Isnin, 31 Oktober 2011

Nilapura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Sebuah drama baru bermula di dalam slot "Aksi" di TV3 pada hari ini, yang akan disiarkan setiap hari Isnin dari pukul 9 sehingga 10 malam. Nilapura, sebuah drama fantasi sejarah melayu yang menyusuli Super Mak sebelum ini terbitan KL Motion Pictures dan diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zanudin.


SINOPSIS

Kisah dan Latar tempat cerita Nilapura bertempat di sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Kerajaan Melayu Tengah. Latar masanya pula bertempat di zaman pertempuran dua buah kerajaan di tanah tersebut iaitu Kerajaan Nilapura di utara dan Kerajaan Bimasakti di selatan.

Kerajaan Bimasakti adalah sebuah kerajaan yang kuat dan besar. Menurut rakyat Nilapura, kekuatan dan saiz kerajaan Bimasakti adalah 3 kali ganda lebih kuat daripada Nilapura.

Photobucket
Istana Bimasakti

Diperintah oleh Raja Zainal. Dan selepas kematian Putera Murtaza, pewaris tahta seterusnya adalah Putera Rangga.

Photobucket
Tuanku Zainal dari Bimasakti

Photobucket
Putera Rangga dari Bimasakti


Kerajaan Nilapura pula adalah sebuah kerajaan yang kecil, namun memiliki keberanian dan kesetiaan yang kuat.

Photobucket
Istana Nilapura

Mereka enggan menerima penjajahan daripada Negara Luar, malah, Raja Bimasakti juga tidak percayakan warga Nilapura yang seringkali akan membelot apabila tiba masanya. Selepas Raja Nilapura ditangkap, Permaisuri Anita memegang tampuk pemerintahan. Selain daripada peperangan, wabak penyakit demam hitam antara masalah dalaman kerajaan Nilapura.

Photobucket
Permaisuri Anita dari Nilapura


SENARAI EPISOD

Episod 1 (31 Oktober 2011) :
Peperangan di antara Kerajaan Bimasakti dan Nilapura semakin sengit. Kedua-dua negara terpaksa mengerahkan sepenuh tenaga ketenteraan masing-masing sehingga Kerabat Diraja kedua-dua negara turun ke medan perang. Di medan perang, Kerajaan Bimasakti kehilangan pewaris tahtanya iaitu Putera Murtaza. Sementara Nilapura pula kehilangan hampir kesemua hulubalang, Laksamana dan Pembesar-pembesar negara. Malah Sultan Nilapura sendiri menjadi tebusan Bimasakti. Nilapura akhirnya ditakluk oleh Bimasakti dan kesemua kerabat diraja Nilapura ditangkap ke Bimasakti. Sementara itu di Bimasakti, Tuanku Zainal dari Bimasakti risau akan anak lelaki kedua yang akan mewarisi tahtanya iaitu Putera Rangga.

Episod 2 (7 November 2011) :
Putera Rangga ditangkap apabila berkhalwat dengan isteri kepada Pembesar Sata. Namun, Tuanku Zainal dari Bimasakti melepaskan sahaja anaknya itu. Pada masa yang sama, Tuanku Zainal dari Bimasakti berunding dengan Raja Bumida dari Nilapura untuk mengahwini Putera Rangga dengan Puteri Ratna Mas dari Nilapura, tawaran yang dipersetujui oleh Raja Bumida untuk menyelamatkan nyawa keluarga dan Nilapura walaupun akan kehilangan kuasa dan tahta. Dalam perjalanan ke Bimasakti, Permaisuri Anita jatuh gering dan mangkat di pertengahan jalan.

Episod 3 (14 November 2011) :
Dindra, orang suruhan kepada Puteri Ratna Mas berjaya sampai ke Kota Bimasakti. Ketika itu juga, takdir menemukannya dengan seorang pemuda mabuk di tengah-tengah jalan di kota Bimasakti. Setelah cuba membantu, Dindra menyedari bahawa pemuda mabuk itu adalah Putera Rangga, sekarang ini bergelar Raja Muda. Dengan itu, Dindra telah berjaya menyelinap masuk ke istana dan berjumpa dengan Puteri Ratna Mas. Pertemuan itu menyedarkan Dindra akan keputusan Ratna untuk berkahwin dengan Putera Rangga. Puteri Ratna Mas bertekad memilih tanggungjawab untuk menyelamatkan rakyat Nilapura daripada perasaan cintanya kepada Dindra.

Episod 4 (28 November 2011) :
Perkahwinan antara Raja Muda Rangga dan Puteri Ratna Mas berlangsung. Sejurus selepas perkahwinan, Raja Muda Rangga diisytihar sebagai Raja Nilapura sementara Puteri Ratna Mas pula diisytihar Permaisuri Nilapura. Rangga enggan berangkat ke Nilapura, menyebabkan Permaisuri Ratna Mas terpaksa mengambil tempat sebagai Pemerintah Nilapura. Satu tindakan yang tidak dipersetujui oleh ramai pembesar Nilapura, menyatakan Raja Bumida adalah seorang pemerintah yang zalim, apatah lagi warisnya. Berbalik di Bimasakti, Rangga patah hati apabila mengetahui kekasih gelapnya, Ulia mengaku tidak mencintainya dan menduakannya. Ia sekaligus menyebabkan Rangga bersama orang suruhannya, Waris berangkat untuk tinggal di Nilapura.

Ahad, 30 Oktober 2011

Pilih Kasih 3 - Aeon Bukit Tinggi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Rancangan realiti Pilih Kasih kembali lagi untuk musim yang ketiga, satu-satunya rancangan realiti di Malaysia yang berorientasikan untuk mencari bakat pelakon. Pada 29 dan 30 Oktober ini, ujibakat bertempat di Aeon Bukit Tinggi, Klang. Turut serta? Oh, tidak.. saya cuma datang ke Aeon untuk menemani rakan, Iez yang menyertai ujibakat kali ini.

Photobucket

Ramai yang turut serta dalam ujibakat untuk semalam sahaja. Dan, lama juga masa yang diambil untuk menunggu giliran. Kami tiba dalam 12.30 tengah hari, dan ujibakat Iez bermula pada pukul 6.10 petang. Bayangkan betapa ramainya peserta yang hadirkan diri untuk diujibakat. Dan, segala penat lelah menunggu berbalas apabila Iez terpilih untuk ke pusingan seterusnya. Jadi, kami menunggu lagi sehingga 10.00 malam untuk Iez ditemuduga sendiri oleh Rosyam Nor, (segmen baru untuk Pilih Kasih 3) sebelum pulang.

Selama hampir 10 jam berada di Aeon Bukit Tinggi, terdapat macam-macam ragam peserta yang boleh dilihat. Ada yang hebat, ada yang berbakat, mencuba nasib, dan ada juga yang datang hanya sekadar untuk berseronok-seronok di atas pentas. Saya rasa, kalau datang sekadar untuk berseronok dan tidak serius, lebih baik tidak perlu turut serta. (membazir masa sahaja). Barulah faham bagaimana kepenatan yang dialami oleh barisan panel iaitu En. Hamzah dan Nanu Baharudin yang terpaksa menelan semua 1001 macam kerenah peserta-peserta ujibakat.

Baiklah, kepada mereka yang berminat untuk menyertai Pilih Kasih 3, di bawah ini adalah jadual dan lokasi ujibakat selepas ini.

12 & 13 November 2011 - Central Square, Sungai Petani, Kedah
19 & 20 November 2011 - TBC
26 & 27 November 2011 - Centre Point, Sabah
3 & 4 Disember 2011 - The Spring, Sarawak
10 & 11 Disember 2011 - KL Sentral, Kuala Lumpur


P.S :: Dekat 10 jam di lokasi ujibakat, aku boleh tak teringat langsung nak ambik gambar!

Sekian buat masa ini,
Salam

Rabu, 26 Oktober 2011

Kisah Tentang Komuter 03

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Mercun berdentum-dentum malam tadi meningatkan saya akan sambutan cuti sempena Deepavali hari ini. Saya hampir terlupa tentang ini, terutama ketika saya terlihat ramai orang berkumpul di rumah jiran berketurunan India. Dalam hati saya berdetik, "Kenapa ramai orang kat rumah uncle ni?". Tepat pukul 12.00 malam, saya dapat jawapan yang saya cari.. sambutan hari deepavali.

Photobucket

Mungkin pengalaman saya di komuter petang itu menyebabkan saya terlupa akan peristiwa-peristiwa penting yang akan berlaku. Nak tahu kenapa? Cuba lihat gambar di bawah.

Photobucket

Ini adalah keadaan biasa di Stesen Kuala Lumpur Sentral pada setiap petang ke arah Pelabuhan Klang. Tetapi keadaan kali ini agak tidak terkawal. Kerana, walaupun selepas tren komuter datang mengambil penumpang, jumlahnya ibarat tidak berubah. Tapi apa yang boleh diharapkan? Walau macam mana penumpang mengeluh sekalipun, walau dilaporkan kepada Perdana Menteri sekalipun, KTM Berhad tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa. Apa yang pasti, keadaan sekarang akan berterusan sehingga tahun 2012 apabila tren 6-gerabak Komuter yang baru beroperasi.

Photobucket

Sabar itu sebahagian daripada iman. Tapi kalau setiap kali keadaannya begini, bagaimana mahu bersabar? Setakat pemerhatian saya, masa paling sesuai untuk kekerapan ketibaan komuter adalah setiap 15-minit. Lebih daripada itu, begitulah gambarannya. Ramai mengetahui yang tren-tren komuter yang ada sekarang ini pun sudah banyak yang tidak dapat beroperasi. Jadi, tiada pilihan lain.. tunggu sahajalah sampai 2012..

Sekian buat masa ini
Salam.

Selasa, 25 Oktober 2011

Hari yang tidak bertuah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Semalam adalah hari yang agak tidak beberapa bertuah bagi saya. Saya tidak katakan hari yang malang, sebab saya pernah rasai lebih teruk daripada itu. Cuma situasi tidak baik yang saya rasai itu berturut-turut, dan keadaannya semakin lama semakin teruk menyebabkan saya rasa tidak sedap hati.

Photobucket

Bermula dengan top-up handphone tamat tempoh, kemudian handphone bateri habis, Pengecas meletup ketika caj handphone. Bila datang ke pejabat penuh dengan kerja. Kawan-kawan sekerja yang lain semuanya ada masalah dengan urusan masing-masing. Kemudian, bila pulang tersalah beli pengecas handphone. Urutan peristiwa itu berlaku satu demi satu selama dalam tempoh 12 jam amat memelikkan saya. Adakah ianya satu petanda? atau satu bala? Apa yang saya syukurkan, semuanya adalah peristiwa yang kecil (cuma berulang banyak kali) dan bukannya peristiwa besar.

Apa yang penting, keadaan sudah mulai tenang dan tiada apa yang pelik berlaku hari ini.

Sekian sahaja buat masa ini,
Salam

Selasa, 18 Oktober 2011

Novel Review 01 : The Red Queen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Bermula dari bulan ini, segmen baru di Radin’s Blog Entertainment akan menjengah memberikan informasi kepada para pengunjung. Segmen baru ini adalah segmen Novel Review. Segmen perkongsian di mana novel yang telah saya baca sebelum ini akan saya huraikan secara ringkas di laman web ini. Untuk segmen pertama ini, novel yang akan diketengahkan adalah novel karangan Philippa Gregory yang bertajuk "The Red Queen".


Permaisuri Ros Merah, Margaret Beauforts

Photobucket

Buku ini secara ringkas menerangkan akan kisah hidup seorang Puteri berketurunan raja bernama Margaret Beaufort. Beliau bukanlah seorang Puteri Raja dan bukanlah seorang Ratu yang memerintah sebuah negara dan bukan juga seorang Permaisuri kepada seorang Raja Pemerintah. Tetapi baginda merupakan ibu kepada bakal raja, yang akan menyatukan dua buah Keluarga Diraja, Dinasti Lancaster dan Dinasti York menjadi sebuah Dinasti baru bernama Dinasti Tudor.

Baginda merupakan ibu kepada Raja England, Henry VII dan juga nenda kepada Raja England, Henry VIII. Baginda dilahirkan dalam keluarga Beaufort, iaitu keluarga cabang kepada Dinasti Lancaster yang memerintah England pada ketika itu. Pemerintahan Dinasti Lancaster pula dicabar oleh musuh tradisinya iaitu Dinasti York.

Hidup Margaret Beaufort secara ringkas :-
  1. Pewaris tunggal Keluarga Beaufort. Disebabkan dilahirkan sebagai wanita, beliau dianggap tidak bernilai. Beliau dikahwinkan dengan pewaris Dinasti Lancaster iaitu Edmund Tudor seawal umur 12 tahun. Tugas pertama beliau bermula untuk melahirkan pewaris tahta England bermula.
  2. Setahun selepas perkahwinan, beliau melahirkan anaknya yang pertama dengan susah payah dan hampir kehilangan nyawanya. Anak sulungnya dinamakan Henry Tudor.
  3. Namun, di awal usia itu juga, beliau kehilangan suaminya iaitu Edmund Tudor yang mati dalam peperangan. Keluarga Beaufort kemudian mengahwinkan Margaret dengan keluarga bangsawan berada iaitu Keluarga Stafford untuk tugas yang sama, melahirkan zuriat.
  4. Berbeza dengan Edmund Tudor yang menganggapnya sebagai ‘kilang memproses anak’, suami barunya iaitu Lord Stafford melayannya umpama anaknya sendiri dengan perhatian dan kasih sayang. Margaret Beaufort banyak mempelajari ilmu di rumah Stafford. Tetapi, beliau sangat hampa dengan suaminya, yang tidak mahu berperang.
  5. Margaret Beaufort, sekarang ini bergelar Margaret Stafford bertekad mahukan anaknya Henry Tudor, menjadi Raja England. Beliau tidak mahu susah payah melahirkan anak tunggalnya itu sehingga hampir maut menjadi sia-sia. Beliau lebih bertekad apabila memahami hakikat yang dia sudah mandul akibat melahirkan anak di usia yang amat muda.
  6. Selepas kematian Lord Stafford, Margaret berkahwin dengan Lord Stanley, dan pada kali ini dengan pilihannya sendiri. Lord Stanley adalah seorang yang amat licik dan sentiasa hanya setia kepada pihak yang akan menang dalam peperangan. Seseorang seperti Stanley yang licik dan tidak setia kepada satu-satu pihak adalah calon yang sesuai untuk perancangannya membantu anaknya kembali ke tahta England.
  7. Henry Tudor dan bapa saudaranya, Jasper Tudor sekarang hidup dalam buangan di Dukedom Brittany. Cuba untuk mengumpulkan kekuatan untuk merampas kembali tahta yang kini dipegang oleh Dinasti York.
  8. Untuk melengkapkan perancangan menjamin kedudukan anaknya dan keturunannya sebagai Raja England, Margaret Beaufort yang sekarang ini bergelar Margaret Stanley mengaturkan perkahwinan antara anaknya, Henry Tudor dan Puteri Elizabeth dari York, iaitu anak kepada Elizabeth Woodville, yang dahulunya adalah Permaisuri Dinasti York, musuh tradisinya. Penyatuan 2 keluarga diraja itu adalah satu-satunya cara untuk memastikan hanya satu keluarga diraja sahaja mempunyai hak atas tahta England.
  9. Pertarungan terakhir antara Henry Tudor dan Raja England, Richard bermula.
Mampukah kebahagian yang berpanjangan menjadi milik Margaret Beufort? Dikahwinkan dalam usia muda, hampir kehilangan nyawa kerana melahirkan anak, dipisahkan dari anaknya hanya untuk dikahwinkan ke keluarga lain, melihat kehancuran Dinasti Lancaster kepada Dinasti York, menjadi dayang kepada seorang permaisuri yang berasal dari rakyat biasa, dan bermacam-macam lagi keseksaan di dalam kehidupan wanita ini mewarnai jalan cerita novel ini.

Sekian buat masa ini,
Salam

Ahad, 16 Oktober 2011

Ke Batu Pahat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua.

Semalam, saya dan keluarga pulang ke kampung atas jemputan seorang mak saudara saya untuk kenduri aqiqah dan majlis hari jadi seorang anak-sepupu saya. Pada asalnya saya tidak pasti sama ada untuk pulang atau tidak. Terima Kasih atas kecelaruan emosi dan krisis peribadi yang berlaku, saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Dan ia cukup sebagai penenang hati saya yang pada masa yang sama, agak tertekan dengan tekanan kerja.

Photobucket

Kami sampai tepat dalam 11.30 pagi. Apa yang pasti, sebelum zuhur. Suasana di kampung memang berlainan sekali dengan suasana di bandar besar. Jika tidak kerana akan tuntutan kerjaya, pasti saya tidak akan tinggal di bandar besar tetapi akan memilih untuk tinggal di kampung. Setiap kali saya pergi ke rumah mak saudara saya ini, pasti akan ada perubahan yang berlaku di sini, terutamanya di rumah jiran mak saudara saya ini.

Photobucket

Photobucket

Dan perubahan paling menarik adalah kehadiran tiga ekor arnab comel ini.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selepas zuhur, majlis doa selamat bermula. Kami semua sebagai tuan rumah mula sibuk melayan tetamu yang hadir. Sementara kanak-kanak pula sibuk bermain dalam dunia mereka. Setiap kali bersua, saya tidak akan melepaskan peluang meluangkan masa bermain bersama mereka. Apa lagi yang lebih menyeronokkan (juga agak mencabar kesabaran) melayan kerenah kanak-kanak.

Photobucket

Photobucket

Sambutan harijadi anak-sepupu saya ini antara yang paling istimewa yang saya lihat, kerana, dia adalah seorang daripada 3 orang anak-anak sepupu saya yang lelaki. Usia mencecah setahun, tetapi bakal bergelar abang tidak lama lagi.

Photobucket

Photobucket

Kepada Ali, abang akim tak sabar nak tengok adik ali.. hehe..

Sekian untuk kali ini,
Salam

Selasa, 4 Oktober 2011

Najwa Latif - Cinta Muka Buku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Segmen muzik kembali semula untuk bulan ini. Segmen di mana lagu-lagu popular diperdengarkan kepada anda semua. Lagu untuk bulan ini sudah menjadi fenomena buat seberapa ketika, namun, ia tetap segar di halwa telinga pendengar dan radio masih lagi setia mendendangkan lagu ini. Di Youtube juga, klip video rasminya juga sudah mencecah lebih 2,000,000 pelawat! Fenomena luar biasa terutamanya bagi lagu-lagu Malaysia.

Tapi bagi saya, tiada apa yang peliknya. Kerana lagu ini amat kena dengan keadaan pemuda dan pemudi zaman sekarang menjumpai cinta masing-masing.. di laman mukabuku, facebook. Semoga terhibur. ^^


Sabtu, 1 Oktober 2011

Bosannya facebook..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Buat kali pertama semenjak saya mendaftar di laman sesawang facebook, saya rasa malas untuk update status. Kenapa? Sebab laman facebook saya telah pun dipenuhi dengan 'tikus-tikus'. Ataupun dengan maksud lainnya adalah pengintip. Bayangkanlah, dalam keadaan facebook dia saya tak add pun, semua status dan perbuatan saya dia tahu, apa lagi kemungkinannya?

Photobucket

Saya cukup pantang dengan rakan-rakan yang tikam belakang. Tetapi, dengan lebih 500 kenalan, dan kebanyakannya cukup rapat dengan saya, adalah amat tidak adil untuk menghukum semuanya jahat. Jadi, saya cuma mengambil jalan mudah untuk membiarkan sahaja perkara ini berlalu. Tapi, ia menyebabkan saya rasa malas untuk online. Sebab saya tahu, apa sahaja status dan apa sahaja komen yang saya letak di facebook, pasti 'spy' ini memberitahu maklumat kepada tuannya.

Jadi, daripada bising-bising, baik diam sahaja. Buat bazir tenaga sahaja...

P.S :: Kalau aku dapat spy ni, siaplah..

Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails