Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua
Rasanya dalam bulan ini saya akan buat tema 'Keretapi' kepada blog saya ini. Memandangkan hari-hari saya kebelakangan ini semenjak saya menulis artikel bertajuk Kisah tentang Komuter 05, penuh dengan penyelidikan akan keretapi. Sebab bagi saya, menyeronokkan juga untuk bergerak atau melancong dengan menggunakan keretapi. Tapi sebab kekangan masa, pastinya penat bagi seseorang itu akan kepenatan duduk dalam keretapi jika anda bukan pelancong yang mahu melihat keindahan alam semulajadi di Malaysia ini.
Untuk sesi Info Menarik yang pertama pada bulan ini, mari kita melihat akan sistem keretapi yang ada di Malaysia dan jenis-jenisnya. Semua kenderaan yang bergerak dengan menggunakan landasan ini adalah dikategorikan sebagai Keretapi. Di Malaysia, hanya Tanah Melayu dan Sabah sahaja yang mempunyai sistem Keretapi.
Keretapi
Di Malaysia ini secara umumnya terdapat 3 jenis keretapi. Yang pertama sekali adalah Sistem Keretapi Elektrik. Sistem ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu Express Rail Link (ERL), Electric Train System (ETS) dan Komuter. Kesemua sistem ini beroperasi di Tanah Melayu.
Tren ERL :-
Tren ETS :-
Komuter :-
Yang kedua adalah sistem Keretapi Antara-Bandar. Sistem ini dikendalikan oleh Tren berenjin Diesel
Yang ketiga adalah Freight Train, atau juga dikenali sebagai Tren Kargo.
PS .: Buat masa sekarang, Malaysia masih belum ada tren berkelajuan tinggi.
Transit Aliran Ringan (LRT)
Bagi sistem LRT pula, kesemua sistem ini sekarang ini berpusat di Ibu Negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Terdapat dua jenis LRT yang beroperasi sekarang iaitu STAR LRT dan PUTRA LRT.
STAR LRT :-
Putra LRT :-
Monorel
Sistem monorel yang ada di Malaysia sekarang ini terdapat di Kuala Lumpur dan Melaka sahaja. Terdapat juga perancangan untuk menyediakan perkhidmatan monorel contohnya seperti di Putrajaya, Johor Bahru (janji 2009 siap, sekarang jangan kata monorel, landasan pun takder) dan Pulau Pinang, namun masih belum dibangunkan.
Ini adalah sistem monorel Kuala Lumpur (KL Monorail)
Ini pula adalah sistem monorel Melaka (yang asyik rosak..)
Funicular Train
Pasti anda tertanya-tanya tren jenis apakah ini dan adakah ia ada di Malaysia. Jawapannya ya. Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya ada di Pulau Pinang sahaja. Pernah naik tren Bukit Bendera? Itulah dia tren jenis ini.
Tram juga termasuk spesis keretapi, tapi di Malaysia tiada perkhidmatan tram. Ok, itu sahaja buat masa ini. Insya-Allah di masa akan datang, akan ditambah lagi isi kandungan ini dari semasa ke semasa.
Salam.
2 ulasan:
Monorel patut ada kat putrajaya. stakat ada landasan sikit kat putrajaya sentral tu nk wat pe kan.
@nizam
tau takper. skrang ni susah kalau nak gi Putrajaya kalau ada apa2 tugas. bila ada monorel, at least mudah untuk bergerak sebab ada pengangkutan. huhu..
Catat Ulasan