Selamat Datang Semua
5 hari yang lepas saya ada mengatakan yang kucing-kucing saya di rumah telah bertambah 3 ekor lagi. Jadi, kesempatan telah tiba pada hari ini untuk saya menulis akan kucing-kucing yang dibela di rumah. Pada kali ini, kucing-kucing yang bertambah itu amat istimewa. Kerana ia adalah harapan baru kepada koloni kucing dari kucing pertama yang saya bela. Ia sekarang telah sampai ke generasi ketiga!
Baiklah, untuk tidak membuang masa, mari kita saksikan seekor demi seekor.
Generasi Pertama
Nama : Comel
Jantina : Betina
Ini kucing pertama yang saya bela, Comel. Comel dilahirkan pada tahun 2000 di rumah saya dan merupakan kucing pendatang. Ada lagi 2 beradik, tapi cuma dia sahaja yang jinak dan menetap di rumah. Kesemua kucing-kucing di rumah (kecuali yang baru) adalah dari keturunan Comel. Selepas beberapa lama menderita sakit, Comel menghilangkan diri pada pertengahan tahun 2011. (berkemungkinan mati)
Generasi Kedua
Nama : Siam
Jantina : Betina
Baiklah, ini adalah anak Comel yang paling tua yang menetap di rumah. Seperti warnanya, dia adalah kucing siam sesuai dengan namanya, Siam. Melihat pada gayanya, Siam sekarang mengetuai koloni kucing di rumah. Sama seperti ibunya, Siam berkelakuan baik dan banyak kali bunting. Namun, seperti kucing Siam yang lain, dia kurang pandai menjaga anak. Dan sehingga sekarang, baru 2 ekor sahaja yang selamat membesar sehingga dewasa.
Jantina : Betina
Ini adalah anak comel yang kedua menetap di rumah. Berbeza dengan ibunya dan Siam, Putih agak liar dan amat sukar untuk dikawal. Dia juga amat-amat jarang bunting, dan sehingga sekarang, hanya 2 kali sahaja Putih bunting dan melahirkan anak. Namun, buat masa ini tiada yang selamat membesar sehingga dewasa.
Generasi Ketiga
Nama : Hitam
Jantina : Betina
Generasi ketiga yang pertama selamat membesar sehingga dewasa, Hitam. Seringkali jatuh sakit, menyebabkan struktur fizikalnya kurus. Hitam mewarisi sifat ibu dan neneknya iaitu tidak banyak berbuat kerenah di rumah. Namun seringkali juga menunjukkan kenakalannya di rumah.
Nama : Tompok
Jantina : Jantan
Jantina : Jantan
Kami memanggilnya Tompok disebabkan oleh warnanya yang bertompok hitam dan putih. Dilahirkan sekali bersama Hitam. Tidak seperti Hitam, Tompok amat kuat makan. Lihat sahajalah badannya itu.
Di bawah ini adalah tiga anak Siam yang paling muda setakat ini. Bertambah 3 ekor lagi pada tahun ini. Nama mereka ini diambil sempena ciri istimewa masing-masing.
Nama : Susu
Nama : Milo
Nama : Topi
Pendatang
Baiklah, ini adalah 2 ekor lagi yang bukan dari keturunan Comel tetapi menetap di rumah.
Nama : Debab
Jantina : Jantan
Si Debab ini kami tidak tahu dia daripada mana. Tapi apa yang pasti, dia muncul di rumah kami pada waktu pagi. Adik saya mahu membelanya, tapi ahli koloni seperti Siam dan Putih amat tidak menyukai kucing asing. Pastinya akan mati dikerjakan. Tapi, lama-kelamaan, sifat Debab yang mesra dan tidak suka bergaduh menjadikannya diterima baik.
Nama : Kuning
Jantina : Jantan
Kuning adalah kucing yang dibawa balik oleh adik saya ketika dalam perjalanannya pulang dari sekolah. Kuning mengekorinya sehingga ke rumah, jadi, tiada pilihan lain selain membelanya. Nasibnya baik kerana Debab sudah ada di rumah terlebih dahulu. Kawan baik Debab kerana mereka adalah sama-sama pendatang.
2 ulasan:
wow, radin.. banyaknyer kucing kat rumah kau... first time aku dengar kucing nama susu, milo... nanti klu ade mase, aku tulis pasal kucing-kucing kau dalam blog kami sayang kucing...
hehe.. agak banyak jugak. Tu yang aku kadang-kadang tak sabar nak balik rumah. yg Susu, milo tu adik aku yang beri nama. Kira first time jugak letak nama tu. hehe...
Catat Ulasan