Selasa, 31 Mei 2011

Kembara 01

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Minggu terakhir bulan Mei ini antara minggu tersibuk saya. Berbagai-bagai tugasan dan urusan kerja yang perlu diselesaikan. Jadi, antara 27 hingga 29 Mei, saya telah mengambil keputusan untuk melepaskan masa hujung minggu dengan melancong melihat keindahan alam. Destinasi saya adalah Bandaraya Ipoh. Ia lebih kepada percutian ringkas sebab saya tidak mengambil cuti tambahan.

Photobucket

Dan, percutian menjadi lebih mudah kerana ada rakan yang tinggal di Ipoh.


ETS KL - Ipoh

Perjalanan saya bermula pada pukul 5.00pm pada 27hb Mei. Saya terus menuju ke KL Sentral dan menempah tiket perjalanan. Dan buat pertama kalinya, saya mencuba perkhidmatan ETS antara KL dan Ipoh. Harga tiket Silver Class adalah RM25.

Photobucket

Photobucket

Baiklah, tiket ETS hanya boleh didapati di beberapa Stesen KTM terpilih sahaja. Kaunter Tiket ETS di KL Sentral terletak di aras dua. Untuk panduan mencari kaunter tiket pada mereka yang pertama kali mahu menggunakan perkhidmatan ini, cari sahaja 'Anak Panah Kuning'.

Photobucket


Aktiviti di Ipoh

Akhirnya, buat kali keduanya, saya telah tiba di Bandaraya Ipoh. Kali pertama datang dengan menggunakan bas, kali kedua dengan keretapi. Banyak tempat menarik untuk dilawati, tapi buat masa ini saya hanya bersiar-siar di kawasan-kawasan dekat sahaja kerana mahu menjimatkan wang. Dan tempat yang sesuai adalah kawasan 'Gerbang Malam'.

Photobucket

Dan tidak lengkap rasanya perjalanan jika kita tidak habiskan dengan menonton wayang. Kung Fu Panda 2 memang tidak mengecewakan. Saya akan masukkan di dalam segmen Movie review di masa akan datang.

Photobucket


Kembali ke KL

Selepas hampir 3 hari, saya pulang seperti biasa untuk bekerja. Walaupun agak penat, tetapi sekurang-kurangnya cukup untuk menghilangkan kebosanan duduk di rumah. Yang penting, rancang percutian anda. Kerana, ia memerlukan... D.U.I.T

Sekian sahaja untuk kali ini
Salam


Jumaat, 27 Mei 2011

PK02 : Aliran Tunai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Segmen PK kembali semula untuk edisi kedua. Pada bulan lepas, kita telah membincangkan bagaimana hendak membahagikan kewangan anda kepada 3 bahagian iaitu Perbelanjaan, Pelaburan dan Simpanan. Untuk edisi bulan ini, kita akan membincangkan tentang Aliran Tunai. Tahukah anda bahawa dalam kehidupan harian, kebanyakan daripada kita hanya ada satu sumber pendapatan sahaja. Tidak ramai yang mempunyai sumber pendapatan sampingan yang boleh sekurang-kurangnya menampung ketidakcukupan sumber daripada pendapatan utama.

Apa akan jadi jika kita berhenti atau diberhentikan kerja? Sudah pasti Aliran Tunai kita akan berhenti sama sekali. Baiklah, mari kita mengenali apakah itu Aliran Tunai dan kemanakah ianya mengalir.


1. Pendapatan

Pendapatan adalah sumber kewangan yang didapati daripada kerjaya utama kita. Jika anda makan gaji, maka gaji bulanan itu adalah Pendapatan Utama anda. Sementara jika anda berniaga, pendapatan anda setiap bulan itu adalah Pendapatan Utama setiap bulan.
Ia dalam kategori Duit Masuk, (Income).

Contoh : Jika gaji anda RM1500, maka pendapatan utama anda adalah RM1500


2. Perbelanjaan

Perbelanjaan adalah wang yang digunakan untuk kehidupan seharian. Perbelanjaan yang dibayar ansuran tidak termasuk dalam kategori ini. Ini adalah kategori Duit Keluar (Spend).

Contoh : Duit makan, Duit minyak, Tambah nilai, nafkah dan sebagainya


3. Asset

Asset adalah barangan milik anda yang pada masa yang sama menjana pendapatan sampingan untuk anda. Nilainya sedikit tetapi jika mempunyai banyak aset, adakalanya ia cukup untuk membolehkan anda hidup sehari-hari tanpa kerja. Perbezaan aset dengan pendapatan utama adalah, asset adalah barang dan bukan pekerjaan tetap anda. Kategori Duit Masuk (Income)

Contoh : Rumah sewa, tanah sewa, kereta sewa, saham, blog dan sebagainya.


4. Liabiliti

Ini adalah perbelanjaan bulanan anda kepada barang-barang anda secara ansuran. Kategori Duit Keluar (Spend).

Contoh : Rumah, Kenderaan, Barang-barang rumah, komputer, PTPTN dan sebagainya.


CONTOH:

Abu baru sahaja bekerja, pergi kerja dengan menggunakan kereta (beli sendiri) dan tinggal bersama keluarga. Ada rumah sendiri tetapi disewakan kepada orang lain. Aliran Tunai dia adalah seperti ini

Pendapatan : Gaji

Perbelanjaan : Makan, Tambah nilai, duit minyak kereta, tol (jika ada), shopping dan lain-lain

Asset : Kutipan sewa rumah

Liabiliti : Pinjaman PTPTN, Duit kereta, Duit Rumah.



KETERANGAN :

Baiklah, ini adalah contoh Aliran Tunai. Anda nampak bukan? Kita semua ada Pendapatan, Perbelanjaan dan Liabiliti, tetapi tidak ramai daripada kita yang ada aset. Jika itu terjadi, maka, setiap bulan kita akan dapati yang duit kita senantiasa tidak mencukupi.

Sebenarnya, aliran tunai kita banyak dibazirkan di Liabiliti daripada perbelanjaan kehidupan. Benda yang nampak seperti memudahkan hidup kita sebenarnya itulah yang menjadi sumber 'masalah'. Dan, keadaan bertambah teruk apabila kita hanya bergantung kepada sumber Pendapatan sahaja untuk menampungnya. Inilah yang dipanggil, 'Hidup untuk Duit', dan bukannya 'Duit untuk hidup'.


TUGASAN

Baiklah, tugasan yang diberikan pada saya untuk bulan ini adalah,

"Tambah pendapatan sampingan dengan mendapatkan Asset"

Sekian sahaja untuk masa ini,
Salam

Rabu, 25 Mei 2011

Kisah tentang Telefon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Bagi mereka yang sudah biasa di alam pekerjaan, mungkin ini sudah menjadi lumrah. Tapi bagi saya, hari ini merupakan hari yang cukup menyeksakan moral saya. Kenapa? Telefon di pejabat berbunyi tidak berhenti-henti. Panggilan paling awal diterima sebaik sahaja pejabat dibuka pada pukul 9 pagi lagi! Dan panggilan tersebut berterusan sekali setiap jam. Perihal? Bermacam-macam urusan daripada urusan tender, elaun kereta, pembayaran bil dan lain-lain.

Photobucket

Kenapa saya kecoh-kecoh? Saya cukup tidak puas hati kenapa hari ini baru masing-masing hendak telefon. Semalam ramai pekerja ada di pejabat, tetapi telefon sedikit pun tidak berdering. Tetapi hari ini, bila masing-masing semua ada kerja luar, baru sibuk nak telefon. Memang mentaliti rakyat Malaysia agaknya. Suka buat kerja di saat-saat akhir. Apatah lagi hari ini adalah hari di mana Bank akan membuat panggilan untuk urusan-urusan mereka.

Haih~~ barulah tahu bagaimana seksanya penjawab panggilan telefon. Rasa hendak sahaja saya menjerit sekuat-kuat hati. Tetapi..

Sabar itu sebahagian daripada iman

Sekian sahaja 'amukan' saya untuk kali ini.
Salam.

Selasa, 24 Mei 2011

10 Runtuhan terbaik dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Dunia kita sekarang ini sudah banyak berubah, banyak kemajuan sudah kita kecapi. Dan pastinya, apa yang kita nikmati pada hari ini tidak dinikmati oleh generasi sebelum kita. Namun, percayakah anda jika ada banyak lagi ilmu pengetahuan dan juga kemajuan yang generasi dahulu nikmati yang hilang begitu sahaja dan tidak dapat dipelajari oleh kita hari ini. Dan ianya tersemadi dengan runtuhan-runtuhan pembangunan pada zaman dahulu yang menyebabkan kita rasa betapa kerdilnya kita berbanding generasi dahulu.

Mari kita saksikan 10 Runtuhan terbaik dunia


1. Machu Pichu, Peru

Photobucket

Suatu keunikan yang terdapat di Machu Pichu ini adalah, sebuah kota yang terletak di puncak pergunungan. Dan ianya telah menjadi persoalan kepada semua yang melihatnya. Dan semua batu-batu bangunan yang berada di runtuhan tersebut menceritakan akan bermacam-macam teknologi yang telah diaplikasikan seperti zon pertanian dan zon penempatan. Di zon pertanian terdapatnya teres-teres untuk pertanian dan gudang menyimpan makanan dan di zon penempatan pula, berdirinya kawasan perumahan, kuil, dataran, dan kawasan perkuburan.


2. Acropolis, Greece

Photobucket

Ketamadunan Yunani masih lagi menjadi rujukan masyarakat seluruh dunia dengan konsep kecantikan. Kota Yunani ini senantiasa dikagumi dan disanjung sejak 2,500 tahun dahulu. Setelah ribuan tahun, masa telah mereputkan sebahagian kuil-kuil Yunani ini, namun walaupun begitu, bentuknya masih hampir sama akan bentuk asalnya.


3. Mesa Verde, Amerika Syarikat

Photobucket

Apakah MesaVerde? Ia adalah tinggalan kepada penempatan suku orang asli Amerika yang terletak di Colorado. Suku orang asli tersebut adalah Kaum Puebloans.


4. Angkor, Kemboja

Photobucket

Tiada siapa tahu apakah asbab yang telah melumpuhkan Ibu kota bagi Empayar Khmer suatu masa dahulu. Namun, apa yang pasti, Kota ini sekarang telah pun diliputi dengan hutan yang luas. Ia juga merupakan tempat kepada Angkor Wat, bangunan keagamaan terbesar di dunia.


5. Piramid dan Memphis, Mesir

Photobucket

Bila kita berbicara tentang tamadun kuno, maka Pyramid memang tidak boleh ditinggalkan. Dan Pyramid ini amat sinonim dengan Kota Memphis, ibu negara bagi Tamadun Mesir Kuno. Sepanjang sejarah Mesir, tiga orang Nabi pernah menghuni tamadun tersebut iaitu Nabi Yusuf, Nabi Harun dan Nabi Musa. Persoalan masih tidak berjawab adalah bagaimana pekerja pada zaman itu boleh membina dan menyusun bongkah batu Pyramid tersebut dengan begitu sempurna sekali.


6. Tikal, Guatemala

Photobucket

Tikat merupakan tinggalan bagi Tamadun Maya yang terletak di Utara Guatemala. Berdasarkan tinggalan kawasan ini, ia berkemungkinan mempunyai populasi seramai 90,000 penduduk sebelum ianya ditinggalkan begitu sahaja.


7. Petra, Jordan

Photobucket

Dikenali ramai sebagai runtuhan kaum Nabi Salleh a.s, Petra pada zaman dahulu adalah bandar yang separuh daripada bangunannya diukir di Gunung Batu. Selama ratusan tahun ia telah menjadi tempat perdagangan yang penting dan pada waktu-waktu tertentu, Matahari akan menyinari kota ini sehingga menjadi merah seperti mawar.


8. Colosseum, Italy

Photobucket

Colosseum tidak dinafikan lagi merupakan gelanggang perlawanan untuk hiburan masyarakat Rom sejak 2,000 tahun dahulu. Sejarah membuktikan bahawa di sinilah tempat beribu-ribu Galdiators, Hamba, Banduan dan Haiwan Liar bertarung dalam pertarungan sehingga mati. Ia boleh memuatkan hampir 50,000 penonton ketika waktu kemuncaknya.


9. Tembok Besar Cina, China

Photobucket

Merentangi daratan hampir sepanjang 4,500 batu, Tembok Besar China umpama Naga yang melindungi suatu yang berharga di belakangnya. Ia dibina sejak 2000 tahun dahulu untuk melindungi Empayar China daripada serangan musuh daripada luar. Dibina secara berperingkat oleh beberapa Wangsa Cina. Beberapa bahagian tembok ini telah rosak atau hilang sepenuhnya.


10. Palmyra, Syria

Photobucket

Kota Palmyra, atau dikenali juga dengan nama Tadmor terletak di Timur Laut Damascus di Negara Syria. Kota Palmyra ini terletak di kawasan 'Laluan Sutera' yang menghubungkan China, India dan Parsi dengan Empayar Rom. Ketika zaman keemasannya, kota ini adalah tempat lahirnya Ratu Zenobia, seorang wanita pemerintah dan penakhluk bagi Empayar Palmyra suatu ketika dahulu.

Khamis, 19 Mei 2011

Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Akhinya, hari yang ditunggu-tunggu telah kunjung tiba. Kisah cinta Adam dan Nur kembali menggetar jiwa-jiwa, kisah cinta terhangat di Malaysia dewasa ini. Semua watak semakin dewasa. Adam telah kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu tersesat kembali. Nur Amina semakin cekal sebagai seorang Isteri. Dan Aidil, cabaran kembali berulang dengan pulangnya isteri yang dicintai ke pangkuan Ilahi. Apakah yang bakal terjadi kepada 3 watak ini? Sama-sama kita saksikan di pawagam nanti.

Apa yang penting, saya tidak dapat ke pawagam di hujung minggu ini. Adakah ada peluang untuk saya menyaksikan cerita yang lebih menyayat hati dari Titanic ini? Saya pun tidak pasti...

Sekian sahaja 'ratapan' saya di waktu ini.
Salam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails