Rabu, 26 Oktober 2011

Kisah Tentang Komuter 03

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Mercun berdentum-dentum malam tadi meningatkan saya akan sambutan cuti sempena Deepavali hari ini. Saya hampir terlupa tentang ini, terutama ketika saya terlihat ramai orang berkumpul di rumah jiran berketurunan India. Dalam hati saya berdetik, "Kenapa ramai orang kat rumah uncle ni?". Tepat pukul 12.00 malam, saya dapat jawapan yang saya cari.. sambutan hari deepavali.

Photobucket

Mungkin pengalaman saya di komuter petang itu menyebabkan saya terlupa akan peristiwa-peristiwa penting yang akan berlaku. Nak tahu kenapa? Cuba lihat gambar di bawah.

Photobucket

Ini adalah keadaan biasa di Stesen Kuala Lumpur Sentral pada setiap petang ke arah Pelabuhan Klang. Tetapi keadaan kali ini agak tidak terkawal. Kerana, walaupun selepas tren komuter datang mengambil penumpang, jumlahnya ibarat tidak berubah. Tapi apa yang boleh diharapkan? Walau macam mana penumpang mengeluh sekalipun, walau dilaporkan kepada Perdana Menteri sekalipun, KTM Berhad tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa. Apa yang pasti, keadaan sekarang akan berterusan sehingga tahun 2012 apabila tren 6-gerabak Komuter yang baru beroperasi.

Photobucket

Sabar itu sebahagian daripada iman. Tapi kalau setiap kali keadaannya begini, bagaimana mahu bersabar? Setakat pemerhatian saya, masa paling sesuai untuk kekerapan ketibaan komuter adalah setiap 15-minit. Lebih daripada itu, begitulah gambarannya. Ramai mengetahui yang tren-tren komuter yang ada sekarang ini pun sudah banyak yang tidak dapat beroperasi. Jadi, tiada pilihan lain.. tunggu sahajalah sampai 2012..

Sekian buat masa ini
Salam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails