adalah saat kejatuhan blog anda buat selama-lamanya.
Dalam waktu ini, saya mempunyai 3 blog dan telah pun menulis secara konsisten selama hampir 3 tahun, adalah satu perkara yang menyedihkan jika saya berhenti terus daripada dunia penulisan ini. Rehat itu perlu, hobi tetap hobi, kerjaya tetap kerjaya, dan hubungan cinta tetap hubungan cinta. Setiap daripada ini perlukan komitmen, jadi bahagikan masa dengan sebaiknya.
Sekian sahaja buat kali ini.
Salam
P.S : Saya akan terus menulis ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan