Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua
Di pagi Khamis yang berbahagia ini, aku tiba akhirnya ke tanah tumpah darahku iaitu Johor Bahru. Memang lain sangat berada di negeri sendiri. Ini kali pertama aku balik ke rumah selepas 6 bulan berada di negeri Sarawak. Tak susah aku nak suaikan diri di Negeri Sarawak sebab kalau dibandingkan dengan Johor ianya hampir sama. (Ramai juga orang Sarawak mencari makan di Negeri Johor ni). Dan kalau dilihat Bandar Bintulu pun, ianya hampir sama dengan Pasir Gudang. Kalau tak disebabkan oleh undang-undang Imegresen Sarawak yang hanya membenarkan seseorang berada di negeri tersebut tidak lebih daripada 90 hari, mungkin aku cuma kena balik setahun sekali
.
Selama 2 hari aku meluangkan masa di Kuala Lumpur, memang tak banyak perbezaan yang aku lihat di sana. Kebanyakan tempat di pusat Kuala Lumpur masih seperti dahulu. Tapi sempat juga aku melawat tempat yang aku langsung tak terfikir nak pergi sebelum ini ketika tinggal di Kuala Lumpur. Seperti Pasar Seni, Jalan Masjid India, Petaling Street dan tidak dilupakan Aquaria KLCC. (Heh.. tak pernah terfikir nak pergi pun sebelum ni). Dan satu benda yang berbeza sekarang ini adalah sistem pengangkutan awam LRT. Sebelum ni kita perlu beli tiket berasingan apabila mahu bertukar tren. (Contohnya dari Aliran Kelana Jaya ke Monorel). Tapi kali ni sudah tidak perlu, sekadar beli tiket dan terus ke destinasi tanpa perlu 2,3 kali membeli tiket.
Dan setelah sampai ke rumah, barulah aku dapat beronline. Owh betapa rindunya aku pada wifi. Maklumlah, tinggal kat Bakun macam mana nak dapat wifi. Sekian sahaja buat masa ini. Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan