Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua
Tidak lambat rasanya jika saya mahu mengucapkan Selamat Cuti Sekolah kepada para pelajar sekolah sekalian. Sepupu-sepupu, anak-anak jiran, dan beberapa rakan-rakan kesemuanya sudah pulang ke rumah masing-masing. Dan setiap pagi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, tiada suasana lain melainkan riuh-rendah sekeliling kawasan perjiranan dengan keletah anak-anak jiran. Selepas melalui zaman pekerjaan, memang benar apa yang diceritakan oleh guru-guru dan orang dewasa selama ini, zaman persekolahan adalah zaman yang paling menggembirakan.
Kenapa? Apa tanggungjawab yang digalas oleh seorang pelajar sekolah? Tugas anda hanya belajar. Sakit kepala dan susah macam mana sekalipun, ia tidaklah seberat beban seorang yang sudah bekerja. Mendengar leteran bos hari-hari, menghadap kerenah rakan sekerja, tugasan yang masuk setiap hari yang tidak tahu bila akan berhenti, termasuk juga dengan tanggungjawab kepada keluarga yang mula perlu digalas.. ianya adalah satu dunia yang sukar difahami jika anda tidak menggunakan masa muda anda dengan belajar sebaik mungkin. Seperti kata pakcik saya,
"Apabila anda tamat pengajian di Universiti, bukan bermaksud zaman hidup untuk belajar anda sudah berakhir. Ia adalah petanda bermulanya kehidupan anda yang sebenar. Zaman di mana anda perlu belajar untuk hidup..."
Tiada apa yang best pun hidup di zaman bekerja ini melainkan anda sudah pegang duit sendiri.
Dengan duit tu anda boleh pergi shopping, melancong, makan sedap-sedap... (huahuahua..). Dan selepas setahun bekerja, kepala saya dah mula berangan untuk menyambar kenderaan sendiri.
Antara Viva, Myvi dan Alza... siapakah dia pujaan hatiku?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan