Jumaat, 16 Mac 2012

Rekod - Rekod Keretapi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Segmen Info Menarik datang semula untuk bulan ini. Kita masih lagi berada di dalam tema Keretapi. Jika di info sebelum ini kita sudah melihat jenis-jenis keretapi yang ada di Malaysia, pada edisi kali ini kita akan melihat rekod-rekod menarik keretapi di seluruh dunia. Ada yang pelik ke tahap nak ketawa pun ada. Dah bersedia?

Mari kita saksikan.


KERETAPI TERPANJANG DI DUNIA

Rekod keretapi terpanjang di dunia dipegang oleh Freight Train daripada Australia, milik syarikat BHP. Bukan stesen minyak BHP yer.. tapi adalah syarikat pengangkut bijih besi di Australia. Rekod dunia ini dipegang pada 2001, mengangkut bijih besi dari Newman ke Port Headland.


Berapa panjang keretapi ni? Keretapi ini terdiri daripada 682 gerabak dan ditarik oleh lokomotif 8 GE AC6000. Panjang keretapi ini adalah 7.353km!! (panjang giler..)


KERETAPI TERPENDEK DI DUNIA

Video ini adalah daripada jepun, tak tahu sama ada keretapi ni memang rekod dunia atau tak, tapi memang pendek. Sangat-sangat pendek.


Macam kereta Mr Bean pun ada gak. Hehe..


KERETAPI TERPANTAS DI DUNIA

Keretapi terpantas di dunia juga adalah milik Jepun. Rekod ini dipegang oleh Japanese Maglev Train, di mana tren ini boleh memecut sehingga 581 km/j. (boleh pergi daripada Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru dalam masa 2 jam!!)



Sekian sahaja buat masa ini.

Rabu, 14 Mac 2012

Game Keretapi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Beberapa hari yang lepas saya ada menyatakan yang Keretapi adalah tema untuk blog ini pada bulan ini. Masakan tidak, disebabkan beberapa perkara yang berlaku terutamanya dengan KTM Komuter, menyebabkan minat terhadap keretapi meningkat dengan mendadak terutamanya selepas saya menyiapkan artikel Keretapi di Malaysia. Selepas itu, saya ada tertanya-tanya, bagaimana agaknya perasaan menguruskan sebuah syarikat keretapi?

Apa lagi cara yang lebih mudah untuk memahami selok belok keretapi selain daripada melalui Permainan / Game? (hehe..banyak benda kita boleh belajar sebenarnya..). Di sini adalah 2 permainan yang saya jumpa di laman sesawang facebook.


TRAIN STATION


Sama seperti namanya, permainan Train Station ini anda bertindak sebagai Pengurus sebuah stesen dan syarikat keretapi. Pendapatan anda akan didapati melalui penjualan bahan mentah, penumpang dan surat-surat. Jadi, adalah tugas anda untuk menguruskan perjalanan keretapi anda dan juga menambah baikkan lagi stesen keretapi. Sama seperti dunia nyata, ia bermula daripada zaman keretapi stim, kemudian berubah menjadi keretapi diesel, keretapi elektrik dan seterusnya maglev yang menggunakan magnet.


Tapi apa yang pasti, stesen keretapi memang memerlukan ruang yang luas dan pengudaraan yang baik. Sudah pastinya bukan seperti di KL Sentral. (huhu.. sorry to say laa.. tapi sepatutnya stesen keretapi bukan dibina macam tu..)


LUCKY TRAIN


Game Lucky Train ini pula juga sama hampir sama dengan di atas, tapi ia lebih basic jika dibandingkan dengan Train Station. Anda akan nampak bandar akan berkembang, stesen keretapi semakin membesar, dan keretapi anda semakin maju. Namun ia tidak menunjukkan keadaan sebenar. Anda hanya akan ambil penumpang sahaja. Tiada kargo dan lain-lain.



Makin lama kaji tentang keretapi ini makin seronok pula. Terasa macam nak cuba balik ke Johor Bahru selepas ini dengan menaiki keretapi. Tapi kena tahan la dengan masa tren yang agak terkenal tidak menepati masa. huhu..

Sekian buat masa ini.

Selasa, 13 Mac 2012

Cubaan masakan ; Telur Dadar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Beberapa hari yang lepas saya cuba untuk memasak. Sebenarnya sebelum ini pernah belajar memasak, namun dah lama ditinggalkan. Jadi, di suatu hari hendak dijadikan cerita, sengaja mahu mencuba-cuba kembali memasak. Lagipun masak untuk diri sendiri, lapar~~

Cuba masak resipi yang mudah-mudah dulu. Jadi selepas difikirkan, menu yang paling sesuai adalah Telur Dadar! Cara nak masaknya senang saja. Mula-mula, kita ambil 2 biji telur. Potong bawang, dan dihiris kepada hirisan kecil. Masukkan juga potongan cili jika anda jenis yang sukakan pedas dan masukkan garam secukup rasa. Dan inilah hasilnya.. tadaa~~~

Emmm... inilah gayanya lepas dah lama sangat tak masak. Kuning telur tak cukup masak. Lepas tu bila dah kunyah..
Aduhai~~~ telur dadarku tawar~~~

EM Onion Head crying with emotion
kurang garam...

Isnin, 12 Mac 2012

Selamat Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Tidak lambat rasanya jika saya mahu mengucapkan Selamat Cuti Sekolah kepada para pelajar sekolah sekalian. Sepupu-sepupu, anak-anak jiran, dan beberapa rakan-rakan kesemuanya sudah pulang ke rumah masing-masing. Dan setiap pagi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, tiada suasana lain melainkan riuh-rendah sekeliling kawasan perjiranan dengan keletah anak-anak jiran. Selepas melalui zaman pekerjaan, memang benar apa yang diceritakan oleh guru-guru dan orang dewasa selama ini, zaman persekolahan adalah zaman yang paling menggembirakan.

Kenapa? Apa tanggungjawab yang digalas oleh seorang pelajar sekolah? Tugas anda hanya belajar. Sakit kepala dan susah macam mana sekalipun, ia tidaklah seberat beban seorang yang sudah bekerja. Mendengar leteran bos hari-hari, menghadap kerenah rakan sekerja, tugasan yang masuk setiap hari yang tidak tahu bila akan berhenti, termasuk juga dengan tanggungjawab kepada keluarga yang mula perlu digalas.. ianya adalah satu dunia yang sukar difahami jika anda tidak menggunakan masa muda anda dengan belajar sebaik mungkin. Seperti kata pakcik saya,

"Apabila anda tamat pengajian di Universiti, bukan bermaksud zaman hidup untuk belajar anda sudah berakhir. Ia adalah petanda bermulanya kehidupan anda yang sebenar. Zaman di mana anda perlu belajar untuk hidup..."

Tiada apa yang best pun hidup di zaman bekerja ini melainkan anda sudah pegang duit sendiri.


Dengan duit tu anda boleh pergi shopping, melancong, makan sedap-sedap... (huahuahua..). Dan selepas setahun bekerja, kepala saya dah mula berangan untuk menyambar kenderaan sendiri.

Antara Viva, Myvi dan Alza... siapakah dia pujaan hatiku?




Jumaat, 9 Mac 2012

Cara menambah berat badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Baiklah anda-anda sekalian, pernah mengalami masalah berat badan? Rasanya perkara ini popular sebab banyak tips-tips menurunkan berat badan di mana-mana majalah. Malah di internet pun berlambak. Tapi, ada di sini mengalami masalah 'kurang berat badan'?


Benda ini penting sebab ada kaitan dengan kesihatan badan. Setiap dari kita perlu tahu berat badan ideal untuk diri masing-masing. Masa muda ini memang kita tak rasa, tapi berat badan kita semasa muda ini akan mempengaruhi tahap kesihatan kita apabila umur kita kian meningkat. Jisim badan seimbang dipanggil BMI. (berat / (tinggi * tinggi)). Unit untuk Tinggi dalam meter.


NAIKKAN BERAT BADAN

Untuk isu kali ini, saya akan tumpukan dahulu pada cara naikkan berat berat badan. Macam mana agak-agak? Jika anda katakan cara yang terbaik adalah Makan sebanyak yang mungkin, maka cara itu adalah SALAH. Kalau anda makan buffet sekalipun untuk sarapan, makan tengah hari dan malam.. mungkin perut anda akan mengalami masalah terlebih makan sementara berat badan anda tidak bertambah langsung.

Sekarang anda perlu ingat satu perkara,
Bukan persoalan berapa banyak anda makan, tetapi berapa kerap anda makan dalam satu hari.

Banyak benda yang perlu kita fahami, contohnya berapa banyak penggunakan kalori untuk kita dalam satu hari. Tapi itu saya sambung lain kali. Buat kali ini adalah contoh diet untuk menambahkan berat badan. (saya pernah cuba dan berjaya. Dapat naikkan berat dari 50kg kepada 64kg pada tahun 2009).


1. Pertama, makan sedikit tetapi banyak kali.


Ini sangat penting, bergantung kepada budget anda. Jika mampu makan 6 kali sehari. 3 kali sajian berat, dan 3 sajian ringan. Contoh :-

Sarapan : Nasi Lemak, Milo
Minum Pagi : Kuih-muih dan Teh O
Makan Tengah hari : Nasi putih berlauk, Air kosong, Buah-buahan
Minum petang : Biskut dan Teh O
Makan Malam : Nasi putih berlauk, Air dan buah-buahan
Minum Malam : Roti dan Susu

Di atas adalah contoh corak pemakanan anda untuk sehari. Secara mudah, macam makan di sekolah asrama.


2. Senaman

Jangan lupa untuk lakukan senaman, seperti berjalan, jogging, tekan tubi dan lain-lain. Ini untuk memastikan berat badan anda meningkat secara sihat. Contoh :-

Berjalan kaki selama 30 minit sehari.
Tekan tubi 20 kali sebanyak 3 sesi.
Menunggang basikal.

Ini sekadar contoh yang saya lakukan dulu.


3. Bersabar

Anda perlu ingat, menaikkan berat badan ini walaupun lebih mudah daripada menurunkan berat badan, tetapi ia juga memerlukan masa. Kekalkan jadual makan dan senaman anda seperti di atas sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapat perubahan awal.


Secara peribadi, masa saya dahulu memang berat badan meningkat dengan cantik. Daripada 50kg jadi 60kg. Memang dapat berat ideal, semua orang terkejut. Tapi.... lepas tu dah lama tak senam, tapi tetap makan macam dulu, berat cecah 65kg.

Ok, jika ada masa yang panjang, akan saya sambung dengan cara menurunkan berat badan dan cara mengekalkan berat badan.

Selamat Beramal~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails