Selasa, 24 April 2012

Sejenak di Istana Negara Lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Lama juga rasanya saya tidak mengemaskini blog ini, nasib baik tidak bersarang. Komitmen semakin banyak menyebabkan saya rasa sampai tak menang tangan untuk laksanakan semua. Apa yang penting, untuk mengemaskini blog ini, hanya boleh dilakukan ketika di rumah. Tapi masalahnya, internet di sini sangat-sangatlah lembab. Di kesempatan kali ini, saya kongsikan kepada anda pengalaman buat pertama kalinya menjejakkan kaki di Istana Negara Lama.


Ya, memang satu pengalaman yang sangat bernilai. Cubalah bayangkan, pada masa dulu mungkin adalah satu yang mustahil untuk menjejakkan kaki ke istana ini. Bayangkanlah, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong. Tapi, selepas fungsinya diambil alih oleh Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Istana ini buat pertama kalinya dibuka untuk orang ramai. Satu pameran bernama "Pameran Raja Kita" sedang berlangsung di Balairong Seri Istana Negara Lama.


Anda dibenarkan untuk mengambil gambar dengan bayaran serendah RM3.00 untuk jenis kamera yang anda gunakan. Balairong seri ini adalah yang digunakan semenjak zaman Yang di-Pertuan Agong yang pertama.


Bermacam-macam pameran yang boleh dilihat di sini. Contohnya seperti barangan perhiasan Raja Permaisuri Agong (replika la tapi..)


Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah Tiara/Gendik yang digunakan oleh Sultanah Kedah. Besar kot.. tak tahu lah berat ke tak.


Kemudian ada lagi barangan lain seperti Darjah Kebesaran. Entah boleh dapat ke tak. Huhu..


Ada banyak lagi barangan yang dipamerkan di pameran tersebut. Datanglah lagi untuk memeriahkan suasana di Istana Negara Lama. Agak penat juga berjalan di sekitar Istana... mari kita berehat sebentar.. hehe..


Kepada mereka yang belum pergi, Pameran Raja Kita akan berlangsung sehingga 15 Jun, ada banyak lagi masa. Masa inilah untuk kita menghayati sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan sejak merdeka. Pastinya berbaloi untuk dilihat.

2 ulasan:

Site Admin berkata...

Nice pic. Bro hr SAbtu or Ahad buka tak? Or cuti umum buka ke?

Radin87 berkata...

Yup, sentiasa dibuka setiap hari. Termasuk hari minggu. Tiada bayaran dikenakan, kecuali kalau nak amik gambar. Cuma RM3 kalau bawa kamera handphone, sekali bayar sahaja.. pastu amik gambar sepuas hati.. hehe ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails