Selamat Datang Semua
Setiap bangsa dan kaum pasti ada kebudayaan masing-masing untuk menunjukkan identiti mereka. Setiap kebudayaan dan tradisi ini berlainan antara satu sama lain dan ada yang boleh kita katakan 'pelik' kepada mereka yang tidak pernah melihatnya. Dan segmen hari ini akan mengupas 10 Festival Paling Pelik di dunia.
1. La Tomatina (Buñol, Sepanyol)
Tahta Festival paling pelik dunia dipegang oleh Festival La Tomatina. Festival ini dilangsungkan di bandar Buñol, Valencia, Sepanyol pada hari Rabu terakhir pada bulan Ogos. Di dalam acara ini, setiap pengunjung akan membaling Tomato antara satu sama lain. Tomato yang dibaling begitu banyak sehingga seluruh bandar 'dibanjiri' dengan 'air' Tomato.
Di sebalik acara ini, ia mendatangkan manfaat kepada Majlis Perbandaran, sebab, asid pada Tomato ini membersihkan kekotoran di bandar tersebut. Apa yang perlu adalah panggil bomba dan 'bilas' satu bandar.
2. Cooper's Hill Annual Cheese Rolling (Gloucester, England)
Tiada siapa tahu siapakah yang mengasaskan Festival berusia 200 tahun ini dan untuk tujuan apa, tetapi seperti namanya, ia adalah Festival mengejar Cheese yang bergolek daripada puncak bukit. Diadakan setiap tahun di Cooper's Hill, Gloucester, England. Sesiapa yang meminati aktiviti lasak, mungkin ini festival untuk anda.
Namun, ada pihak yang mahu acara ini dihentikan kerana pertama, pembaziran Keju dan kedua, Festival ini banyak mendatangkan kecederaan. Cuba bayangkan apa akan jadi kalau anda tergolek dan berguling di cerun bukit seperti ini...
3. Frog Festival (Rayne, Louisiana, USA)
Ia, memang tidak silap lagi, ia festival Katak. Menggelikan? Tidak bagi tempat festival ini dijalankan iaitu Bandar Rayne, 'Ibu Negara Katak Dunia'. Festival ini diadakan setiap tahun di minggu kedua Bulan November sejak tahun 2008. Acara di festival ini berkait dengan katak, 'Perlumbaan katak', 'Ratu Cantik Penjaga Katak' (iaitu wanita akan menyertai sambil menunjukkan katak hidup belaannya yang dihias rapi), Konsert dan lain-lain termasuklah.. memakan katak..
4. Sao Joao Festival (Porto, Portugal)
Antara festival paling meriah di Eropah, tetapi juga antara yang paling tidak dikenali. Di festival ini, seluruh bandar Porto akan diterangi dengan cahaya, dan bunga api. Terdapat banyak juga makanan-makanan enak di gerai-gerai. Tetapi, apa yang unik adalah, di festival ini akan ada Tukul Plastik. Tiada siapa tahu kenapa, tetapi jika anda terjumpa seseorang berlainan jantina yang anda rasakan memikat hati anda, ketuk kepalanya dengan tukul plastik tersebut. Kemudian, bersama-samanya menikmati hidangan ikan bakar~~~
5. Golden Shears Sheep Shearing Festival (Masterton, New Zealand)
Festival yang sememangnya sinonim dengan New Zealand, negara yang mempunyai biri-biri begitu banyak iaitu 3 ekor untuk setiap seorang rakyatnya. Pada bulan Mac, akan diadakan festival mencukur bulu biri-biri. Dan bukan sebarangan, kerana di festival selama 4 hari ini, pertandingan ini adalah pintu kepada kemasyhuran dan kekayaan. Sejak ia bermula tahun 1961, festival ini menjadi begitu besar sehingga adakalanya tentera terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.
6. Moose Dropping Festival (Talkeetna, Alaska)
Ok, yang ni memang betul-betul pelik. Festival tahi Moose. Di dalam festival ini, najis-najis Moose akan dikumpulkan, digumpalkan dan dijatuhkan ke tanah dari belon udara panas. Dan apa yang menarik, anda mungkin berpeluang mendapat hadiah daripada najis yang mendarat di atas kepala anda.
Jika kita selalunya melihat ke bawah, di festival ini.. lihat ke atas.. Tahi Moose jatuh~~
7. Songkran Festival (Chiang Mai, Thailand)
Festival menyambut Tahun Baru Thai ini menggunakan air untuk memastikan kesucian dalaman sehingga ke tahun akan datang. Dan, pesta bermula selepas bermulanya perang air dengan menggunakan pistol air dan belon air! Memang 'suci'~~ tapi, apakah pesta tanpa kotoran betul tak?? itulah yang difikirkan oleh pihak penganjur~~
8. Ivrea Orange Festival (Piemonte, Italy)
Beratus tahun dahulu, penduduk di bandar ini merusuh terhadap seorang Count yang kejam yang menculik anak dara yang baru berkahwin dan memperkosa mereka di malam perkahwinan mereka. Bukan sahaja Count tersebut dipancung, malah, semua pengawalnya direjam dengan batu sehingga mati. Selepas beberapa lama, Italy berhadapan dengan masalah lambakan buah oren dan terpaksa memikirkan cara menghapuskan lebihan buah oren yang dihasilkan. Oleh itu, di festival ini mereka menukarkan batu dengan lebihan buah oren dan Pengawal dengan badut. Jadi, daripada kenangan ganas, ia bertukar kepada kenangan manis.
9. Cow Painting Festival (Luxembourg City, Luxembourg)
Pesta mewarnakan Lembu, mungkin namanya agak zalim. Tetapi sebenarnya, setiap musim panas, Bandar Luxembourg akan dihiasi dengan pelbagai gaya lembu yang dibuat daripada besi, kayu, konkrit ataupun gelas fibre. Setiap daripada lembu-lembu ini akan dihiasi dengan pelbagai lukisan, seperti lembu berbelang zebra dan lain-lain. Di pesta pula lain pula ceritanya... tidak perlu turut serta pun takper..
10. Garlic Festival (Gilroy, California)
Baiklah, ini adalah antara festival yang amat unik, festival bawang putih. Ianya bermula daripada seorang pelajar kolej bernama Dr. Rudy Melone yang terkejut dengan kenyataan sebuah bandar kecil di Perancis digelar sebagai Ibu Kota Bawang Putih Dunia. Oleh itu, dia pun bercita-cita untuk menjadikan Gilroy, sebuah perkampungan di California diberi penghormatan sama.
Di ketika festival ini, kesemuanya adalah bawang putih. Sup bawang putih, Pai bawang putih, Kebab bawang putih, sandwic bawang putih, dan tidak termasuk juga musik dan hiburan yang berunsur bawang putih. Selamat datang ke festival bawang putih terbesar di dunia.
2 ulasan:
haha..cmel je hari cukur bulu biri2 :D
rame bgt tu acara.
Catat Ulasan