Isnin, 12 September 2011

Beraya sambil main air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Sejahtera semua.

Mesti semua pernah dengan ungkapan menyelam sambil minum air kan? Tapi kali ini, untuk kes saya pula, ianya adalah beraya sambil main air. Kenapa? Sudah pastilah ianya ada kaitan dengan berenang. Pada hari ahad lepas, ketika pergi beraya ke rumah sepupu, beberapa orang sepupu saya yang kecil tidak mandi pagi. Saya pun tidak memikirkan apa-apa. Tetapi selepas sampai ke sana, barulah saya perasan di apartmen tersebut terdapat kolam renang. Memang cantik dan menarik.

Photobucket

Ibarat satu tarikan kepada kanak-kanak, mereka terus pergi mandi ke kolam tersebut selepas makan. Kami yang besar ni pada asalnya hanya mahu melihat dan menjaga sahaja. Tetapi kami juga ibarat tertarik dengan tawaran tersebut. Apa lagi, dengan tuala dan baju basahan telah pun disediakan, jangan persiakan peluang ini.

Photobucket

Seronok juga bermain air ketika menghadiri rumah terbuka hari raya. Inilah yang pakcik dan makcik saya katakan, beraya sambil main air. Orang lain datang nak beraya, kami pula pergi main air. hehehe... ^^

Sekian sahaja untuk kali ini
Salam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails