Rabu, 21 September 2011

Kucing - kucingku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

5 hari yang lepas saya ada mengatakan yang kucing-kucing saya di rumah telah bertambah 3 ekor lagi. Jadi, kesempatan telah tiba pada hari ini untuk saya menulis akan kucing-kucing yang dibela di rumah. Pada kali ini, kucing-kucing yang bertambah itu amat istimewa. Kerana ia adalah harapan baru kepada koloni kucing dari kucing pertama yang saya bela. Ia sekarang telah sampai ke generasi ketiga!

Baiklah, untuk tidak membuang masa, mari kita saksikan seekor demi seekor.


Generasi Pertama

Photobucket
Nama : Comel
Jantina : Betina

Ini kucing pertama yang saya bela, Comel. Comel dilahirkan pada tahun 2000 di rumah saya dan merupakan kucing pendatang. Ada lagi 2 beradik, tapi cuma dia sahaja yang jinak dan menetap di rumah. Kesemua kucing-kucing di rumah (kecuali yang baru) adalah dari keturunan Comel. Selepas beberapa lama menderita sakit, Comel menghilangkan diri pada pertengahan tahun 2011. (berkemungkinan mati)


Generasi Kedua

Photobucket
Nama : Siam
Jantina : Betina

Baiklah, ini adalah anak Comel yang paling tua yang menetap di rumah. Seperti warnanya, dia adalah kucing siam sesuai dengan namanya, Siam. Melihat pada gayanya, Siam sekarang mengetuai koloni kucing di rumah. Sama seperti ibunya, Siam berkelakuan baik dan banyak kali bunting. Namun, seperti kucing Siam yang lain, dia kurang pandai menjaga anak. Dan sehingga sekarang, baru 2 ekor sahaja yang selamat membesar sehingga dewasa.

Photobucket
Nama : Putih
Jantina : Betina

Ini adalah anak comel yang kedua menetap di rumah. Berbeza dengan ibunya dan Siam, Putih agak liar dan amat sukar untuk dikawal. Dia juga amat-amat jarang bunting, dan sehingga sekarang, hanya 2 kali sahaja Putih bunting dan melahirkan anak. Namun, buat masa ini tiada yang selamat membesar sehingga dewasa.


Generasi Ketiga

Photobucket
Nama : Hitam
Jantina : Betina

Generasi ketiga yang pertama selamat membesar sehingga dewasa, Hitam. Seringkali jatuh sakit, menyebabkan struktur fizikalnya kurus. Hitam mewarisi sifat ibu dan neneknya iaitu tidak banyak berbuat kerenah di rumah. Namun seringkali juga menunjukkan kenakalannya di rumah.

Photobucket
Nama : Tompok
Jantina : Jantan

Kami memanggilnya Tompok disebabkan oleh warnanya yang bertompok hitam dan putih. Dilahirkan sekali bersama Hitam. Tidak seperti Hitam, Tompok amat kuat makan. Lihat sahajalah badannya itu.

Di bawah ini adalah tiga anak Siam yang paling muda setakat ini. Bertambah 3 ekor lagi pada tahun ini. Nama mereka ini diambil sempena ciri istimewa masing-masing.

Photobucket
Nama : Susu

Photobucket
Nama : Milo

Photobucket
Nama : Topi


Pendatang

Baiklah, ini adalah 2 ekor lagi yang bukan dari keturunan Comel tetapi menetap di rumah.

Photobucket
Nama : Debab
Jantina : Jantan

Si Debab ini kami tidak tahu dia daripada mana. Tapi apa yang pasti, dia muncul di rumah kami pada waktu pagi. Adik saya mahu membelanya, tapi ahli koloni seperti Siam dan Putih amat tidak menyukai kucing asing. Pastinya akan mati dikerjakan. Tapi, lama-kelamaan, sifat Debab yang mesra dan tidak suka bergaduh menjadikannya diterima baik.

Photobucket
Nama : Kuning
Jantina : Jantan

Kuning adalah kucing yang dibawa balik oleh adik saya ketika dalam perjalanannya pulang dari sekolah. Kuning mengekorinya sehingga ke rumah, jadi, tiada pilihan lain selain membelanya. Nasibnya baik kerana Debab sudah ada di rumah terlebih dahulu. Kawan baik Debab kerana mereka adalah sama-sama pendatang.



Jumaat, 16 September 2011

Kembali ke Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Bersempena dengan cuti umum Hari Malaysia 2011, saya telah membuat keputusan untuk pulang ke Johor Bahru. Dan inilah dia, di petang hari yang redup saya berehat-rehat sambil menulis di blog ini. Kenapa pulang ke Johor Bahru? Sudah tentulah disebabkan oleh rindu kepada keluarga. Walaupun telah berjumpa dengan ibubapa saya ketika hari raya, tapi itu di kampung. Bukan di Johor Bahru. Percayalah, bersama dengan ibubapa di rumah sendiri dengan di tempat lain mempunyai perasaan yang berbeza.

Photobucket

Jadi apa yang nak dibuat di hari-hari cuti ini? Buat masa ini saya tiada apa-apa rancangan lagi. Tapi selalunya akan ada benda yang hendak dibuat selepas ini tanpa dirancang. Oleh itu, pergunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Yang penting, perasaan dapat berjumpa dengan kucing-kucing kesayangan amat seronok sekali. Hehehe... (antara satu sebab saya sanggup pulang ke Johor Bahru..)

Insya-Allah, di kesempatan akan datang, saya akan update tentang kucing-kucing kesayangan yang sekarang ini telah bertambah 3 ekor lagi. Hehhee..

Sekian buat masa ini,
Salam

Isnin, 12 September 2011

Beraya sambil main air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Sejahtera semua.

Mesti semua pernah dengan ungkapan menyelam sambil minum air kan? Tapi kali ini, untuk kes saya pula, ianya adalah beraya sambil main air. Kenapa? Sudah pastilah ianya ada kaitan dengan berenang. Pada hari ahad lepas, ketika pergi beraya ke rumah sepupu, beberapa orang sepupu saya yang kecil tidak mandi pagi. Saya pun tidak memikirkan apa-apa. Tetapi selepas sampai ke sana, barulah saya perasan di apartmen tersebut terdapat kolam renang. Memang cantik dan menarik.

Photobucket

Ibarat satu tarikan kepada kanak-kanak, mereka terus pergi mandi ke kolam tersebut selepas makan. Kami yang besar ni pada asalnya hanya mahu melihat dan menjaga sahaja. Tetapi kami juga ibarat tertarik dengan tawaran tersebut. Apa lagi, dengan tuala dan baju basahan telah pun disediakan, jangan persiakan peluang ini.

Photobucket

Seronok juga bermain air ketika menghadiri rumah terbuka hari raya. Inilah yang pakcik dan makcik saya katakan, beraya sambil main air. Orang lain datang nak beraya, kami pula pergi main air. hehehe... ^^

Sekian sahaja untuk kali ini
Salam.

Ahad, 11 September 2011

Siti Nurhaliza - Falling in Love

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Segmen muzik untuk bulan ini agak lambat sedikit daripada jadual asal. Bulan raya ini kelihatan kebanyakan jadual di masa lapang agak padat dengan jemputan-jemputan rumah terbuka. Namun, segmen muzik pada kali ini bukan untuk lagu hari raya. Pernah dengar dengan lagu Inggeris dinyanyikan oleh pemuzik tempatan? Pasti pernah. Tapi, pernahkah anda mendengar lagu Inggeris yang dikhaskan untuk Siti Nurhaliza?

Lagu ini mendapat tempat yang baik di dalam carta lagu di radio baru-baru ini. Lagunya rancak dan cache, tidak bosan walaupun didengar berulang-ulang kali. Semoga terhibur. ^^

Selasa, 6 September 2011

Kembali Bertugas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Baiklah, cuti raya selama seminggu sudah pun berakhir. Bagaimana dengan cuti raya anda? Sudahkah anda melawat saudara-mara di kesempatan hari raya pada tahun ini? Alhamdulillah, masa selama seminggu dapat digunakan sepenuhnya dan saya akui memang amat puas pada cuti kali ini. Kecuali jika saya tidak diberikan ujian berat iaitu demam ketika berhari raya. Ini adalah pertama kali saya demam sewaktu musim perayaan.

Photobucket

Apa-apa pun, minggu ini semuanya bermula seperti hari-hari biasa. Bekerja dan bekerja demi mencari rezeki yang halal. Kadang-kala saya amat mengharapkan agar taraf hidup saya akan menjadi lebih baik daripada sekarang ini, dan peluang saya untuk mendapatkan kerja yang lebih baik juga diharapkan boleh datang dengan kadar yang segera.

Tidak banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Cuma, sempena dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, sama-sama kita saksikan video Made by Malaysian yang dibuat hasil kerja tangan daripada vlogger terkenal Malaysia, Matlutfi.


Sekian buat masa ini,
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails