Selamat datang semua
berfikir sejenak
Sekejap sahaja rasanya masa berlalu dan sekarang hari pertama bulan November telah tiba menjelma. Bila difikirkan semula, banyak juga perancangan saya pada tahun ini yang masih lagi belum tercapai. Setelah lama berfikir, saya memutuskan yang saya perlu juga untuk merancang untuk tahun yang akan datang iaitu 2012.
- Kerjaya - Tahun 2011 merupakan tahun di mana kerjaya saya bermula. Tetapi, untuk menambahbaikkan taraf kehidupan di masa yang mendatang, perlulah apalah kiranya untuk mencari tempat kerja yang baru. Tapi, mahu memohon di mana?
- Hobi - Saya sudah beberapa kali membuat azam untuk kembali ke bidang penulisan dan menghabiskan novel pertama saya. Tetapi sehingga sekarang tidak berhasil. Kenapa susah betul mahu istiqamah melakukan sesuatu perkara?
- Harta Peribadi - Sejak dua menjak ini, saya semakin cenderung untuk mendapatkan maklumat akan kereta murah, rumah murah dan lain-lain. Rasanya tahun 2012 adalah permulaan paling baik untuk mula berdikari. Cuma, mampu ke?
Apa yang pasti, perancangan tidak perlu terlalu rijik. Cuma, pastikan semua perancangan itu dilaksanakan apabila tiba masanya. Tahun 2011 hanya tinggal 2 bulan sahaja, dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk menjadikan 2 bulan ini sebagai batu loncatan untuk menggapai matlamat saya pada tahun 2012.
Semoga semuanya dipermudahkan dan menjadi kenyataan.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan