Isnin, 24 Disember 2012

Di akhir Disember

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Lama juga aku tidak berkesempatan untuk mengupdate blog kesayangan aku ni. Bukan apa, kedudukan aku di pedalaman Sarawak ini memang tidak mengizinkan aku untuk kerap mengemaskini blog dengan artikel-artikel baru. Internet memang lambat, sebab tiada perkhidmatan 3G. (Mana nak dapat 3G kat tengah-tengah hutan belantara ni.. huhu..). Namun, jika ada kesempatan seperti ini, memang aku akan secepat mungkin menulis di laman sesawang ini. Perkembangan kawan-kawan pun aku tidak tahu. Atau dalam bahasa Ibannya..

Enda nemu aku. Lama aku enda main pisbuk.
Tidak tahu aku. Lama aku tidak main facebook.

Sekarang ini adalah 24hb Disember, aku sedang berada di pejabat namun rasa seperti macam hari cuti umum. Kenapa? Sebab di pedalaman Sarawak ini majoriti penduduk adalah beragama Kristian. Jadi, bayangkanlah jika ada waktu-waktu Krismas seperti ini, memang masing-masing mahu mengambil cuti, sekurang-kurangnya 2 minggu, iaitu sehingga sambutan Tahun Baru. Jadi bermula daripada 22hb yang lepas, memang sunyi dah kawasan Bakun ni dengan kebanyakan pekerja sudah pulang ke rumah masing-masing. Ada juga antara rakan aku yang bertanya, kenapa tidak sambut Krismas? Kan Nabi Isa ada juga dalam Agama Islam. Jawapannya senang saja..

Nabi Isa adalah seorang utusan sama dengan Nabi Muhammad.. Kami tidak sembah Nabi Isa.

Apa-apa pun, kehidupan sekarang sudah mula hendak menjadi semakin mudah, tetapi dengan bebanan kerja yang semakin bertambah. Tetapi apa-apa pun, memang menjadi kewajipan lah sebagai Jurutera untuk menyelesaikan masalah. 




Khamis, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Pertama sekali diucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434, permulaan untuk tahun baru di dalam tahun Islam. Sedar tak sedar, dah setahun masa berlalu semenjak kali terakhir aku menyambut tahun baru Islam 1433. Masa bila kita lalui rasa amat perlahan, tetapi bila ia sudah meninggalkan kita.. kita akan terasa amat laju aliran masa tersebut. Termasuk juga masa yang telah kita bazirkan. Tahun baru ini aku berada di Negeri Sarawak, juga dikenali dengan jolokan nama 'Bumi Kenyalang'. Aku sekarang ini mencari rezeki di negeri terbesar di Malaysia.

Dan kehidupan aku sekarang ini memang sedang semakin hari semakin sibuk. Kadang-kadang aku rasakan yang aku sepatutnya 'demand' semasa pertama kali aku menerima tawaran kerja di sini. Tapi, aku rasa baik aku biarkan dahulu buat sementara waktu. Dulu aku memang tak pernah ambil kisah akan benda-benda yang ada di sekeliling aku, tapi nampaknya sekarang dah terbalik. Kenapa? Aku sudah mula rambang mata dengan gadget-gadget terkini dan terbaru.

Sekarang ni aku dah mula rambang mata pada dua biji gadget di hadapan baru ini. Apatah lagi jika benda yang baru ini ada yang boleh kita dapati dengan harga murah. Aku minat dengan Samsung Galaxy Tab 7.7 dan juga Samsung Galaxy Beam. Tapi, kewangan aku yang terhad hanya membenarkan aku mengambil salah satu dengan bajet aku sebanyak tidak lebih RM1,500. Aku memang dah lama suka Galaxy Tab 7.7 ni.



Tapi Samsung Galaxy Beam ini tidak kurang hebatnya...


Huhu... dah rambang mata dah dengan gajet-gajet terkini ni.


Sabtu, 27 Oktober 2012

Hasnol - Gadis Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Dah lama aku tak mengemaskini blog, jadi kebanyakan segmen-segmen aku di blog ni menjadi sedikit kucar kacir. Segmen muzik kembali lagi untuk bulan ini. Untuk kali ini, aku terjumpa satu lagu yang menarik masa mendengar Catz.FM di suatu petang. Lagunya bernama "Gadis Sarawak". Lagunya memang best. Jadi aku cubalah cari untuk download. Sayangnya, tiada format MP3 untuk lagu tu di internet...

Kawan aku sampai kata pada aku macam ni..
"Kacak kha lagu ya sampai gila kedak tok?"

Aku pun balas la..
"Mun sik kacak, Sik la kamek gila kedak tok..."

Ok, ini adalah lagu yang aku jumpa di Youtube. Selamat mendengar. (^_^)

Jumaat, 26 Oktober 2012

Raya di Bintulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Akhirnya, dapat juak kamek mengupdate blog kamek tok. Kinektok, kamek ada si Bintulu. Saja-saja kamek cuba kelakar Sarawak.  Hehe..

Bagi ayah kawan aku, dia selalu mengatakan yang sepanjang aku berada di Bintulu ni, gunakan sepenuhnya peluang untuk belajar Bahasa Bintulu di samping mempelajari Bahasa Kuching. Bahasa Kuching merujuk kepada Bahasa Melayu Sarawak sementara Bahasa Bintulu yang dikatakannya adalah Bahasa Melanau Va'ei. Tapi satu cabaran belajar bahasa Melanau Va'ei ni adalah ianya tidak dapat dieja. (Boleh disebut, tapi tak dapat dieja..). 


Ok, kita masuk ke subjek lain. Pada hari ini, buat pertama kalinya aku beraya di Bintulu. Ramai orang kata yang raya di Bintulu tiada apa-apa. Tapi setakat yang aku nampak laa, kat kampung ni keadaan dia tetap meriah. Cuma takder la semeriah Raya Aidilfitri. Dan seperti di tempat lain, ramai orang kampung bertungkus lumus menyiapkan persiapan raya. Dan apa yang penting, buat pertama kalinya juga aku makan Buah Ahbang dan juga Rendang Sarawak. Hehe..

Pada masa yang sama juga semalam, aku masuk ke laman web air asia untuk menempah tiket kapal terbang untuk balik ke Tanah Melayu. Namun sayangnya, apabila aku telefon sahaja Projek Director aku, dia menyatakan yang kesemua cuti dibekukan (sebab ramai sangat orang nak balik..). Kalau nak, terpaksalah aku mengadap sendiri muka bos dan minta sendiri cuti berdepan. Hmm.. no sweat lah. Hadapi sahaja semua dugaan yang mendatang dengan hati terbuka. Seperti pepatah Inggeris berbunyi..

What doesn't kill you will make you stronger.

Sekian buat masa ini,
Salam.

Khamis, 25 Oktober 2012

Di Malam Raya Aidil Adha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa khabar semua?


Pertama sekali diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha di penghujung tahun 2012 ini. Selalunya di Hari Raya Aidil Adha, aku akan berada di samping keluarga. Namun, di tahun ini ada sedikit perbezaan iaitu tahun pertama aku berada di perantauan. Mama aku tadi telefon, bertanya khabar begitu juga dengan nenek kesayangan aku. Jadi sebelum apa-apa, aku bertanya akan siapa yang pulang ke desa. Agak sedih juga, tapi apakan daya... memandangakan cuti aku tidak (belum lagi) diluluskan, maka perlulah aku beraya di Bumi Kenyalang.

Dan aku boleh juga dikatakan bertuah kerana ini juga kali pertama aku beraya di luar kebiasaan adat Melayu. (Aku akan beraya di perkampungan Melanau. Huhu..). Pengalaman berharga yang pastinya akan aku ingat sampai bila-bila.

Sebelum aku mengundurkan diri, sedikit nasihat daripada diriku yang serba kekurangan ini. Pastikan di sebalik keseronokan kita beraya, jangan lah kita lupakan penghayatan di sebalik sambutan hari raya qurban ini. Beraya seadanya dengan penuh rasa kesyukuran dan juga rasa kesederhanaan.

Sekian untuk kali ini
Salam

Ahad, 7 Oktober 2012

Bahasa Melanau va'ie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Salam kepada semua di hari Ahad yang berbahagia ini. Aku sekali lagi kembali dengan kelas belajar bahasa etnik Sarawak. Untuk kali ini, aku kembali untuk bahasa yang paling sukar untuk aku kuasai setakat ini di bumi kenyalang ini. Minggu lepas, aku menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Kampung Jepak. Perkampungan Melanau ini berada di atas air. Nampak biasa-biasa saja, tapi sebenarnya perkampungan ini pernah melahirkan salah seorang yang menjadi TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Ok, itu sedikit sebanyak sejarah salah sebuah kampung di Bintulu ni. Kita berbalik dengan kelas belajar bahasa melanau. Senang tu senang... tapi nak sebut dia memang payah sebab banyak sangat perkataan sebutannya perlu menekan huruf sebutan "Q".

Aku = Aqou
Kau = Eqau

Beberapa patah perkataan yang aku dapat belajar dalam masa yang sekejap bahasa melanau va'ie ni adalah..

Eqau pengaq penyaq nah?
Kamu sudah makan ke?

Takla susah sangat sebenarnya, cuma nak sebut tu jer yang susah. Hehe..

Insya Allah di kelapangan akan datang, kamus bahasa melanau akan menyusul di blog ini. Tapi memang susah lah sebab Melanau va'ie ni pun masih belum ada kamus. (sebab banyak sangat sebutan q..)

Isnin, 1 Oktober 2012

Menjelangnya Oktober

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Diam tak diam kita sudah pun memasuki bulan Oktober. Tak sangka aku kata begini, tapi masa memang berlalu dengan amat pantas. Sebab 2,3 bulan ini memang aku sudah tidak menang tangan dengan urusan kerja dan juga konflik peribadi yang tidak berkesudahan. Tapi apa yang penting, perasaan kita ini perlu dilawan. Jangan jadikan konflik dalaman kita itu melemahkan kita, sebaliknya cuba cari jalan untuk menyelesaikannya.

Sekarang ini memang bila urusan berkaitan dengan pekerjaan, aku memang sudah cuba untuk menyelesaikan apa yang aku mampu. Dan yang selebihnya, serahkan kepada takdir untuk menentukannya. Selalu juga aku terfikir.. "Kalau aku tahu, takla aku buat macam tu..". Memanglah.. banyak benda dekat tempat pembinaan ni yang aku tak tahu. Anchor bolt, expansion bolt, dengan Wall Plug pun aku tak tahu nak beza/ Huhu.. (padahal benda yang sama jer..)

Ok, banyak lagi yang aku nak kongsikan di sini. Kekal bersama di ruangan RBE untuk bulan Oktober jika ada peluang yang mengizinkan.

Sekian sahaja untuk ruangan kali ini.
Salam.

Ahad, 9 September 2012

Apa dah jadi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua.

Pertama sekali Selamat Hari Kemerdekaan diucapkan kepada semua. Memang tak sempat langsung nak melayari laman sesawang sepanjang minggu yang lepas. Kesibukan kerja menghalang ku untuk mengemaskini blog sehingga ianya bersawang buat sekian lama. (Ok, itu mungkin alasan.. faktor utama adalah malas..hehe). Maklumlah, di Bakun ini tidak semua tempat disediakan kemudahan internet. Takkanlah setiap hari nak memanjat bukit semata-mata hendak melayari laman sesawang untuk 1 jam? Penat kot...


Ok, pada hari ini aku nak ceritakan apa yang dah berlaku 2,3 minggu ni. Ini ada kaitan dengan apa yang berlaku di tempat kerja aku. Aku dah berada di Bakun ni hampir selama 3 bulan sejak bulan Jun yang lepas. Mungkin 3 bulan bagi kebanyakan orang adalah satu tempoh yang panjang. Tetapi untuk tempoh itu sahaja, 2 orang Jurutera Projek sudah berganti. Seorang ditukarkan ke Tanah Melayu, seorang lagi menghilangkan diri. Aku pun tak tahu apa yang dah berlaku, tetapi perkara ini memang biasa berlaku di kawasan-kawasan Projek macam ni. Ditukarkan tu aku tak kisah sangat, tapi yang menghilangkan diri ni memang aku kisah. Sebab menyebabkan kerja aku jadi kucar-kacir. Memang down sekejap moral aku nak teruskan kerja ni, tetapi aku cuba jugalah untuk kuatkan semangat.

Memang di Bakun ni banyak cabarannya. Perumpamaannya begini..

"Mereka yang berada di Sabah & Sarawak, mungkin boleh bertahan jika tinggal di Tanah Melayu. Tetapi mereka yang berada di Tanah Melayu, belum tentu boleh bertahan tinggal di Sabah & Sarawak"

Sebab ada seorang kawan aku di syarikat Client menyatakan yang, ketika mereka sampai di Bakun dahulu, dia bersama-sama dengan 10 orang rakan. Tetapi sekarang, cuma 4 sahaja yang bertahan. Jadi, aku tak rasa pelik (walaupun terkejut beruk) bila benda tu berlaku depan mata aku.

Sekian sahaja luahan hatiku buat masa ini
Salam.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Hari raya pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Pertama sekali memang aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan syarikat tempat aku bekerja sebab memberikan cuti selama 7 hari sempena hari raya ini, termasuk juga tambang pergi balik dari Sarawak ke Johor. Bukan satu benda yang mudah sebab masa awal-awal masing-masing mengambil sikap berdiam diri bila ditanya tentang cuti raya. Tetapi bila tiba masanya, semuanya berjalan lancar dan berakhir dengan kegembiraan.


Sekarang ni di setiap kali Hari Raya pertama, aku dan keluarga meraikan di kampung sebelah ibu. Sebab datuk dan nya'i di sebelah ayah sudah lama meninggal dunia. Jadi giliran balik ke kampung memang mudah, hari pertama di sebelah ibu, hari kedua di sebelah ayah. Tambah pula dekat jer, kekadang aku memang beruntung sebab sejak aku kecil sampai sekarang, keluarga memang tiada masalah tentang giliran pulang ke kampung.

Jadi mungkin sekarang aku dah kena fikir-fikirkan masalah pulang ke kampung terutamanya apabila aku sudah bekeluarga kelak. (Wah.. awal tu fikir. Calon pun takder lagi. hehehe...). Yerla, penting tu. Boleh jadi bergaduh jika kita tidak berlaku adil akan giliran pulang ke kampung ni. Tapi apa pun, benda itu lama lagi. Hehe..

Kepada semua umat Islam di luar sana terutamanya di Malaysia,

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Khamis, 23 Ogos 2012

Kisah tentang dodol

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua.

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Bagaimana rasanya anda semua menyambut Hari Raya untuk tahun ini? Bagi mereka yang dapat kembali ke pangkuan keluarga, gunakan masa anda sebaiknya bersama ibu dan bapa. Memang sesuatu yang bermakna jika kita dapat meluangkan masa di samping keluarga tersayang di hari pertama hari raya. Sementara bagi mereka yang tidak dapat kembali ke pangkuan keluarga di hari raya ini, bukan bermaksud anda tidak dapat kembali lagi di masa akan datang. Jika diizinkan Allah, pasti akan kembali juga ke pangkuan keluarga.

Ok, bagaimana pula dengan pengalaman pertama menyambut hari raya. Bagi aku lah kan, tiada yang lebih bermakna daripada pengalaman pertama bergotong-royong mengacau dodol. (Tak pernah aku kacau dodol sebelum ni.. huhu). Rupa-rupanya ni tahun kedua orang perjiranan aku ni gotong-royong menyiapkan dodol. Lebih kurang 8 jam masa dihabiskan untuk menyiapkan dodol tu. Masa sampai giliran aku mengacau dodol, dodol tu dah keras, liat dan likat.. jadi memang mengucap gak lah nak mengacaunya.


Tapi semua itu berbaloi apabila aku merasa dodol hasil penat lelah sendiri mengacau dodol. (okay, bukan aku sorang... ni kerja gotong-royong.. hehe). Orang kata terkurang santan.. ada yang kata terlebih manis.. tapi bagi aku, ia just nice.. hehe.

Sekian sahaja buat masa ni.
Salam.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Menjelangnya Syawal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera semua


Aku kembali sudah ke Semenanjung buat pertama kalinya selepas aku memulakan kerjaya di Sarawak. Semua sudah berkira-kira, akan berapa lama cuti yang akan diterima. Dan sebagai seorang seorang di Management Level, aku sudah tentulah tidak dibenarkan untuk cuti lama. Sementara di pihak atasan pula, masing-masing dapat cuti lebih daripada seminggu. (Tapi dapat cuti ni pun, aku dah kira bersyukur sangat dah.) Dan tanggal 16hb Ogos, aku menaiki penerbangan pulang ke Johor Bahru. Puasa tahun ni memang banyak perbezaan daripada Ramadhan yang sebelumnya sebab pertama kali berpuasa di perantauan.

Puasa di Sarawak memang amat mencabar kerana suasana yang amat berlainan. Di kawasan pedalaman Sarawak, pemandangan biasa seperti bazar Ramadhan memang tiada. Tetapi, komuniti kecil orang Islam Semenanjung di sini cukup untuk membawa kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sama-sama bergotong-royong menyiapkan juadah untuk berbuka dan bersahur. Makanan memang bukan masalah pada waktu ini. Sentiasa ada. Aku juga berkesempatan untuk melihat suasana bulan Ramadhan di bandar Bintulu. Agak meriah juga. Cuma kemeriahan tersebut diuji dengan serangan penyakit taun. Jadi, di separuh akhir Ramadhan, bazaar sudah pun ditutup.

Kesabaran juga sentiasa diuji sepanjang Ramadhan yang lepas. Semua alatan elektronik yang telah lama aku gunakan seperti Jam Tangan, Laptop dan Handphone, semuanya rosak betul-betul di minggu terakhir sebelum cuti. Memang menyedihkan, tetapi ketika di penerbangan, aku menerima satu nasihat yang bermakna menyatakan kepadaku bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Dan setiap yang berlaku adalah yang terbaik buat kita. Jadi, jika orang kata bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk menguji kesabaran, memang betul. Kesabaranku cukup teruji di Ramadhan kali ini.

Tapi, semua itu sudah pun berlalu. Selamat menyambut hari kemenangan di 1 Syawal.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Sabtu, 28 Julai 2012

Sesudah seminggu puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Akhirnya, diam tak diam kita sudah pun melalui tempoh seminggu berpuasa. Dengan lain perkataan, 7 hari berpuasa. Bagaimana dengan puasa kita pada tahun ini? Adakah semakin baik atau sebaliknya? Semoga kita dapat mengecapi nikmat berpuasa di bulan Ramadhan dan sama-sama menegakkan salah satu daripada Rukun Islam. Pengalaman aku berpuasa pada tahun ini, memang boleh dikatakan agak mencabar. Kenapa? Sebab berpuasa di negeri orang, kemudian aku antara segelintir kecil yang berpuasa dan juadah buka dan bersahur aku sediakan sendiri.


Ok, berpuasa di Sarawak ni sama jer sebenarnya dengan berpuasa di negeri sendiri. Tapi, banyak perbezaan sebab aku kena suaikan diri dengan keadaan di sini. Di kawasan pedalaman Sarawak, Kristian adalah agama yang dominan. Sebenarnya kira bertuah juga sebab kebanyakan mereka ini terbuka dan menghormati orang yang beragama lain. Kadangkala ada juga mereka cuba nak berpuasa sekali. Tetapi, ada yang tak tahan. Tidak mengapa aku kata kalau mereka nak makan, aku tak kisah pun.

Dan yang paling penting sekali, selalunya di puasa-puasa sebelum ini juadah berbuka aku beli ataupun disediakan oleh ibu aku di rumah. Namun, jauh di negeri orang.. kemudian jauh tersorok di pedalaman sememangnya satu halangan bagi aku untuk membeli juadah berbuka dan juga bersahur. Jadi, satu cara yang paling mudah adalah dengan 'masak sendiri'. Jadi, buat pertama kalinya aku rasa bersungguh-sungguh belajar resipi memasak. Maklumlah, kalau tak belajar maksudnya sampai bila-bilalah aku tak boleh nak makan.

Di samping puasa mengajar kita untuk mengawal nafsu makan, ia juga bulan di mana semua ganjaran amalan kita digandakan. Dan jangan lupa juga akan amalan Solat Tarawikh yang ada hanya di bulan Ramadhan ini. Begitu juga dengan satu malam yang pahala beribadat di malam itu diganjarkan lebih daripada amalan dalam seribu bulan.

Sama-samalah kita beramal. Sekian sahaja buat masa ini. ^^
Salam.

Selasa, 24 Julai 2012

Kisah tentang Rumah Panjang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Nun dengah? Deng ka Jan puasa anih hari? Hehe.. cuba-cuba untuk belajar bercakap Kayan kali ini. Maksudnya, "Apa khabar? Puasa ke tak hari ni?". Kalau ada salah tatabahasa harap diperbetulkan yer? ^^ Hari ini aku akan sentuh sikit akan pengalaman / cerita menarik aku sepanjang berada di Bumi Kenyalang ni. Di Malaysia ini, Rumah Panjang adalah satu keunikan yang hanya ada di Sabah dan Sarawak. Sepanjang kajian aku tentang rumah panjang ini, ianya tidak terdapat di Tanah Melayu. Apa yang menarik tentang Rumah Panjang? Aku akan kisahkan apa yang berlaku di Site Office minggu lepas.

Tung!! Tang!! Tung!! Prenggg!!!

Itulah bunyi beberapa orang pekerja kami ketika proses pengubahsuaian pejabat beberapa minggu yang lepas. Memang mengganggu, tapi nak buat macam mana? Kami kekurangan tempat untuk dijadikan stor simpanan barang. Semua barang masuk dalam pejabat, sampai dah sempit yang amat. Lepas tu pulak, masing-masing 'pinjam' (ambil) barang macam barang tu diorang yang punya. Tengah bising-bising tu, seorang kerani kami yang berasal daripada etnik Kayan menjerit dengan nada gurauan.

"Oii, jangan buat rumah. Takder orang nak kahwin lagi!"

Katanya sambil diakhiri dengan gelakan. Aku memang pelik la. Terus aku tanya,

"Apa kaitan orang nak kahwin dengan buat rumah?"

Ok, jawapan dia mudah sahaja. Suasana bising di pejabat itu sama ketika proses pengubahsuaian rumah di Rumah Panjang setiap kali ada majlis perkahwinan.

Di Sarawak, mereka yang daripada kaum Dayak (Iban, Bidayuh) dan juga Orang Hulu (Kayan, Kenyah) misalnya, mereka semua tinggal di rumah panjang. Jika di Tanah Melayu, setiap penduduk tinggal di unit-unit rumah yang berasingan dan selalunya akan membentuk sebuah perkampungan jika mereka mempunyai hubungan kekeluargaan. Namun, tidak di Rumah Panjang. Kesemua mereka ini tinggal di satu unit rumah dan semua di dalam rumah itu adalah keluarga-keluarga rapat yang mempunyai hubungan darah. (Pakcik, Makcik, Ibu, Ayah, Datuk, Sepupu, Anak Saudara... dan lain-lain). Yang membezakan setiap keluarga adalah unit kediaman di rumah tersebut. Tiada had untuk bilangan ahli di rumah tersebut, mungkin boleh mencecah sehingga 1,000 ahli.

Jika di kawasan Sungai Asap misalnya, terdapat 15 unit Rumah Panjang semuanya yang dipindahkan (yang mahu berpindah) ketika Empangan Bakun mula mengempang dan membanjiri kawasan sekitar rumah-rumah ini. Boleh dikatakan jika di Tanah Melayu, mereka ini daripada 15 perkampungan.

Jadi berbalik kepada kisah kahwin tadi, apabila ada ahli yang berkahwin (selalunya dengan anggota rumah yang sama.. orang sebelah pintu misalnya), akan ada proses penambahan unit kediaman di rumah tersebut. Jadi, rumah tersebut akan bertambah panjang. Sebab itulah dipanggil rumah panjang. Memang panjang~~


Itu rupanya kaitannya.. hehe. Setakat itu sahaja perkongsian di kali ini. ^^
Salam.

Sabtu, 21 Julai 2012

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Pertama sekali diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Hari ini adalah hari pertama Bulan Ramadhan 1433H. Ibadah puasa sekali lagi datang menziarahi kita. Sungguh cepat masa berlalu, ibaratnya baru semalam aku berpuasa di tahun 1432H. Sekarang ini dah datang semula. Antara tahun ini dan tahun lepas, memang ada satu perubahan yang besar. Masakan tidak, tahun lepas aku berpuasa di Semenanjung, tetapi kali ini dah berpindah lokasi berada di Bumi Kenyalang. Memang besar bezanya, bukan sekadar geografinya malah masanya. Imsak di Semenanjung dalam lingkungan 5.40 pagi, tapi di sini 4.58 pagi!

Masih tidak dapat diterima difikiranku yang habis sahur pukul 5.00 pagi. Hehe..

Apa-apa pun, berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, tetapi juga adalah untuk menjaga seluruh anggota badan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, dan juga adalah menahan dan mendidik nafsu supaya ianya tidak terus liar.

Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam

Sabtu, 14 Julai 2012

Belajar Bahasa Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Akhirnya, dapat juga aku kembali ber'blogging' selepas beberapa lama tidak dapat melayari laman sesawang. Antara sebab juga aku tidak dapat ber'blogging' ini adalah disebabkan aku terlalu sibuk dengan urusan kerja yang semakin lama semakin merunsingkan walaupun pada dasarnya projek masih pun belum bermula. Jadi, di masa-masa ini aku selalunya akan meluangkan masa dengan mempelajari Bahasa Melayu Sarawak. ^^

Memang sejak daripada dulu lagi dua mata pelajaran kesukaan aku adalah Bahasa Melayu dan Sejarah. Hehe..

Tapi di sini kebanyakannya berbahasa dalam Bahasa Melayu standard. Jadi kadang-kala amat sukar untuk belajar loghat Sarawak. Tapi ada beberapa frasa kata yang aku dah boleh kuasai dengan baik contohnya..

Apa polah tek?
(Kamu buat apa?)

Kamik sik tauk apa di madah nya.
(saya tidak tahu apa yang dia katakan)

Sikboh tunggah nya, bising nya nanti
(Jangan panggil dia, dia bising nanti)

Antara frasa yang dapat aku ingat dengan baik. Namun, pelajaran aku untuk mempelajari Bahasa Melayu Sarawak juga dihiasi dengan pelajaran Bahasa-bahasa Bumiputera Sarawak seperti Iban, Kayan dan Kenyah. Jadi bayangkanlah, dalam sebuah negeri yang penduduknya lebih dan kurang 3 juta orang, tapi ada berbagai bahasa dan dialek.. sampai pening kepala aku nak belajar mana satu. Tapi ada beberapa yang aku dapat kuasai juga.. contohnya..

(Kayan)
Avinun anih fotostat? Kertas meran lebak kalen.
(Kenapa fotostat ni? Kertas banyak sangat sangkut).

Tak tau lah betul ke tak.. sebab bahasa kayan ni aku susah sikit nak kuasai. Huhu..

(Iban)
Adui.. Nadai guna ii.. Parai kitai.
(Adui.. tiada guna lagi.. mati aku.)

Yang ni aku belajar masa diorang tengah tension kerja. Perkataan iban pertama aku belajar adalah "Parai Kitai". Haha.. marah Projek Manager aku.. benda tak baik yang aku belajar dulu.

Itulah sedikit sebanyak hiburan aku di tapak pembinaan di Bumi Kenyalang ini.
Akhir kata, mari kelakar Sarawak. ^^

Ahad, 1 Julai 2012

Peta Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Akhirnya, dapat juga aku mendapatkan satu salinan peta negeri Sarawak. Kawan aku sampai bising, kenapa sibuk sangat nak peta Sarawak sedangkan dah berada di negeri Sarawak? Sebabnya satu sahaja. Sebab aku ni minat Geografi. Di Semenanjung, aku dah masak sangat dengan bentuk muka bumi dan sempadan 11 negeri. Walaupun aku tak pandai sangat, dan kalau berjalan pun masih ada potensi untuk sesat, tapi bila aku dah nampak peta.. kira aku bolehlah lihat sekali imbas akan bentuk muka bumi negeri tersebut.

Dan sejak dari awal lagi aku memang dah dalam keadaan pening dengan keadaan geografi negeri Sarawak ini. Namun, segala persoalan aku terjawab selepas aku mengkaji peta negeri. Kira kalau aku sesat, aku tahu la mana nak tuju. ^^

P.S :: Bahagian Bintulu (Bintulu Division) kecil sedikit sahaja dari negeri Johor.


Sarawak sekarang terbahagi kepada 11 Bahagian (Division) :-

1. Kuching
2. Samarahan
3. Sri Aman
4. Sarikei
5. Betong
6. Mukah
7. Sibu
8. Bintulu
9. Miri
10. Kapit
11. Limbang

Jumaat, 29 Jun 2012

Empangan Bakun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Apa khabar anda-anda semua, semoga sihat-sihat dan berbahagia hendaknya. Setelah sebulan berada di Sarawak, aku dah mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Contohnya, kat mana nak dapat makanan halal.. di mana nak dapat saluran internet.. di mana hendak mendapatkan barangan keperluan.. dan lain-lain lagi. Di kawasan pedalaman Sarawak ini, memang keperluan moden seperti internet dan lain-lain memang susah untuk didapati. Namun, kadang-kadang saya boleh memahami kenapa penduduk di kawasan pedalaman ini, khasnya Orang Ulu yang terdiri daripada Kaum Kenyah dan Kayan masih mengekalkan tradisi mereka untuk tinggal di dalam hutan. Pertama sekali, bentuk muka buminya yang cantik.


Jika anda-anda semua tinggal di kawasan moden seperti di Kuala Lumpur, masa anda amat cepat berlalu. Namun, di kawasan pedalaman Sarawak ini, anda akan rasakan yang masa berlalu dengan amat perlahan. Sebulan rasa macam sangat lama... (yerla.. kalau kat KL sebulan tu macam sehari jer... kat sini.. sebulan macam setahun.. hehe..).


Di sini antara mercu tanda yang paling jelas, iaitu Empangan. Hehe.. Yup, empangan terbesar di Asia Tenggara setakat ini.


Saiz tasik yang lebih luas daripada Negara Singapura. Tetapi bagi penduduk tempatan, walaupun mereka telah dipindahkan ke penempatan baru iaitu di Sungai Asap, ada yang masih mengekalkan kehidupan mereka di kawasan hulu sungai jauh di dalam kawasan tasik. Masakan tidak, jika anda ada tanah rizab sendiri.. tak kan anda mahu lepaskan begitu sahaja kan? ^^


Sekian sahaja untuk ruangan kali ini.

Selasa, 26 Jun 2012

Di Bumi Kenyalang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Berhabuk sekali lagi nampaknya blog aku ni selepas sebulan tak online. Di artikel sebelum ni, aku ada katakan tentang menghadiri temuduga. Memang aku diterima dan aku pun menerima tawaran tersebut. Dan, kerja kali ini memerlukan aku untuk berkelana ke negeri orang. Ketika tawaran tersebut sampai kepadaku, mereka terus menyatakan bahawa aku akan dihantar ke Sarawak sebaik sahaja aku bersetuju dalam tempoh masa seminggu, dan inilah fasa yang tidak menyeronokkan. Masa penerbangan aku ditangguh dan dipindahkan berkali-kali. Semua perancanganku memang terus kucar-kacir. Dan akhir sekali, 1 Jun 2012, aku telah pun memulakan tugasku di Bumi Kenyalang.

Sarawak memang sebuah negeri yang besar, lebih besar daripada Semenanjung Malaysia. Namun, di negeri yang besar ini, penduduknya tidak sampai pun 3 juta orang. Jadi kebanyakan muka bumi Sarawak ini memang dipenuhi dengan hutan.. dan kebanyakan kawasan fasilitinya masih di peringkat pembangunan. Dan sekarang, selepas hampir sebulan.. aku rasa boleh dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Dan sekarang ni dalam peringkat untuk belajar bahasa Sarawak. Hehe..

Maaf sebab tiada sebarang gambar untuk artikel ini, sebab aku tak sempat nak upload. Mungkin di kesempatan akan datang aku akan letak gambar-gambar panorama yang menarik di Bumi Kenyalang ini.

Salam. ^^

Rabu, 30 Mei 2012

Temuduga kali ke-2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Tadi siang, aku telah menghadiri satu temuduga di sebuah syarikat kontraktor elektrik. Dalam rekod peribadi aku, ini adalah kali ke-2 aku menghadiri temuduga pada tahun 2012 ini. Aku sebenarnya mengikut nasihat pakcik aku, di mana sebagai seorang Jurutera, jangan bekerja di satu-satu syarikat lebih daripada 2 tahun. Selepas genap setahun, aku pun mula mencari kerja baru. Dengan setahun pengalaman aku, buat masa ni aku cuma mencari jawatan "Jurutera Projek" sebagai sasaran aku. Aku sudah pun ke temuduga pertama di Johor Bahru, namun itu bukan rezeki aku. Tempat tu memang aku nak sangat, tapi tak dapat.


Jadi tawaran temuduga kedua ini datang secara tiba-tiba dan tidak disangka. Seorang rakan aku mecadangkan nama aku untuk syarikat ini. Dan memandangkan syarikat ini di KL, aku pun rasa apa salahnya pergi ke sesi temuduga. Dalam hati aku penuh dengan harapan agar aku tidak diterima. Dan memang satu kejutan yang amat sangat, aku diterima! Dan, cabaran kehidupan ku pada tahun 2012 bakal bermula...

Aku dah mula rasa, patutkah aku terima??


Ahad, 27 Mei 2012

Kisah Tentang Komuter 07

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Memandangkan komuter ni pengangkutan utama ku dalam bergerak sehari-hari, ke sana dan ke mari, jadi memang banyak cerita yang aku kompilasikan khas tentang komuter sahaja. Kalau dikumpulkan semua rasanya boleh dapat satu buku novel / hikayat. Hehe.. Jika anda-anda semua ada terbaca akan kisah-kisah tentang Komuter ini, pasti anda semua perasan yang ianya semua akan kelemahan-kelemahan sistem Komuter ini. Tetapi, buat pertama kalinya dalam sejarah RBE berblogging, aku nak ucapkan tahniah kepada sistem perkhidmatan komuter kerana sudah ada perubahan dan peningkatan kecekapan perkhidmatan terutamanya dari segi ketepatan waktu ketibaan tren.


Selepas ketibaan unit SCS Komuter yang baru, sepatutnya akan tiba 36 unit dan ia akan digunakan sepenuhnya pada bulan Jun depan. Dan tadi, keretapi komuter 6-gerabak yang aku naik tadi adalah bernombor SCS32. Selain daripada keretapi 6-gerabak, unit 3-gerabak masih lagi digunakan. Memang terkejut sebab tadi aku lihat semua stesen KTM, terutamanya di kawasan KL Sentral, Kuala Lumpur, Bank Negara dan Putra tidak sesesak seperti biasa. Ada beberapa stesen ini lengang. Dan rasanya, sejak sebulan kebelakangan ini, jadual ketibaan sememangnya tepat. Kalau tulis 6.20pm, 6.20pm tu juga dia sampai. Walaupun ada beberapa kali dia terlambat.


Jadi, adalah besar harapan kami pengguna KTM Komuter ini supaya perkhidmatan cemerlang ini akan berterusan. Dan yang best juga, aku dah tak nampak lagi dah unit tren baru ni yang cermin dia pecah sebab dibaling oleh batu. Harap-harap dah tiada lagi la kes budak-budak jakun tak pernah nampak tren ni buat hal lagi.

Sekian buat masa ini.

Sabtu, 26 Mei 2012

Cuti sekolah dah bermula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Rasanya ada berita gembira kepada pelajar-pelajar sekolah kerana cuti pertengahan tahun telah pun bermula. Cuti selama 2 minggu, seronok jugalah anda-anda semua berada di rumah. Termasuk yang turut gembira adalah guru-guru sekolah. Masakan tidak, cuti sekolah turut mempengaruhi kehidupan mereka sehari-hari. Malah, mereka yang tiada kena mengena dengan sekolah seperti kakitangan swasta pun turut menerima tempiasnya. Tak percaya? Cuba lihat jalan raya-jalan raya pada hari isnin nanti. Mesti lengang!

Baiklah adik-adik semua, sedikit nasihat daripada abang radin (wah.. abang tu.. haha..), sila siapkan dahulu kerja sekolah masing-masing. Kalau boleh, di hari pertama cuti ini sepatutnya 50% daripada kerja sekolah anda semua sudah selesai. Ketepikan dahulu rasa malas. Mungkin anda rasa tidak berbaloi, tapi percayalah.. selepas ia disiapkan memang rasa tenang. Hehe..

Ingat.. siapkan dulu kerja sekolah. Faham?


Khamis, 24 Mei 2012

Sindrom.. Tabiat.. Semulajadi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Apa khabar anda-anda semua. Dua tiga hari ni aku ada masalah sikit dengan tabiat semulajadi lelaki ni. Bukanlah bermaksud aku tiada sifat-sifat kelelakian, tetapi lelaki ini sebenarnya ada satu tabiat yang baru sekarang aku perasan. Dulu aku langsung tidak faham kenapa ibu aku selalu membebel dengan bising-bising bila letak barang sepah-sepah. Bila dah jadi pada batang hidung sendiri baru aku faham. Memang tu la masalah dengan lelaki ni, "Suka letak barang sepah-sepah". Kenapa agaknya? Sebab bukan diorang yang kemas rumah. Mak masing-masing yang kemas rumah. Tapi bila cari barang tak jumpa, tahu pula nak membising.. "Eh, barang tu mana? Eh, barang ni mana?". Aku meluahkan perasaan ini sebab aku antara orang yang selalu mengemaskan barang kat rumah.

(gambar hiasan)

Aku cakap macam ni sebab ada beberapa kali berlaku dalam kehidupan seharian aku benda ni berlaku. Biasalah, hidup aku ni dikelilingi dengan lelaki-lelaki yang masih lagi bujang. Memang pelik kekadang, benda senang macam kerusi atau cawan letak di tempat asal pun tak boleh ke? Pandai ambil pandailah letak. Ini aku nak nasihatkanlah pada wanita-wanita yang ada anak lelaki tu, ajarlah anak-anak lelaki kamu ini kemas rumah walaupun duduk di kampung. Tunjukkanlah diri tu bertamadun sikit. Susah ke nak jadi pengemas dan pembersih?

Kekadang aku nak cakap jer, "sebab tu lah girlfriend korang masing-masing asyik tangguh nak kawin ngan korang... dasar pemalas".

Rabu, 23 Mei 2012

Di bulan Rejab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Diam tak diam kita sudah pun menjengah masuk ke bulan Rejab. Hanya ada 2 bulan sahaja lagi untuk bulan Ramadhan kembali menjengah semula. Semalam sebenarnya 1 Rejab, tapi tidak tahu kenapa, memang aku lupa langsung tentang 1 Rejab. Padahal, aku sudah pun buat peringatan di telefon bimbit aku ini untuk buat satu artikel khas untuk hari istimewa di bulan Rejab ini. Ada satu amalan pada 1 Rejab iaitu menurut hadith riwayat Bukhari :-

"Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab, ia laksana berpuasa setahun, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, bila puasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, bila puasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya."

Walaupun tak sempat berpuasa di awal Rejab, kurang-kurang masih sempat lagi untuk berpuasa sunat di Bulan Rejab kan? Selamat beramal. ^^

Selasa, 22 Mei 2012

Apa nak dikata?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua


Hari ini kembali semula ke tempat kerja seperti biasa. Tiada apa yang luar biasa, tapi ada satu perkara yang sangat aku rasa pelik untuk hari ini. Kenapa? Semua orang yang aku mesej, semua orang yang aku call guna telefon bimbit, langsung tak berjawab. Hmm.. mungkin buat masa ini adalah lebih baik jika aku sekadar bersangka baik kepada mereka, mungkin mereka semua sibuk.. lagipun aku telefon dah malam, mungkin masing-masing dah tidur. Tak kurang juga ada seorang yang aku mesej, di balasnya sepatah.. sepatah.. Contoh :-

Sini : Wei, lama tak dengar berita.. sihat?
Sana : Sihat
Sini : So, ko watper skrang? apa citer?
Sana : Biasa
................(rasa janggal)......................

Sebenarnya memang aku rasa tak senang duduk bila orang tak balas/jawab panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas, tetapi kalau balas sepatah-sepatah macam tu lebih baik tak berbalas. Di atas ni cuma sekadar contoh sahaja.. huhu..

Mungkin aku rasa sekarang dah sampai masanya untuk aku kurangkan kebergantungan aku pada telefon bimbit. Memang aku ada tutup telefon bimbit aku ni untuk 4 hari dari hari 19 - 21 Mei. Bila aku buka balik, jadi terus macam ni. Hmm..

Khamis, 17 Mei 2012

The Deathly Hallows

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Artikel untuk hari ini bukan untuk movie review, tapi sekadar ruangan celoteh peribadi. Apa khabar semua? Pasti ramai antara anda-anda ni yang sudah pun menonton cerita Harry Potter bukan? Selepas lebih 7 tahun, akhirnya cerita ini sampai ke penghujungnya. Movie ketujuh ini adalah Harry Potter and the Deathly Hallows yang terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu bahagian pertama dan kedua. Berbeza dengan filem sebelum ini, filem terakhir ini dibuat sebanyak 2 bahagian kerana mahu mengikut plot cerita asal tanpa perlu banyak suntingan sehingga menjadi cerita yang lain. Dan, agak kelakar juga bila ingat semula perkara ini, sebab saya menonton bahagian kedua dahulu baru saya tonton bahagian pertama. Hehe..

Apa sebenarnya Deathly Hallows ini?


Dalam cerita Harry Potter, ia sebenarnya dianggap hanya sebagai cerita dongeng mengenai 3 orang sahabat, yang berjaya mengelakkan maut. Jadi pada waktu itu, penunggu sungai yang senantiasa menunggu kematian manusia di sungai tersebut berasa tersinggung kerana ketiga-tiga mereka ini boleh melintas dengan selamat. Namun, penunggu tersebut masih mempunyai helah untuk menipu mereka ini supaya boleh mati diakhirnya. Maka pemuda pertama meminta tongkat sihir terkuat di dunia, 'Elder Wand'. Pemuda kedua meminta batu yang boleh menghidupkan orang yang sudah mati, 'Resurrection Stone'. Sementara pemuda ketiga meminta sesuatu yang boleh menyembunyikannya daripada orang ramai termasuk dari diganggu penunggu, maka ia diberikan 'Invisible Cloth'.

Ketiga-tiga ini jika digabungkan menjadi 'The Master of Death'. Namun, dua daripada pemilik ini mati kerana dibunuh dan membunuh diri. Sementara pemuda ketiga iaitu pemilik Invisible Cloth selamat sehingga ke akhir hayatnya.

The Elder Wand


Elder Wand ini merupakan tongkat ajaib terkuat di dunia sihir. Semenjak awal cerita dari buku pertama, pemilik tongkat ini adalah Albus Dumbledore, pengetua Hogwarts dan juga ahli sihir terkuat di dunia. Selepas kematiannya, tongkat ini berpindah milik kepada Voldemort. Namun, tongkat ini walaupun dimiliki Voldemort, ia telah pun memilih tuannya sendiri. Selepas Albus Dumbledore, tongkat ini memilih Draco Malfoy sebagai pemiliknya kerana dia adalah orang terakhir yang berjaya menyebabkan Albus Dumbledore terlepas pegangan tongkatnya. Selepas itu, ianya memilih Harry Potter sebagai tuan atas sebab yang sama. Selepas menjadi pemilik, Harry Potter kemudian mengembalikan tongkat tersebut di kubur Albus (di dalam novel).

Resurrection Stone


Resurrection Stone adalah batu yang membolehkan seseorang menghidupkan orang yang telah mati. Tidak diketahui siapa pemilik batu ini, namun ianya juga dimiliki oleh Albus Dumbledore sebelum kematiannya. Kemudian, ia disembunyikan di dalam bola golden snitch, bola pertama yang ditangkap Harry Potter sebagai seeker dalam pertandingan Quidditch. Ia kemudiannya dibuang oleh Harry Potter.

Cloak of Invisibility


Cloak of Invisibility adalah kain yang membolehkan pemakainya menjadi halimunan, dan tidak akan dapat dikesan atau disedari oleh orang lain. Pemilik sebelum ini adalah James Potter, iaitu ayah kepada Harry Potter yang kemudiannya diberikan kepada Harry Potter pada tahun pertama dia bersekolah di Hogwarts. Ia adalah satu-satunya benda yang disimpan oleh Harry Potter.

Nak layan lagi Harry Potter lepas ni. Hehe..

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera semua

Hampir terlupa yang hari ini adalah sambutan rasmi Hari Guru. Sudah lama meninggalkan sekolah, namun hari-hari yang dilalui di sekolah sudah pastinya yang paling menyeronokkan dan menggembirakan.. kalau dibandingkan dengan alam pekerjaan lah. Zaman yang tiada tanggungjawab, dan tugas utama hanya belajar. Apa yang susah sangat betul tak?


Tidak lengkap zaman persekolahan kita tanpa kehadiran guru-guru yang menjadi pendidik utama kita dan juga yang menjadi ibu bapa kedua selepas ibu bapa kita di rumah. Jadi, janganlah kita lupakan jasa mereka mendidik kita selama ini. Ibarat puisi daripada Usman Awang yang sebahagiannya saya masih ingat :-

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)

Panjang lagi sebenarnya puisi ini, tapi rasanya ini sudah cukup untuk menggambarkan peranan seorang guru yang ibarat lilin membakar diri demi menyinari alam di sekelilingnya. Jadi kepada guru-guru di luar sana.. saya ucapkan..

SELAMAT HARI GURU!!

Selasa, 15 Mei 2012

Sesudah Seminggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Apa khabar anda-anda semua? Saya sihat sahaja berbekalkan semangat untuk bekerja di hari ini yang dah semakin meluntur. 2 minggu yang lepas, saya pergi menjalani temuduga di Johor. Apa yang seronok, tempat temuduga ini dekat dan hampir sangat dengan rumah. Kalaulah dapat kerja kat situ, memang seronoklah boleh duduk jer kat rumah. Dan nama saya telah disenarai pendek, dan sepatutnya minggu lepas adalah minggu di mana mereka sepatutnya menghubungi saya jika saya dipilih untuk bekerja. Namun, sudah seminggu berlalu.. tiada sebarang panggilan yang saya terima. Mungkin selamat untuk saya katakan yang saya mungkin tidak diterima di situ. Haih~~ (mungkin takder rezeki kot.. kena carilah tempat lain. Aku dah fed-up kerja kat tempat sekarang ni lama-lama sebenarnya..)

Jadi, sepanjang minggu lepas juga saya berusaha bertungkus-lumus memperbaiki Radin's Blog. Saya rasa mana-mana blogger akan terkena sindrom ini, iaitu Sindrom Malas Update Blog. Sindrom ini berlainan untuk setiap blogger. Dan dia ada tempoh masa.. selalu bila sindrom ni menyerang, tiada apa yang boleh memulihkan blogger ini dari kemalasan untuk mengupdate blog sehinggalah ia pulih sendiri. Dan, bagi saya.. kali ini ia menyerang paling lama iaitu 2 minggu! Jadi selama dua minggu lah saya tidak bermotivasi (malas??) untuk mengupdate blog. Tapi sekarang ini kan musim Kembara Mahkota Johor, jadi nak tak nak.. kena jugalah rajin-rajinkan diri.

Selain daripada tu, minggu lepas saya dapat 3 movie baru iaitu Harry Potter and the Deathly Hollow (Part 1 & 2), Pokemon Victini dan Naruto the Blood Prison. Sempat juga melayan tiga-tiga dalam keadaan diri sibuk dengan kerja-kerja mengupdate blog. hehe.. Dan hari ini, semuanya sudah selesai dilaksanakan. Yeah!! Hooray!! Masa untuk rehat.

Naruto artwork :-


Pokemon artwork :-


Harry Potter artwork versi anime. Cool kan? hehe :-


Insya-Allah, kalau ada kesempatan saya akan tambah lagi ruangan untuk cerita-cerita di atas. ^^

Jumaat, 11 Mei 2012

Di hari Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Apa khabar anda-anda semua? Selalu di hari Jumaat, memang satu kelaziman dan kemestian bagi setiap lelaki untuk pergi Solat Jumaat di masjid. Ini memang satu tanggungjawab yang mesti dipenuhi bagi seorang lelaki Muslim. Jika ianya sengaja ditinggalkan lebih daripada 3 kali, maka jatuh hukum murtad daripada agama. Itu antara amaran untuk tinggalkan solat Jumaat, tapi sebenarnya banyak kelebihan akan solat Jumaat.


Sekarang ini, kebanyakan benda-benda yang berlaku lebih kepada rutin-rutin harian. Kekadang, buat sesuatu hanya ianya dilakukan sebelum-sebelum ini tanpa mengetahui kelebihan ganjaran di sebaliknya. Begitu juga dengan solat jumaat ni, selalu pergi sehingga lupa kelebihannya sehinggalah tadi sebelum Solat Jumaat, seorang Ustaz mengingatkan saya semula akan satu kelebihan Solat Jumaat.

"Barangsiapa yang pergi bersolat Jumaat, maka segala dosanya akan diampunkan sehingga Jumaat yang akan datang selama ia tidak melakukan dosa besar"

Thap!! Macam suiz elektrik terbuka. Bila ustaz sebut tentang ganjaran tu, baru teringat tentang ganjaran yang sudah lama dilupakan walaupun pernah belajar sebelum ini. Besar sebenarnya ganjaran pengampunan dosa ni. Ini satu ganjaran yang dinanti-nanti oleh Sahabat Nabi ketika mereka mahu memeluk agama Islam, adakah dosa mereka sebelum ini diampunkan?

Dan ini adalah ganjaran pengampunan untuk satu minggu! Jangan dilepaskan tawaran ini! ^^

EM Onion Head farewell

Rabu, 9 Mei 2012

Selasa, 8 Mei 2012

Alkisah di Puduraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Pernah datang ke Puduraya? Baiklah, benda yang saya nak sampaikan hari ini ada kaitan sedikit dengan peniaga di stesen bas Puduraya selepas diubahsuai. Terminal bas Puduraya sekarang ni makin cantik dan selesa untuk menunggu bas. Dengan berbagai-bagai kemudahan, termasuklah juga gerai-gerai yang cantik dan banyak di sekeliling terminal.


Namun, ini masalahnya, di sebalik kedudukannya yang menjadi tumpuan ramai, terdapat juga gerai yang berada di 'lokasi sunyi'. Contohnya di gerai ini, yang terletak di hujung terminal, berhampiran Platform 1.


Jadi kepada mereka yang menaiki bas di Puduraya, terutamanya bagi mereka yang mahu membeli air, roti atau jeruk buah.. saya galakkan anda untuk utamakan kedai-kedai di lokasi sunyi ini. Kerana mereka sukar untuk mendapat pelanggan, tambahan pula, kebanyakan gerai-gerai di puduraya menjual barangan yang hampir sama. Ada banyak lagi, ini antara contoh yang mudah. Apatah lagi peniaganya pun Melayu, jadi tak salah kan jalan jauh sikit? ^^

Isnin, 7 Mei 2012

Sleeq ft Najwa Latiff - Untuk Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Baiklah, selamat datang sekali lagi ke dalam segmen muzik RBE. Perlu diakui, yang saya dah lama tak dengar radio. Jadi, sekarang ini memang tak tahu apa lagu-lagu yang menjadi trend semasa atau yang happening. Kalau ada pun, cuma cari di sekitar laman Youtube untuk lagu-lagu best ni. Jadi dalam pencarian itu, terjumpalah saya dengan lagu si comel dan hensem ni.. daripada Sleeq, iaitu kumpulan duo remaja daripada Singapura.

Lagunya berkenaan dengan seorang jejaka yang mencintai seorang daripada facebook, tetapi mendapat tahu yang gadis tersebut bersama dengan jejaka kaya... di sinilah si comel belum SPM, Najwa Latiff masuk berperanan sebagai gadis itu, menyatakan dia juga jatuh hati pada jejaka itu dengan senyuman menawan dan hatinya telah tertawan. Dan dia juga menyatakan, harta bukan boleh memberikan kebahagiaan. (biasalah kan.. cinta remaja-remaja ni memang innocent.. yerla.. bila dah kerja ni susah nak mengaku / terima hakikat yang harta tidak menjanjikan kebahagiaan..)

Ok, ini dia lagu dari Sleeq ft. Najwa Latiff - Untuk Dia



Semoga terhibur ^^

Khamis, 3 Mei 2012

Di bulan Mei

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera Semua

Pertama sekali minta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog, sudah seminggu baru ada peluang. Bukannya tidak boleh ke laman web, tapi kepenatan dan kemalasan sudah menguasai diri. Jadi apabila pulang ke rumah memang tidak ada masa lapang untuk ke blog. Jadi, bagaimana dengan anda-anda semua di bulan Mei ini? Semua sihat? Saya sihat, Alhamdulillah.


Pertama sekali, cuti Hari Pekerja di hari Selasa lepas memberikan satu peluang untuk bercuti pada hari Isnin. Dapatlah 4 hari cuti (lama tuu..). Jadi, dapatlah pulang sebentar ke Johor Bahru. Selain dari tu, ada alasan lain, iaitu untuk menghadiri temuduga. Semuanya berjalan lancar, dan saya sedang menunggu panggilan dari pihak syarikat penemuduga untuk keputusan sama ada diterima bekerja atau tidak. Tak kisah sangat sebenarnya, tapi kalau jawapannya Ya, memang seronoklah sebab dapat kembali ke Johor. ^^ Tapi saya dapat berita yang tidak menyeronokkan sebab ada seorang pekerja menyatakan yang bos marah sebab saya ambil cuti. (Pelik, aku dah minta cuti depan-depan dia dan dia setuju.. boleh dia lupa??)


Lepas tu, saya pergi berjalan-jalan di Johor Bahru. Johor Bahru memang antara tempat yang pesat membangun. Terlalu pesat rasanya. 6 bulan tidak kembali ke Johor Bahru cukuplah untuk melihat perubahan baru. Dan sekali lagi terpaksa menyesuaikan diri selepas terbiasa dengan suasana lama. Antara mercu tanda Johor Bahru yang ada sekarang ini adalah Johor Sentral. Sama dengan KL Sentral, cuma kecil sedikit. Dan ia berada di tengah-tengah, antara City Square dan Bangunan Sultan Iskandar. Landasan keretapi belum lagi diubahsuai menjadi landasan berelektrik. Dan, perkhidmatan Komuter atau LRT pun belum lagi dibina. Tapi kalau nak naik keretapi dari sini, memang boleh la. Cuma kena tahan duduk dalam keretapi 6 jam untuk ke Kuala Lumpur.


Masa 4 hari berlalu cepat bagaikan air yang mengalir. Namun semuanya berjalan lancar. Cuma saya sekarang ini berasa kepenatan yang amat sangat. Rasa nak tidur jer puas-puas.

Selasa, 24 April 2012

Sejenak di Istana Negara Lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Lama juga rasanya saya tidak mengemaskini blog ini, nasib baik tidak bersarang. Komitmen semakin banyak menyebabkan saya rasa sampai tak menang tangan untuk laksanakan semua. Apa yang penting, untuk mengemaskini blog ini, hanya boleh dilakukan ketika di rumah. Tapi masalahnya, internet di sini sangat-sangatlah lembab. Di kesempatan kali ini, saya kongsikan kepada anda pengalaman buat pertama kalinya menjejakkan kaki di Istana Negara Lama.


Ya, memang satu pengalaman yang sangat bernilai. Cubalah bayangkan, pada masa dulu mungkin adalah satu yang mustahil untuk menjejakkan kaki ke istana ini. Bayangkanlah, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong. Tapi, selepas fungsinya diambil alih oleh Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Istana ini buat pertama kalinya dibuka untuk orang ramai. Satu pameran bernama "Pameran Raja Kita" sedang berlangsung di Balairong Seri Istana Negara Lama.


Anda dibenarkan untuk mengambil gambar dengan bayaran serendah RM3.00 untuk jenis kamera yang anda gunakan. Balairong seri ini adalah yang digunakan semenjak zaman Yang di-Pertuan Agong yang pertama.


Bermacam-macam pameran yang boleh dilihat di sini. Contohnya seperti barangan perhiasan Raja Permaisuri Agong (replika la tapi..)


Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah Tiara/Gendik yang digunakan oleh Sultanah Kedah. Besar kot.. tak tahu lah berat ke tak.


Kemudian ada lagi barangan lain seperti Darjah Kebesaran. Entah boleh dapat ke tak. Huhu..


Ada banyak lagi barangan yang dipamerkan di pameran tersebut. Datanglah lagi untuk memeriahkan suasana di Istana Negara Lama. Agak penat juga berjalan di sekitar Istana... mari kita berehat sebentar.. hehe..


Kepada mereka yang belum pergi, Pameran Raja Kita akan berlangsung sehingga 15 Jun, ada banyak lagi masa. Masa inilah untuk kita menghayati sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan sejak merdeka. Pastinya berbaloi untuk dilihat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails