Sabtu, 26 Januari 2013

Kembali selepas manyepi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Akhirnya, dapat juga aku menupdate blog kesayangan aku ini. Minta maaf sebab lama sudah tidak keudara kerana ketiadaan masa untuk melayari laman sesawang. Masakan tidak, kehidupanku di Hulu Rejang memang amat padat dengan kerja. Mungkin sebab itu jawatan Jurutera Projek ini diberikan kepada orang lelaki bujang. Nak beri kepada yang dah berkahwin? Mana boleh bro.. kepala tak duduk kat tapak projek. Asyik memikir kepada yang menunggu di rumah.

Sekarang ini adalah hari pertama percutian aku. Alhamdulillah, setelah 6 bulan berada di Bakun cuba untuk menyiapkan empangan terbesar di Malaysia ini, permohonan aku untuk bercuti telah pun diluluskan. Seminggu bermula daripada hari ini. Jadi adalah sedikit masa untuk aku menulis sedikit nukilan di blog ini. Dan di samping itu juga, baru aku perasan berapa aku telah terlalu jauh daripada perkembangan semasa. Aku pelik juga apa sebenarnya kes "Listen, Listen, Listen" yang diperkatakan oleh ramai mereka di laman sesawang. Rupanya kes debat antara seorang mahasiswa dan juga seorang panel.


Come on... Apa masalahnya apabila seorang Mahasiswa cuba membangkitkan isu Pendidikan Percuma di Malaysia ini? Itu adalah tanda yang Mahasiswa tersebut ada semangat Patriotik. Bukan bermaksud yang tidak membangkitkan itu tidak patriotik. Tapi memang seorang Mahasiswa sebenarnya tidak boleh hanya duduk menurut membabi buta semua yang diarahkan. "Anda perlu tanya apa rasional di sebalik tindakan tersebut.." (Pelajaran yang aku dapat setelah berada di Projek Bakun.. ). Selain dari itu juga, masa seorang menjadi Mahasiswa juga adalah satu-satunya masa untuk mereka memikirkan isu-isu semasa. Nak tunggu masa bekerja? Jangan marahlah kalau ramai orang tak mengundi apabila Pilihanraya menjelang.

Empangan Bakun daripada lembah bawah Batang Balui

Dan berbicara tentang pilihanraya juga, aku merasakan yang Pilihanraya memang semakin dekat. Sebab di Sarawak ini, kerja-kerja membaik pulih jalanraya sedang rancak berjalan. Hehe.. Apa-apa pun, setakat ini sahaja nukilan peribadi ku untuk masa ini.

Salam.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails